Perlindungan Hayat
Lindungi diri anda dan yang tersayang daripada ketidakpastian hidup dengan pelan insurans hayat dan takaful AIA.
{{title}}
{{label}}AIA Med Basic
Produk Dalam Talian
Tempoh Perlindungan
Umur Penyertaan
Anda boleh mendapatkannya melalui
AIA Med Basic menyediakan perlindungan untuk rawatan perubatan dan kemasukan ke hospital dengan harga yang berpatutan. Pelan ini adalah sesuai untuk anda jika anda mencari perlindungan perubatan yang asas. Anda boleh membeli AIA Med Basic secara dalam talian dan anda akan dilindungi serta merta.
Pelan ini hanya terbuka kepada warganegara Malaysia yang menetap di Malaysia.
Pelan ini tidak mempunyai sebarang komisen dan tiada perantara yang terlibat dalam pemasaran pelan AIA Med Basic.
Sila rujuk kepada terma dan syarat.
Adalah penting untuk anda mengetahui keperluan perlindungan anda berdasarkan bajet kewangan anda sebelum membeli polisi ini. Klik butang Ketahui Bajet Anda untuk melengkapkan satu ujian penilaian yang mudah.
Pembayaran balik sebanyak RM100 sehari untuk bilik dan penginapan anda untuk maksimum 120 hari setahun.
Perbelanjaan perubatan maksimum yang layak dibayar oleh kami ialah RM20,000 setiap tahun, tertakluk kepada RM80,000 seumur hidup.
Bayaran balik kos penjagaan rapi harian sehingga had tahunan pelan anda untuk maksimum 120 hari setahun.
Bayaran balik sehingga had tahunan dan had seumur hidup untuk bayaran berkaitan dengan kemasukan ke hospital, seperti bekalan dan perkhidmatan hospital, yuran pembedahan dan yuran bilik pembedahan.
Anda perlu membayar RM300 yang pertama daripada perbelanjaan yang layak untuk Mana-mana Satu Hilang Upaya*, dan kami akan membayar baki untuk perbelanjaan yang layak.
* Sila rujuk kepada Terma dan Syarat di bawah.
Apakah yang dimaksudkan dengan deduktibel?
Deduktibel adalah jumlah tetap yang anda perlu bayar untuk perbelanjaan perubatan yang ditanggung sebagai perkongsian kos. Anda perlu membayar RM300 yang pertama daripada perbelanjaan yang layak untuk mana-mana satu hilang upaya dan kami akan membayar baki untuk perbelanjaan yang layak.
Apakah yang dimaksudkan dengan had seumur hidup?
Ini adalah jumlah maksimum yang boleh dituntut sepanjang hayat anda, dan biasanya boleh dapati dalam insurans perubatan.
Apakah yang dimaksudkan dengan had tahunan?
Ini adalah jumlah maksimum yang akan dibayar oleh sesebuah syarikat insurans dalam masa setahun bagi pelan insurans perubatan.
AIA Bhd. (790895-D) adalah dilesenkan di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 dan dikawal selia oleh Bank Negara Malaysia.