pageheroimage

AIA Vitality

    Penyata Privasi

AIA Vitality ialah program kesihatan dan kesejahteraan yang menggalakkan anda untuk meningkatkan tahap kesihatan dan mendapatkan ganjaran hebat. Untuk membolehkan perkhidmatan berkaitan AIA Vitality disediakan untuk anda, kami perlu mengumpulkan, menggunakan dan berkongsi data peribadi tertentu tentang anda. Pelanggan dan bakal pelanggan mengharapkan kami untuk menyimpan maklumat mereka dengan tepat, terlindung daripada manipulasi dan kesilapan, selamat daripada kecurian dan bebas daripada pendedahan yang tidak wajar. Kami menjaga keselamatan data pelanggan dan bakal pelanggan kami dengan mematuhi Akta Perlindungan Data Peribadi 2010, dan semua undang-undang tempatan yang berkaitan, dan memastikan kakitangan kami mematuhi piawaian keselamatan dan kerahsiaan yang ketat.

Penyata ini ("AIAV PICS") memaklumkan kepada anda tentang tujuan data peribadi anda dikumpulkan, bagaimana data akan digunakan, kepada siapa data peribadi anda boleh diberikan, daripada siapa data peribadi anda boleh dikumpulkan dan bagaimana untuk mengakses, menyemak dan meminda data peribadi anda. Data peribadi anda diberikan secara sukarela: anda boleh memilih untuk tidak memberikan data yang diminta kepada kami, tetapi kegagalan untuk berbuat demikian mungkin menjejaskan keupayaan AIA Vitality untuk menyediakan perkhidmatannya kepada anda.

AIA Vitality dikendalikan oleh AIA Group Limited, AIA Company Limited, AIA Health Services Sdn. Bhd (secara bersama, "Pengendali AIA Vitality") dan ahli kumpulan syarikat AIA ("Kumpulan AIA"). Pengendali AIA Vitality akan menerima sokongan berterusan daripada Discovery Limited (sebuah syarikat yang berpangkalan di Afrika Selatan) dan/atau syarikat sekutunya ("DSY") [pengendali global program AIA Vitality].

Anda juga perlu mengambil perhatian bahawa [jabatan taja jamin dan tuntutan] AIA Company Limited, AIA International Limited, AIA Bhd., AIA PUBLIC Takaful Bhd. atau mana-mana penanggung insurans/pengendali takaful lain dalam Kumpulan AIA ("Penanggung Insurans AIA") tidak mempunyai akses kepada data peribadi anda (termasuk maklumat kesihatan dan perubatan) yang diberikan kepada atau dikumpulkan melalui  AIA Vitality. Oleh yang demikian, apabila anda memohon polisi insurans/sijil takaful baharu daripada Penanggung Insurans AIA, anda mengakui bahawa sebarang maklumat kesihatan, perubatan atau maklumat lain yang boleh menjejaskan risiko di bawah polisi insurans/sijil takaful perlu dimaklumkan secara berasingan kepada Penanggung Insurans AIA walaupun anda telah memberikan maklumat tersebut kepada Pengendali AIA Vitality atau Rakan AIA Vitality (seperti yang ditakrifkan di bawah). Begitu juga jika anda kini mempunyai sebarang kewajipan untuk memaklumkan kepada Penanggung Insurans AIA tentang sebarang peristiwa atau permulaan sebarang keadaan, atau penamatan sebarang peristiwa atau keadaan sedemikian, maka anda perlu memaklumkan kepada Penanggung Insurans AIA secara berasingan tentang perkara tersebut walaupun anda telah memberikan maklumat tersebut kepada Pengendali AIA Vitality atau Rakan AIA Vitality (seperti yang ditakrifkan di bawah).

Dengan menggunakan laman web ini, anda bersetuju dengan amalan dan dasar dalam AIAV PICS ini. Jika anda tidak bersetuju dengan mana-mana amalan dan dasar dalam AIAV PICS ini, sila jangan gunakan laman web ini untuk mengemukakan maklumat peribadi anda kepada program AIA Vitality.

Tujuan laman web ini adalah untuk menyampaikan maklumat umum sahaja. Walaupun kami berusaha dengan sewajarnya untuk memastikan ketepatan maklumat di laman web ini, Pengendali AIA Vitality dan Rakan AIA Vitality (seperti yang ditakrifkan di bawah) tidak menjamin ketepatan mutlaknya atau tidak menerima sebarang liabiliti terhadap apa-apa kerugian atau kerosakan disebabkan oleh ketidaktepatan atau ketinggalan maklumat. Maklumat yang terkandung di laman web ini tidak boleh disalin, kecuali untuk kegunaan peribadi, atau tidak boleh diedarkan semula tanpa mendapatkan kebenaran terlebih dahulu daripada Pengendali AIA Vitality.

Laman web ini dan platform media sosial kami tidak disediakan untuk orang-orang dalam bidang kuasa yang menyekat pengedaran maklumat oleh kami atau menyekat penggunaan platform media sosial tersebut. Jika keadaan ini berkenaan dengan anda, kami menasihati anda untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang sekatan yang berkaitan dan mematuhinya. Pengendali AIA Vitality dan Rakan AIA Vitality (seperti yang ditakrifkan di bawah) tidak menerima sebarang liabiliti dalam hal ini.

Mengapa kami mengumpulkan data peribadi anda dan bagaimana data ini boleh digunakan?

Data peribadi dikumpulkan untuk tujuan berikut:

  • Untuk memproses, mentadbir, melaksanakan dan menjalankan permintaan, transaksi atau perkhidmatan keahlian di bawah AIA Vitality. Berhubung dengan perkara ini, sebagai tambahan kepada sebarang data peribadi yang mungkin dikumpulkan oleh Pengendali AIA Vitality terus daripada anda, Pengendali AIA Vitality juga mungkin perlu mendapatkan maklumat daripada Rakan AIA Vitality (seperti yang ditakrifkan di bawah) tentang penggunaan dan penyertaan anda di dalam program (termasuk kemajuan dan keputusan daripadanya), barangan atau perkhidmatan keahlian yang disediakan oleh Rakan AIA Vitality (seperti yang ditakrifkan di bawah);
  • Untuk mereka bentuk produk baharu atau menambah baik produk, maklumat dan perkhidmatan sedia ada yang disediakan di bawah AIA Vitality;
  • Untuk berkomunikasi dengan anda termasuk menghantar maklumat kepada anda tentang sebarang kemas kini dan perubahan masa depan kepada AIA Vitality, keahlian dan akaun AIA Vitality anda, atau AIAV PICS ini;
  • Untuk menyediakan perkhidmatan lain yang berkaitan dengan AIA Vitality dan/atau program kesetiaan seperti beli-belah dalam talian di laman web AIA Vitality atau pembelian AIA Vitality;
  • Untuk menyesuaikan penampilan laman web, aplikasi mudah alih dan platform media sosial kami, memberikan maklumat dan perkhidmatan dan menyediakan iklan yang bersasar di laman web kami atau melalui saluran lain;
  • Untuk penyelidikan statistik atau aktuari yang dikendalikan oleh Kumpulan AIA, Rakan kami yang menyediakan barangan dan perkhidmatan di bawah AIA Vitality ("Rakan AIA Vitality)"), industri perkhidmatan kewangan atau pengawal selia kami yang berkenaan;
  • Untuk analisis data lanjutan, padanan data, perniagaan dalaman dan tujuan pentadbiran;
  • untuk memantau dan menganalisis penggunaan halaman AIA Vitality oleh pihak anda dalam aplikasi mudah alih bagi mengendalikan, menilai dan menambah baik perkhidmatan kami, memahami keutamaan anda dan menyelesaikan sebarang masalah;
  • Untuk memudahkan pembayaran produk dan/atau perkhidmatan yang disediakan oleh Pengendali AIA Vitality, mana-mana ahli Kumpulan AIA yang lain atau mana-mana Rakan AIA Vitality, termasuk tetapi tidak terhad kepada untuk penentusahan butiran kad kredit dengan pengeluar kad kredit atau penyedia perkhidmatan pihak ketiga yang lain, mendapatkan laporan kredit pengguna daripada agensi rujukan kredit dan menjalankan prosedur membuat padanan berbanding dengan pangkalan data transaksi penipuan yang diketahui yang disenggarakan oleh Pengendali AIA Vitality,  mana-mana ahli Kumpulan AIA yang lain, mana-mana Rakan AIA Vitality atau pihak ketiga;
  • Untuk membantu melaksanakan penguatkuasaan undang-undang, penyiasatan oleh polis atau pihak berkuasa kerajaan atau pengawal selia lain dan untuk memenuhi keperluan yang ditetapkan di bawah undang-undang dan peraturan yang berkenaan atau kewajipan lain kepada kerajaan atau pihak berkuasa kawal selia;
  • Tujuan lain seperti yang dimaklumkan pada masa maklumat dikumpulkan; dan
  • Tujuan lain yang berkaitan secara langsung dengan mana-mana perkara di atas.

Melainkan dibenarkan di bawah undang-undang dan peraturan yang berkenaan, kami akan mendapatkan persetujuan daripada anda jika kami ingin menggunakan data peribadi anda untuk tujuan selain daripada yang dinyatakan dalam Penyata Privasi ini.

Dasar kami tentang penggunaan data peribadi anda untuk tujuan promosi atau pemasaran yang berkaitan dengan AIA Vitality boleh didapati di bahagian "Penggunaan Data Peribadi untuk Tujuan Pemasaran Langsung" di bawah.

Siapakah boleh menerima data peribadi anda?

Data peribadi akan dirahsiakan tetapi jika dibenarkan di bawah undang-undang atau pendedahan sedemikian perlu dibuat untuk memenuhi tujuan atau tujuan yang berkaitan secara langsung dengan pengumpulan data peribadi, maka data peribadi boleh diberikan kepada pihak-pihak berikut:

  • Mana-mana ahli gabungan kami dan kepada DSY dan AIA Vitality untuk tujuan yang dinyatakan di atas;
  • Mana-mana orang yang diberi kuasa untuk bertindak sebagai ejen Pengendali AIA Vitality untuk mengedarkan maklumat berhubung dengan AIA Vitality;
  • Rakan AIA Vitality dan ejen mereka untuk menyediakan barangan dan/atau perkhidmatan keahlian, dan pentadbiran program;
  • Mana-mana ejen, kontraktor atau penyedia perkhidmatan pihak ketiga yang memberikan sokongan perkhidmatan keahlian termasuk tetapi tidak terhad kepada pentadbiran, pemprosesan data, penyimpanan data, perkhidmatan pusat panggilan, surat-menyurat, infrastruktur dan operasi sistem, pentadbiran laman web, pemasaran, kewangan, ganjaran, invois dan latihan;
  • Syarikat lain yang membantu mengumpulkan maklumat anda atau berkomunikasi dengan anda, seperti syarikat penyelidikan dan agensi penarafan, untuk menambah baik perkhidmatan yang akan disediakan di bawah AIA Vitality.
  • Pihak berkuasa kerajaan atau kawal selia atau mana-mana orang yang memerlukan Pengendali AIA Vitality (atau syarikat Kumpulan AIA yang lain) atau Rakan AIA Vitality membuat pendedahan:
  1. di bawah kewajipan undang-undang dan / atau kawal selia dalam bidang kuasa yang berkenaan dengan syarikat Kumpulan AIA tertentu atau Rakan AIA Vitality; atau
  2. yang mana syarikat Kumpulan AIA atau Rakan AIA Vitality telah bersetuju untuk membuat pendedahan kepadanya.

Dari semasa ke semasa, Kumpulan AIA mungkin membeli sesebuah perniagaan atau menjual satu atau lebih perniagaannya (atau sebahagian daripadanya) dan data peribadi anda boleh dipindahkan atau didedahkan sebagai sebahagian daripada pembelian atau penjualan atau cadangan pembelian atau penjualan. Sekiranya Kumpulan AIA membeli sesebuah perniagaan, data peribadi yang diterima daripada perniagaan tersebut, setakat mana yang berkaitan dengan AIA Vitality, akan dikendalikan mengikut AIAV PICS ini. Sekiranya Kumpulan AIA menjual perniagaan, setakat yang berkaitan dengan AIA Vitality, satu peruntukan akan disertakan dalam kontrak jualan yang mensyaratkan pembeli untuk mengendalikan data peribadi anda dengan cara yang sama yang ditetapkan oleh AIAV PICS ini.

Data peribadi anda boleh diberikan kepada mana-mana pihak di atas yang mungkin berada di Malaysia atau di luar Malaysia.

Maklumat anda boleh dipindahkan kepada, disimpan dan diproses dalam bidang kuasa lain di lokasi mana-mana pihak di atas, atau bidang kuasa di mana kontraktor pihak ketiga berada atau dari tempat kontraktor pihak ketiga menyediakan perkhidmatan kepada kami. Jika dikehendaki di bawah undang-undang yang berkaitan, kami mungkin meminta persetujuan anda untuk memindahkan maklumat tersebut di luar bidang kuasa anda ke kemudahan kami atau kepada pihak ketiga yang kami kongsi maklumat dengannya seperti yang diterangkan di atas. Data peribadi anda hanya akan dipindahkan ke lokasi lain apabila kami berpuas hati bahawa tahap perlindungan yang sewajarnya wujud untuk melindungi keutuhan dan keselamatan data peribadi anda, yang sekurang-kurangnya sebanding dengan bidang kuasa atau wilayah di mana anda memberikan data peribadi tersebut.

Dasar kami mengenai perkongsian data peribadi anda untuk tujuan promosi atau pemasaran yang berkaitan dengan AIA Vitality boleh didapati di bahagian "Penggunaan Data Peribadi untuk Tujuan Pemasaran Langsung" di bawah.

Hak akses kepada data peribadi

Di bawah undang-undang dan peraturan yang berkenaan, anda berhak untuk:

  • Menentusahkan sama ada Pengendali AIA Vitality memegang sebarang data peribadi tentang anda berhubung dengan AIA Vitality dan untuk mengakses sebarang data atau maklumat sedemikian tentang cara AIA Vitality menggunakan atau mendedahkan data peribadi anda;
  • Meminta Pengendali AIA Vitality untuk membetulkan sebarang data peribadi berkaitan dengan anda yang disimpan di bawah AIA Vitality yang tidak tepat atau tidak lengkap;
  • Memohon pemadaman data peribadi anda dalam keadaan tertentu;
  • Membuat aduan tentang pengendalian data oleh Pengendali AIA Vitality; dan
  • Membuat pertanyaan tentang dasar dan amalan Pengendali AIA Vitality berhubung dengan data peribadi.

Permintaan untuk akses, pembetulan, aduan atau pertanyaan lain yang berkaitan dengan anda di bawah program AIA Vitality hendaklah dikemukakan kepada kami melalui bahagian Hubungi Kami | AIA Malaysia

Pengendali AIA Vitality berhak untuk mengenakan kos yang berkaitan secara langsung dan yang diperlukan untuk pemprosesan sebarang permintaan akses data peribadi.

Penggunaan data peribadi untuk tujuan pemasaran langsung

Selain untuk tujuan yang dinyatakan di atas, Kumpulan AIA berhasrat untuk menggunakan nama dan maklumat hubungan anda untuk tujuan promosi atau pemasaran termasuk menghantar bahan promosi kepada anda dan menjalankan pemasaran langsung berhubung dengan produk, perkhidmatan, nasihat dan bidang berikut: insurans; takaful; anuiti; MPF/ORSO; pengurusan kekayaan; pelaburan; perbankan; perkhidmatan kewangan; kad kredit; rawatan perubatan/ kesihatan; pendidikan; pengambilan; latihan; program ganjaran/kesetiaan/ keistimewaan; perjalanan; penginapan; pakaian; konsert; acara sukan dan khas; makanan dan minuman; isi rumah; media; rangkaian sosial; spa dan aktiviti relaksasi yang serupa dan perkhidmatan riadah lain; perkhidmatan telekomunikasi dan mudah alih; Internet; produk dan perkhidmatan runcit/pengguna lain; kesejahteraan dan tujuan amal/tidak menguntungkan ("Kelas Bidang Pemasaran").

Untuk tujuan pemasaran langsung, kami mungkin memberikan maklumat peribadi anda kepada penyedia (dan ejen mereka) (sama ada di dalam atau di luar Kumpulan AIA) mana-mana Kelas Bidang Pemasaran yang diterangkan di atas supaya mereka boleh menghubungi anda dan/atau menghantar bahan promosi kepada anda dan menjalankan pemasaran langsung berhubung dengan produk dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh mereka (bahan-bahan ini boleh dihantar kepada anda melalui pos,  e-mel atau cara lain). Kami mungkin memberikan data peribadi anda kepada penyedia (sama ada di dalam atau di luar Kumpulan AIA) mana-mana Kelas Bidang Pemasaran untuk keuntungan.

Sebelum menggunakan atau memberikan data peribadi anda untuk tujuan dan kepada penerima yang dinyatakan dalam bahagian ini, kami mungkin dikehendaki di bawah undang-undang untuk mendapatkan kebenaran bertulis daripada anda, dan dalam keadaan sedemikian, kami boleh menggunakan dan memberikan data peribadi anda untuk sebarang tujuan promosi atau pemasaran hanya selepas mendapat kebenaran bertulis tersebut.

Jenis data peribadi yang akan digunakan dan disediakan oleh Kumpulan AIA untuk tujuan pemasaran langsung seperti yang diterangkan di atas ialah nama anda dan maklumat hubungan yang berkaitan, walaupun kami mungkin memiliki data peribadi tambahan.

Anda boleh menarik balik persetujuan anda pada masa hadapan bagi penggunaan dan penyediaan data peribadi anda kepada pihak ketiga oleh Pengendali AIA Vitality untuk tujuan pemasaran langsung dan selepas itu Pengendali AIA Vitality akan berhenti menggunakan data tersebut untuk tujuan pemasaran langsung.

Jika anda ingin menarik balik persetujuan anda, sila maklumkan kepada kami dengan menulis ke alamat yang dinyatakan di bahagian "Hak Akses kepada Data Peribadi" atau menghantar e-mel kepada kami. Sebarang permintaan sedemikian hendaklah menyatakan dengan jelas butiran data peribadi yang berkaitan bagi permintaan yang dibuat.

Penggunaan kuki

Kuki ialah teks kecil yang mengandungi sedikit maklumat yang dimuat turun dan boleh disimpan dalam mana-mana pelayar web atau peranti anda yang boleh melayari Internet (contohnya komputer, telefon pintar atau tablet anda) yang kemudiannya boleh dibaca oleh pelayan - seumpama memori untuk halaman web.

Pengendali AIA Vitality mungkin menggunakan kuki dan alat lain pada laman web dan aplikasi mudah alih. Dengan meneruskan penggunaan laman web, anda bersetuju untuk membolehkan kami meletakkan kuki dalam komputer anda. Maklumat yang dikumpulkan (termasuk tetapi tidak terhad kepada: alamat IP anda (dan nama domain), perisian pelayar, jenis dan konfigurasi pelayar anda, penetapan bahasa, geolokasi, sistem operasi, laman web rujukan, halaman dan kandungan yang telah dilihat, dan tempoh lawatan) akan digunakan untuk memastikan operasi laman web dan membolehkan anda log masuk dengan selamat, untuk mengumpulkan perangkaan agregat tentang cara pelawat kami mencapai dan melayari laman web kami untuk tujuan penambahbaikan dan pengoptimuman web,  dan untuk membantu kami memahami cara kami boleh meningkatkan pengalaman anda semasa mengunjunginya.

Kuki juga membolehkan laman web kami mengingati anda dan pilihan anda, dan menyesuaikan laman web untuk keperluan anda. Kuki pengiklanan akan membolehkan kami menyediakan iklan di laman web kami yang sebaik mungkin berkaitan dengan anda, contohnya dengan memilih iklan berasaskan minat anda, atau menghalang iklan yang sama daripada sentiasa muncul semula di hadapan anda. Anda boleh mendapatkan maklumat lanjut tentang jenis kuki yang kami kumpulkan, tujuan kami menggunakannya dan cara menguruskan penetapan kuki anda dalam Dasar Kuki kami.

Pautan luar

Jika mana-mana bahagian laman web ini, aplikasi mudah alih dan platform media sosial mengandungi pautan ke laman web lain, laman web tersebut mungkin tidak dikendalikan di bawah AIAV PICS ini. Anda dinasihatkan untuk menyemak penyata privasi di laman web tersebut untuk memahami dasar mereka mengenai pengumpulan, penggunaan, pemindahan dan pendedahan data peribadi.

Pindaan kepada AIAV PICS

Pengendali AIA Vitality berhak, pada bila-bila masa dan tanpa memberikan notis, untuk menambah, mengubah, mengemas kini atau mengubah suai AIAV PICS ini, hanya dengan memberitahu anda tentang perubahan, kemas kini atau pindaan tersebut. Jika kami memutuskan untuk mengubah dasar data peribadi kami, perubahan tersebut akan dimaklumkan kepada anda sama ada di laman web kami atau secara bertulis supaya anda sentiasa mengetahui maklumat yang kami kumpulkan, cara kami menggunakan maklumat dan dalam keadaan apa maklumat itu akan didedahkan. Sebarang perubahan, kemas kini atau pengubahsuaian sedemikian akan berkuat kuasa serta-merta selepas disiarkan.

Maklumat tambahan

Jika anda mempunyai apa-apa soalan tentang AIAV PICS ini atau ingin mendapatkan maklumat tambahan mengenai dasar dan amalan privasi data Pengendali AIA Vitality, sila hubungi kami. Anda boleh menghubungi Pegawai Perlindungan Data (DPO) kami menggunakan alamat berikut:

Pegawai Perlindungan Data:

  • E-mel: MY-DPO@aia.com

DPO kami bertanggungjawab untuk memantau strategi perlindungan data kami dan memastikan pematuhan kami terhadap undang-undang dan peraturan perlindungan data yang berkenaan.

Kemas Kini Terakhir: 11 Jun 2025