Kanak-kanak & Kesejahteraan

Program Kongsi Rezeki AIA PUBLIC Takaful 2024

AIA PUBLIC Takaful meneruskan inisiatif CSR, Program Kongsi Rezeki yang mana 10 rumah anak yatim di Malaysia telah menerima bantuan seperti katil, tilam, barangan elektrik dan barangan harian. Inisiatif selaras dengan tujuan memperkasakan komuniti untuk hidup Lebih Sihat, Berpanjangan dan Bermakna ini telah membantu lebih 500 kanak-kanak dari rumah-rumah tersebut. Inisiatif ini dapat dilaksanakan menerusi sumbangan lebihan (surplus) oleh peserta sijil AIA PUBLIC Takaful.

Di samping bantuan tersebut, kami juga telah menjayakan beberapa sesi keterlibatan bersama anak-anak daripada dua buah rumah seperti acara maraton dan kem bola speak. Sesi pertama pada bulan Julai melibatkan 15 kakitangan AIA dan 40 anak-anak dari Rumah Kasih Harmoni yang telah menyertai Score With Spurs Junior Camp di mana mereka telah menunjukkan aksi dan kemahiran bermain bola masing-masing.

Sesi seterusnya melibatkan 13 kakitangan AIA yang telah menyertai larian bersama anak-anak dari Rumah Kasih Harmoni dan Pertubuhan Amal Rukaiyah di acara SCORE Marathon by AIA Vitality. Para sukarelawan dan anak-anak tersebut dapat meluangkan masa bersama-sama termasuk bermain permainan yang terdapat di situ.

Akhir sekali, pada bulan Oktober, 40 sukarelawan AIA telah menziarahi Rumah Kasih Harmoni dan Pertubuhan Amal Rukaiyah di mana kami telah mengadakan sesi Zumba bersama anak-anak di rumah tersebut. Kesemua anak-anak dan sukarelawan kemudiannya telah dihiburkan dengan sesi penceritaan oleh Uncle NAI yang telah membawa kesemua peserta mengembara melalui keajaiban lautan dan memperkenalkan mereka kepada makhluk laut yang menakjubkan.

Galeri