- Gambaran Keseluruhan
- Manfaat
- Terma & Syarat
- Perlindungan Tambahan
Manfaat

Manfaat AIA Vitality: Bonus Tunai Tahunan
Nikmati Bonus Tunai Tahunan tanpa premium tambahan. Bonus Tunai Tahunan pertama adalah 20% daripada premium asas anda yang dibayar untuk A-Life Cancer 360.
Video
Terma & Syarat
1. Pelan ini melindungi individu sehingga umur 80 tahun.
2. Kadar premium bagi pelan ini mengikut paras dan berdasarkan umur pada tarikh pelan dikeluarkan.
3. Premium bagi pelan ini tidak dijamin dan AIA berhak untuk menyemak semula premium dengan memberikan anda notis bertulis 3 bulan.
4. Premium yang dibayar bagi pelan ini boleh melayakkan anda untuk mendapat pelepasan cukai perseorangan, tertakluk kepada keputusan akhir yang dikeluarkan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia.
5. Sila ambil maklum bahawa premium yang dibayar oleh organisasi perniagaan adalah tertakluk kepada cukai yang dikenakan oleh Kerajaan Malaysia pada kadar semasa.
6. Anda perlu menjalani tempoh menunggu sebelum anda boleh membuat sebarang tuntutan di bawah pelan ini. Tempoh menunggu yang berbeza adalah terpakai untuk faedah yang berlainan.
7. Anda akan menerima Bonus Tunai Tahunan pada setiap ulang tahun polisi dengan syarat keahlian AIA Vitality anda kekal aktif sepanjang tahun polisi yang berkenaan.