pageheroimage

Member Testimonials

Yong Shih Ween

Mencapai Keseimbangan Hidup

15 Mei 2021
icon vitality status

Yong Shih Ween, 32 tahun, tidak bekerja dari jam 9 pagi hingga 5 petang seperti orang lain. Tugasnya sebagai pengawal lalu lintas udara memerlukan beliau bekerja  pada syif malam. “Malah, kerja ini kadang-kadang amat meletihkan dan memberi tekanan,” kata Yong. Itulah sebabnya Yong percaya kita perlu menjaga kesihatan kita. “Saya perlu menjaga kecergasan demi tugas saya. Saya bekerja syif malam dan kerja ini mencabar kekuatan mental,” kata Yong.

Yong pergi ke gimnasium tiga hingga empat kali seminggu untuk mengeluarkan peluh. “Lebih kerap saya pergi ke gimnasium, lebih banyak pulangan tunai yang saya terima menerusi manfaat AIA Vitality. Saya telah menampung hampir separuh daripada yuran saya menerusi usaha ini,” ujar Yong.

Selain daripada itu, beliau turut mengambil bahagian dalam maraton dan larian denai, senaman cross-fit, berenang, dan baru-baru ini mula mencuba cabaran berhalangan. “Saya juga menjaga pengambilan makanan, iaitu kurang minyak, kurang garam, lebih banyak buah dan sayur,” kata Yong.

Langkah menyertai AIA Vitality telah membantu Yong mengekalkan tumpuan terhadap gaya hidup sihatnya. “Saya mendapat tahu tentang program ini daripada Fitness First, gimnasium yang saya sertai. Ketika itu, saya sedang membuat pertimbangan untuk menaik taraf pelan insurans saya yang ada bersama sebuah lagi penyedia perkhidmatan. Saya tertarik dengan apa yang ditawarkan oleh AIA Vitality dan gembira kerana memenuhi semua keperluan perlindungan saya. Langkah menukarkan semua pelan insurans saya kepada AIA memang satu keputusan mudah,” kata Yong.

Salah satu kelebihan paling disukai Yong ialah ganjaran yang diterima menerusi aplikasi AIA Vitality Weekly Challenge kerana apabila mencapai Sasaran Mingguan, seperti pas filem TGV Cinemas dan baucar lain.

Di samping itu, terdapat diskaun 10% untuk buah-buahan dan sayur-sayuran daripada Jaya Grocer dan diskaun ini kerap dimanfaatkan oleh Yong. Malah beliau juga pernah memenangi pas ke acara sukan menerusi program ini dan baru-baru ini mencapai status ahli Platinum. Dengan status tersebut, beliau tidak sabar-sabar untuk menikmati potongan 50% untuk membeli tiket penerbangan AirAsia.

“Kini saya juga mendapatkan khidmat rundingan pemakanan secara berkala di BP Healthcare yang merupakan sebahagian daripada manfaat program. Dulu aspek ini sering saya abaikan,” kata Yong. “Dengan pelbagai manfaat dan ganjaran khas untuk ahli, memang rugi jika saya tidak mendaftar untuk AIA Vitality.” kata Yong.

Ingin tahu bagaimana AIA Vitality boleh membantu anda mencapai matlamat kecergasan anda dan juga ganjaran yang boleh anda nikmati? Dapatkan maklumat lanjut di www.aia.com.my/aiavitality.

Kongsi

AIA Vitality

Sertai kami dalam gerakan kesejahteraan ini untuk Hidup Lebih Sihat, Berpanjangan dan Bermakna.