AIA i-Starter Plan adalah pelan Takaful keluarga bertempoh 1 tahun yang menyediakan perlindungan kematian.
Pelan ini bebas komisen dan tiada orang tengah yang terlibat dalam pemasaran pelan AIA i-Starter Plan.
Soalan Lazim
Jumlah perlindungan yang anda perlukan bergantung kepada kemampuan, tanggungan kewangan semasa dan keperluan kewangan masa depan keluarga anda.
Faedah | Amaun Perlindungan* |
---|---|
Kematian | RM 10,000 RM 15,000 RM 20,000 RM 25,000 RM 30,000 |
* Tertakluk kepada maksimum RM30,000 untuk setiap hayat bagi produk ini.
Ya, kami akan membayar tuntutan kematian pelan ini sebagai tambahan kepada sebarang tuntutan lain yang anda buat di bawah pelan insurans AIA lain yang mempunyai perlindungan kematian.
Ya, anda boleh menyertai lebih daripada satu (1) AIA i-Starter Plan tertakluk kepada jumlah keseluruhan perlindungan maksimum iaitu RM 30,000.
Tidak, tetapi anda boleh menyertai AIA i-Starter Plan yang baru jika anda ingin terus dilindungi bagi satu (1) tahun yang berikutnya.
Anda boleh mengurangkan jumlah perlindungan anda pada tarikh genap caruman yang berikutnya. Walau bagaimanapun, anda tidak boleh meningkatkan jumlah perlindungan anda. Jika anda ingin meningkatkan jumlah perlindungan anda, kami mencadangkan agar anda menyertai sijil AIA i-Starter Plan tambahan. Sila rujuk soalan lazim nombor 7 untuk maklumat lanjut.
Apabila penyertaan dan pembayaran caruman anda telah disahkan, kami akan menghantar e-mel pengesahan anda bersama e-sijil anda. Sila simpan e-mel ini sebagai bukti perlindungan. Walau bagaimanapun, jika anda kehilangan e-mel ini, anda boleh log masuk ke portal pelanggan kami, AIA+, untuk melihat butiran sijil anda dan memuat turun salinan e-sijil anda. Sila klik pada pautan ini untuk log masuk atau mendaftar.
Takaful ialah skim saling membantu berdasarkan prinsip-prinsip perpaduan, persaudaraan, dan kerjasama. Setiap peserta bersetuju untuk membuat sumbangan berdasarkan Tabarru' (derma) ke dalam dana yang bernama Dana Risiko Peserta (DRP), yang akan digunakan untuk saling membantu mereka yang memerlukan. AIA PUBLIC Takaful Bhd. (AIA PUBLIC Takaful) sebagai Pengendali Takaful diamanahkan untuk melabur sewajarnya dan mengurus dana ini berdasarkan strategi yang mematuhi prinsip-prinsip Syariah.
Lebihan akan ditentukan dan diumumkan, jika ada, sekali setahun oleh Pengendali Takaful. Jika terdapat sebarang lebihan yang wujud daripada DRP, lebihan bersih, selepas ditolak tuntutan yang perlu dibayar dan modal yang diperlukan, akan dikongsi oleh Pengendali Takaful dan Peserta-peserta yang layak mengikut nisbah berikut:
Pengendali Takaful | Peserta-peserta | |
---|---|---|
Lebihan dalam Dana Risiko Peserta (DRP) | 50% | 50% |
Lebihan ini akan dikongsi dengan Peserta-peserta yang layak mengikut perkadaran berdasarkan peruntukan Tabarru’ sebenar mereka.
Anda boleh membuat pembayaran dengan kad debit, kad kredit anda atau melalui bayaran perbankan dalam talian.
Anda perlu membayar caruman sepanjang tempoh perlindungan sijil. Caruman boleh dibayar mengikut mod pembayaran: tahunan, setengah tahunan, suku tahunan atau bulanan.
Anda boleh menukar kaedah pembayaran atau mod pembayaran caruman anda di portal pelanggan kami, AIA+. Sila klik pautan ini untuk log masuk atau pendaftaran.
Ya, anda mempunyai pilihan untuk membatalkan atau menyerahkan sijil Takaful anda dengan memberikan permintaan bertulis yang ditandatangani oleh anda kepada AIA PUBLIC. Kami akan membayar balik caruman berdasarkan jadual di bawah, dengan syarat tiada tuntutan yang telah dibuat sepanjang tahun sijil semasa.
Tempoh Tidak Melebihi | Mod Pembayaran Caruman | |||
---|---|---|---|---|
Tahunan | Setengah tahunan | Suku tahunan | Bulanan | |
15 hari* | 100% | 100% | 100% | 100% |
1 bulan | 80% | 70% | 50% | Tiada bayaran balik |
2 bulan | 70% | 50% | 20% | Tiada bayaran balik |
3 bulan | 60% | 30% | Tiada bayaran balik | Tiada bayaran balik |
4 bulan | 50% | 20% | 50% | Tiada bayaran balik |
5 bulan | 40% | 10% | 20% | Tiada bayaran balik |
6 bulan | 30% | Tiada bayaran balik | Tiada bayaran balik | Tiada bayaran balik |
7 bulan | 25% | 70% | 50% | Tiada bayaran balik |
8 bulan | 20% | 50% | 20% | Tiada bayaran balik |
9 bulan | 15% | 30% | Tiada bayaran balik | Tiada bayaran balik |
10 bulan | 10% | 20% | 50% | Tiada bayaran balik |
11 bulan | 5% | 10% | 20% | Tiada bayaran balik |
12 bulan | Tiada bayaran balik | Tiada bayaran balik | Tiada bayaran balik | Tiada bayaran balik |
* Tempoh Percubaan – Anda boleh membatalkan Sijil Takaful dengan memberi permintaan bertulis yang ditandatangani oleh anda kepada AIA PUBLIC di dalam tempoh lima belas (15) hari selepas kontrak e-sijil anda telah tersedia di portal pelanggan AIA. Caruman yang anda telah bayar akan dibayar dipulangkan balik kepada anda.
Anda boleh mengaktifkan semula sijil anda sebelum tarikh tamat sijil dengan mengunjungi mana-mana Pusat Pelanggan kami.
Tidak. Tiada yuran dan caj tambahan selain daripada pembayaran caruman anda. Sila ambil perhatian bahawa caruman yang dibayar oleh organisasi perniagaan adalah tertakluk kepada cukai yang dikenakan oleh Kerajaan Malaysia pada kadar semasa.
Anda tidak akan dilindungi jika anda meninggal dunia dalam mana-mana kejadian berikut:
i. Kematian akibat membunuh diri.
Nota: Senarai ini adalah tidak menyeluruh. Sila rujuk kepada e-sijil anda untuk senarai pengecualian penuh.
Anda boleh menamakan mana-mana orang yang wujud sebagai penama. Anda tidak boleh menamakan organisasi sebagai penama.
Anda boleh menamakan penama(-penama) sebagai:
i. Seorang pelaksana; atau
ii. Seorang penerima faedah bawah hibah (hadiah) bersyarat.
Sesiapa sahaja boleh menjadi penama tetapi penama haruslah orang yang wujud. Anda tidak boleh menamakan organisasi sebagai penama.
Untuk membuat penamaan, anda boleh memuat turun salinan Borang Penamaan di sini dan mengemukakan borang penamaan yang lengkap di mana-mana Pusat Pelanggan kami atau menghantar kepada:
Jabatan Perkhidmatan Pelanggan,
Wisma AIA,
99 Jalan Ampang,
50450 Kuala Lumpur.
Penamaan adalah tidak wajib. Namun, kami mencadangkan anda supaya membuat penamaan untuk mempercepatkan bayaran tuntutan kepada penama anda.
Penamaan adalah penting untuk memastikan penama anda menerima faedah daripada sijil Takaful anda secepat mungkin sekiranya anda meninggal dunia. Ia juga penting untuk memastikan orang yang dinamakan mengetahui tentang perkara ini.
Anda boleh memuat turun borang tuntutan dan Surat Kebenaran di sini atau anda boleh melayari laman web AIA aia.com.my.
Sila lengkapkan borang, termasuk maklumat bank anda kerana kami akan membayar tuntutan yang diluluskan secara terus ke dalam akaun bank anda melalui e-pembayaran. Anda boleh menghantar borang yang telah dilengkapkan bersama dokumen yang diperlukan ke mana-mana Pusat Khidmat Pelanggan AIA kami.
Di bawah adalah senarai dokumen yang anda perlukan untuk membuat tuntutan:
1) Borang Tuntutan
2) Sijil Kematian
3) Kontrak sijil Takaful asal/Bond of Indemnity
4) Bukti hubungan penuntut dengan si mati
5) Kad Pengenalan penuntut
6) Surat JPN (Untuk kematian di luar Malaysia)
7) 5 keping Surat Kebenaran untuk Mengeluarkan Maklumat
Dokumen bukan asli mestilah diperakui sebagai salinan sebenar oleh kakitangan AIA yang diberi kuasa di Pusat Khidmat Pelanggan AIA kami, di balai polis, guru besar sekolah atau ketua kampung anda.
Anda boleh menyemak status tuntutan anda dengan mendaftarkan diri sebagai pengguna portal pelanggan kami iaitu AIA+. Sila klik pautan ini untuk pendaftaran. Anda juga boleh mengunjungi mana-mana Pusat Khidmat Pelanggan kami atau menghubungi 1300-88-8922.
Kami akan memerlukan surat daripada Jabatan Pendaftaran Negara Malaysia untuk mengesahkan kematian. Kami juga memerlukan salinan sijil kematian yang diakui benar, yang dikeluarkan oleh negara tempat anda meninggal dunia.
Sila tinggalkan maklumat anda untuk dihubungi dengan mengklik pautan ini. Anda juga boleh menghubungi Talian Khidmat Pelanggan AIA PUBLIC Takaful pada 1300-88-8922.