Perlindungan Hayat
Lindungi diri anda dan yang tersayang daripada ketidakpastian hidup dengan pelan insurans hayat dan takaful AIA.
{{title}}
{{label}}SafeHome
Produk Dalam Talian
SafeHome adalah perlindungan insurans kebakaran asas untuk melindungi rumah anda dan/ataupun isi kandungannya daripada kehilangan atau kerosakan yang disebabkan oleh kebakaran dan kilat. Untuk perlindungan tambahan, terdapat juga pilihan perlindungan terhadap banjir, penenggelaman, tanah runtuh dan peril lain. Pelan ini juga menyediakan bantuan wang tunai dan perlindungan perubatan sekiranya berlaku kemalangan akibat peril yang diinsuranskan. Perlindungan polisi ini adalah secara tahunan dan hanya boleh dibeli melalui Touch 'n Go eWallet.
Warganegara Malaysia dan bukan warganegara Malaysia yang bekerja secara sah dan menetap di Malaysia layak untuk membeli pelan ini.
Melindungi kerugian atau kerosakan pada kediaman peribadi (bangunan) anda dan/atau kandungan rumah terhadap peril yang diinsuranskan.
Memberi elaun kesulitan sehingga RM2,000 untuk kediaman yang tidak boleh didiami sementara disebabkan bangunan dan/atau kandungan rumah musnah atau rosak akibat peril yang diinsuranskan.
Membayar balik perbelanjaan perubatan yang ditanggung disebabkan berlakunya kecederaan anggota badan yang tidak disengajakan di rumah anda akibat peril yang diinsuranskan (sehingga 2 orang, berumur 18-70 tahun), dengan jumlah diinsuranskan sehingga RM5,000 seorang.
Klik di sini untuk melihat Notis Penting dan Pengisytiharan.