Perlindungan Hayat
Lindungi diri anda dan yang tersayang daripada ketidakpastian hidup dengan pelan insurans hayat dan takaful AIA.
{{title}}
{{label}}AIA Travel PA Plus
Perlindungan Perjalanan
Tempoh Perlindungan
Umur Penyertaan
Anda boleh membelinya melalui
Kemalangan, kelewatan perjalanan, gangguan atau pembatalan boleh menyebabkan komplikasi yang tidak dijangka. Oleh itu, adalah penting untuk mempersiapkan diri bagi perkara yang tidak dijangka supaya anda boleh menikmati perjalanan tanpa kebimbangan.
AIA Travel PA Plus adalah pelan perlindungan perjalanan yang menyediakan perlindungan komprehensif terhadap kecederaan, hilang upaya atau kematian yang disebabkan oleh kemalangan, perbelanjaan perubatan yang ditanggung akibat kemalangan atau penyakit dan kesulitan perjalanan yang berlaku semasa perjalanan diinsuranskan.
Anda boleh memilih sama ada pilihan Annual Plan atau Single Trip yang boleh anda beli untuk memenuhi keperluan perjalanan anda. Selain itu, anda juga boleh membeli pelan ini untuk diri sendiri, anak anda atau keluarga anda yang berjalan bersama-sama anda.
Kami akan membayar balik perbelanjaan perubatan anda sehingga RM500K jika anda perlu mendapatkan rawatan perubatan semasa perjalanan anda.
Jika anda mengalami hilang upaya kekal atau kematian akibat kemalangan semasa perjalanan anda, anda akan menerima bayaran sekali gus sehingga 100% untuk Perlindungan Kemalangan Diri.
Kami akan membayar balik kepada anda untuk perbelanjaan perjalanan jika perjalanan anda dibatalkan, tertunda, terganggu atau bagasi anda lewat sampai, hilang atau rosak.
Anda boleh memilih sama ada Annual Plan untuk bilangan perjalanan tanpa had dalam tempoh setahun atau pelan Single Trip untuk perjalanan singkat sahaja.
Kami akan membayar kerugian atau kerosakan kepada isi kandungan rumah anda yang disebabkan oleh kebakaran dan/atau kecurian semasa anda berada dalam perjalanan anda.
Kami akan membayar balik perbelanjaan yang ditanggung untuk pengurusan penjagaan kanak-kanak jika anak-anak anda yang berjalan bersama dengan anda dibiarkan tanpa pengawasan apabila anda dimasukkan ke hospital semasa perjalanan anda.
Apakah maksud pembayaran sekaligus?
Pembayaran sekali gus adalah jumlah wang yang dibayar dalam satu pembayaran tunggal dan bukannya diperuntukkan kepada ansuran.
Apakah maksud pembayaran balik?
Pembayaran balik adalah jumlah yang dibayar untuk menampung wang yang telah dibelanjakan atau hilang.
Berminat dengan apa yang dibaca? Ini hanyalah ringkasan produk. Sila rujuk terma dan syarat di bawah. Jika anda mahukan maklumat lanjut, anda boleh melihat brosur kami atau menghubungi Perancang Hayat AIA.