Kanak-kanak & Kesejahteraan

Bantuan Kewangan bagi Pembedahan Jantung Kanak-Kanak

Berdasarkan MyHealth Portal oleh KKM, insiden Penyakit Jantung Kongenital (CHD) di kalangan kanak-kanak Malaysia ialah 8 daripada 10 kes dalam 1000 kelahiran.

Disebabkan itu, AIA menawarkan bantuan kewangan supaya kanak-kanak daripada keluarga yang kurang bernasib baik dapat menjalani pembedahan pembetulan jantung. Sejak 2013, kami telah menyumbang lebih RM700,000 kepada 53 kanak-kanak di seluruh Malaysia dan hidup mereka telah berubah menjadi lebih baik.

Jika anda mempunyai atau mengetahui kanak-kanak yang memerlukan bantuan kewangan bagi menjalani pembedahan jantung, sila isi borang ini dan hantarkan kepada kami. Jika mempunyai sebarang soalan, sila emel my.corpcomms@aia.com