Tinjauan AIA mendedahkan ramai yang menyimpan wang dengan lebih banyak namun ianya boleh diperbaiki dengan tabiat simpanan yang lebih bijak.
COVID-19 telah memberi kesan yang ketara terhadap pelbagai aspek dalam kehidupan kita, bukan sahaja dari segi kesihatan fizikal tetapi kesihatan dan kesejahteraan mental juga. Di AIA, kami ingin memahami bagaimana pandemik ini telah mempengaruhi sikap dan tabiat penduduk Asia yang mendapatkan produk simpanan dan insurans serta mendalami aspek-aspek seperti perubahan keperluan, proses membuat keputusan, kebimbangan dan pertimbangan mereka.
Kajian AIA Save Smarter 2021 menjalankan tinjauan ke atas 7,400 pengguna insurans yang berumur 25 tahun ke atas di lapan pasaran Asia termasuk Tanah Besar China, Hong Kong, Indonesia, Malaysia, Filipina, Singapura, Thailand dan Vietnam. Di Malaysia, seramai 1,000 responden telah disoal selidik untuk kajian ini.
Kajian AIA Save Smarter 2021 - Penemuan Utama di Malaysia
Tiga Langkah untuk Menyimpan dengan Lebih Bijak
Tetapkan matlamat untuk penyimpanan yang lebih bijak
Fahami matlamat simpanan anda. Kajian AIA Save Smarter mendedahkan bahawa trend dan objektif simpanan isi rumah kian berubah: menguruskan ketidakpastian kini adalah matlamat utama penyimpanan dan tumpuan yang lebih tinggi terhadap akses tabung.
Adakah anda memperoleh pulangan daripada simpanan?
Menilai simpanan semasa anda dapat menentukan sama ada anda perlu melakukan sebarang perubahan terhadap pelan anda.
Produk-produk simpanan fleksibel untuk keperluan anda
Pilih produk yang bersesuaian dengan keperluan dan matlamat simpanan anda. Produk-produk simpanan AIA menawarkan fleksibiliti dengan potensi pulangan jangka panjang yang lebih baik.
Untuk maklumat lanjut mengenai produk simpanan dan pelaburan AIA Malaysia, sila klik sini.