WorkWell with AIA
Manfaat pekerja bukan hanya berkisarkan perlindungan semata-mata, malah kini didatangkan dengan manfaat pekerja yang dilengkapi perlindungan kesejahteraan. Disebabkan itu, AIA sentiasa berusaha menggabungkan manfaat dengan kesejahteraan pekerja seiring dengan tanggungjawab alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG). Kami akan bekerjasama dengan para majikan untuk menyokong pekerja dalam perjalanan mereka mencapai kesejahteraan hidup menerusi 4 dimensi utama: kesejahteraan fizikal, mental, kewangan serta sosial.
Hidup Sebaiknya
Fokus terhadap kesihatan fizikal dengan menggalakkan pemeriksaan kesihatan, aktiviti fizikal, pemakanan sihat dan akses kepada rangkaian perubatan berkualiti sepanjang perjalanan kesihatan dan kesejahteraan perkerja.
Fikir Sebaiknya
Fokus kepada kesihatan mental dengan memupuk kesedaran tentang kesihatan mental pekerja dan menyediakan penyelesaian yang disesuaikan dalam bentuk pendidikan, alat bantu diri, bimbingan, kaunseling dan akses kepada penyedia kesihatan mental pilihan.
Rancang Sebaiknya
Fokus kepada kesejahteraan kewangan dengan memperbaiki literasi kewangan, menyediakan alat bantu diri dan penyelesaian dan jika perlu, akses kepada bantuan profesional untuk merancang dan menguruskan kewangan di setiap peringkat kehidupan.
Rasa Sebaiknya
Fokus terhadap kesejahteraan sosial bagi meningkatkan keyakinan pekerja dengan mewujudkan persekitaran kerja yang terangkum serta rangkaian sokongan yang memupuk semangat kekitaan dalam komuniti yang lebih meluas. Melakukannya menggalakkan tujuan dan daya tahan di kalangan pekerja.
Penyelesaian Manfaat Pekerja Komprehensif
Perlindungan Perubatan Berkelompok
Manfaat kesihatan amat penting untuk mengekalkan kesihatan pekerja dan merawat penyakit.
Manfaat Asas:
- Perlindungan Kemasukan Hospital dan Pembedahan, termasuk bantuan tunai harian
- Rawatan kemasukan hospital luar negara akibat kemalangan
- Pemindahan Perubatan dan Penghantaran Pulang Kecemasan
Manfaat tambahan:
- Penyakit Kritikal
- Manfaat Pesakit Luar & Pakar
- Manfaat Perilindungan Perubatan Besar Tambahan
- Manfaat materniti
- Manfaat Pergigian
- Manfaat Pediatrik
Perlindungan Hayat Bertempoh Berkelompok
Menawarkan perlindungan menyeluruh bagi pekerja anda sekiranya berlaku kematian dan hilang upaya menyeluruh dan kekal akibat kemalangan dan sebab semula jadi.
Manfaat Asas:
- Kematian
Manfaat Tambahan:
- Hilang Upaya Menyeluruh dan Kekal
- Penyakit Kritikal
- Kematian Akibat Kemalangan & Hilang Upaya
- Penyakit Terminal
Kemalangan Peribadi Berkelompok
Menyediakan pampasan kepada pekerja anda sekiranya berlakunya kecederaan, hilang upaya atau kematian akibat kemalangan mengejut dan tidak dijangka.
Penyelesaian Kesihatan Mental
Menyediakan anda dan pekerja anda dengan penyelesaian kesihatan mental komprehensif yang menyokong kesihatan dan kesejahteraan mental. Penyelesaian ini direka untuk menawarkan sokongan kesejahteraaan mental hujung ke hujung daripada strategi pencegahan sehingga rawatan perubatan untuk semua tahap keperluan kesihatan mental dalam organisasi anda.
Perlindungan lanjutan COVID-19
Penyelesaian tambahan yang memastikan akses berterusan untuk penjagaan, kepakaran dan sokongan yang sesuai, membantu anda dan pekerja mengharungi pandemik Covid-19 bersama.
- Perlindungan Lanjutan Kemasukan Hospital untuk Covid-19
- Perlindungan Ujian Covid-19 Sebelum Kemasukan Hospital
- Manfaat dan perkhidmatan tambah nilai yang lain seperti talian hotline dan pakej pemantauan di rumah.
AIA Vitality Korporat
AIA Vitality merupakan program kesihatan yang memperkasakan pekerja anda dengan ilmu, alatan dan motivasi untuk membuat pilihan lebih sihat. Menggunakan penyelidikan terkini dalam ekonomi tingkah laku dan insentif, program ini direka bagi menggalakkan perubahan tingkah laku jangka panjang dalam kesihatan.
Medcare Berkelompok - Pengurusan Kes Perubatan Peribadi
Khidmat Pengurusan Kes Perubatan Peribadi (PMCM) memastikan pekerja anda menerima rawatan terbaik dan sokongan berterusan yang diperibadikan sepanjang perjalanan perubatan mereka apabila didiagnosis dengan penyakit serius atau rumit.
Khidmat PMCM ditawarkan secara eksklusif oleh Teladoc, sebuag syarikat yang pakar dalam pengurusan perubatan sedunia yang berkualiti. Teladoc akan melantik pasukan perubatan peribadi khusus ("Pasukan PMCM") yang diketuai pengurus kes pakar perubatan bagi menilai semula dan mengurus penyakit pekerja anda.
Skim Persaraan Swasta (PRS)
Menyediakan skim simpanan dan pelaburan jangka panjang sukarela yang direka untuk membantu anda meningkatkan faedah pekerja anda. Tambah simpanan persaraan pekerja anda di bawah persekitaran yang tersusun dan terkawal.
Program Pembelian Pekerja
Akses kepada produk eksklusif bagi menyokong perlindungan pekerja anda dan keluarga mereka serta membantu mencapai matlamat kewangan.
Pengurusan Kos
Mengurus kos perubatan melalui pentadbir pihak ketiga (TPA) dalaman kami. Menyampaikan pengurusan pentadbiran penjagaan kesihatan yang efisien dan kos efektif melalui rakan kongsi kami dan kakitangan yang berdedikasi serta berpengalaman
Kepakaran Kami
Ahli dengan Latar Belakang Klinikal/Perubatan:
- Doktor & jururawat
- Pentadbir hospital
- Ahli farmasi
- Pakar kesihatan berkaitan (cth. ahli fisioterapi)
Rakan Kami
- Perkhidmatan VIP
- Diskaun pemeriksaan kesihatan
- Manfaat Pemulihan, Kehamilan dan Bayi Baru Lahir
- Talian Hotline Covid-19 dan Pakej Penjagaan Khas di Rumah
serta banyak lagi…
Pasukan Berdedikasi
Pusat Panggilan 24 jam untuk bantuan tuntutan dan manfaat sepanjang tahun, meringankan beban jabatan sumber manusia anda dari kerja-kerja pentadbiran
Pengurus Akaun Berpengalaman
Pengurus Akaun Khusus untuk menguruskan akaun anda dan menyediakan analisis perbandingan tentang trend penggunaan dan kos
Rangkaian Kukuh dan Meluas di Seluruh Malaysia
Dengan hospital dan klinik panel AIA yang boleh dipercayai di seluruh negara, anda boleh mendapatkan rawatan perubatan yang tepat dengan perkhidmatan yang berbeza dengan tawaran diskaun harga pakej.
Manfaat Liputan Rangkaian
Kos perubatan yang lebih rendah
Kelulusan Surat Jaminan (GL) yang lebih pantas
Makluman awal tentang kos prosedur
Manfaat Hospital Platinum
Pengecualian caj pentadbiran
Pengecualian Deposit Kemasukan
Kadar eksklusif untuk pakej pemeriksaan kesihatan dan perkhidmatan tambah nilai yang lain
Penjagaan Kesihatan Didigitalkan
Pelbagai alat dan perkhidmatan digital di hujung jari pekerja anda untuk menyokong semua aspek kesihatan dan kesejahteraan, pada bila-bila masa dan dari mana-mana jua.
Aplikasi My AIA
Portal Pelanggan My AIA
Portal Koprorat My AIA
Tingkatkan Kecekapan Sumber Manusia
Permudahkan Manfaat Pekerja untuk pasukan Sumber Manusia anda agar mereka dapat menumpukan tenaga mereka pada aktiviti yang lebih bernilai tinggi
Jimat masa dan kos dengan platform yang mudah digunakan
Data masa nyata untuk memudahkan pentadbiran dan penjejakan
Semua rekod disimpan dan diproses secara digital dalam satu platform
Analitik, Cerapan & Pelaporan
Analitik penjagaan kesihatan menyediakan pengurusan kos dan risiko perubatan yang lebih baik dengan menggunakan cerapan data bagi membolehkan pelan intervensi disasarkan dilaksanakan untuk anda dan pekerja anda
Cerapan Pelanggan
Menyediakan data dan cerapan yang bermakna untuk membantu anda memahami pemacu kos
Semakan
Semak dan kenal pasti isu dan trend kesihatan yang muncul di tempat kerja anda
Intervensi
Bekerjasama rapat dengan anda untuk mengenal pasti dan mengesyorkan intervensi melalui analisis dan hasil penemuan tinjauan
Analitik, Cerapan & Pelaporan hanya tersedia untuk Penyelesaian Korporat Menyeluruh.