Perlindungan Hayat
Lindungi diri anda dan yang tersayang daripada ketidakpastian hidup dengan pelan insurans hayat dan takaful AIA.
Pilih daripada salah satu kategori di kanan atau klik untuk cadangan mengikut keperluan anda.
Kami sedia membantu anda.Dapatkan maklumat terkini mengenai dana-dana kami dan prestasi dana tersebut.
Untuk Individu
Untuk Perniagaan
Lindungi diri anda dan yang tersayang daripada ketidakpastian hidup dengan pelan insurans hayat dan takaful AIA.
Elak perbelanjaan perubatan yang tidak dijangka dengan pelan insurans dan takaful perubatan AIA.
Fokus kepada pemulihan dan bukan komitmen kewangan anda apabila anda mempunyai pelan insurans atau takaful penyakit kritikal AIA.
Kekal dilindungi apabila anda menjamin masa depan anda dengan pilihan pelan perlindungan dan pelaburan AIA.
Lindungi diri anda daripada kemalangan dengan pelan perlindungan kemalangan diri AIA.
Biayai hartanah impian anda dan pastikan isi rumah dilindungi.
Dapatkan perlindungan komprehensif untuk kenderaan bermotor anda.
Dapatkan pelan insurans dan takaful kami secara dalam talian untuk perlindungan serta-merta.
AIA Vitality adalah program kesejahteraan yang disokong oleh bidang sains yang sesuai dengan anda dan memberi ganjaran bagi pilihan kesihatan anda. Ketahui lebih lanjut
Panduan dan tip-tip mengenai topik kesihatan dan kewangan terkini.
LIHAT SEMUA DALAM TAHUKAH ANDA?Hampir seabad lamanya, AIA memenuhi keperluan jutaan orang yang sentiasa berubah di seluruh rantau Asia Pasifik.
BACA LEBIH LANJUTKami bertekad untuk membantu menjawab pertanyaan anda dengan sentuhan perkhidmatan pelanggan yang memuaskan.
Hubungi AIA{{title}}
{{label}}
AIA Cares Community Squad
AIA Cares Community Squad ialah program komuniti yang diperkenal pada awal tahun 2021, merupakan kolaborasi antara rakan NGO kami iaitu Women Of Will (WOW) dan perusahaan sosial (social enterprise) Pasar Grub. Program selama setahun ini dijalankan dengan objektif untuk menyediakan keperluan harian kepada keluarga B40 di bandar, sekaligus memberi sokongan terhadap misi yang diperjuang oleh WOW dan Pasar Grub.
Pada bulan Mac, AIA Cares Community Squad telah berjaya mengagihkan pelitup muka kain, makanan sihat, sayuran dan buah-buahan yang dibeli daripada WOW dan Pasar Grub kepada 500 penerima di Lembah Klang, sekaligus membantu seramai 2500 isi rumah. Usaha kami untuk memberi sokongan kepada komuniti untuk menikmati hidangan sihat terutama pada waktu pandemik, diteruskan di mana kami meningkatkan agihan kepada 1000 keluarga pada dua lagi sesi semasa separuh kedua tahun ini.
#AIAStrongerTogether x Nicol David untuk Hari Wanita Sedunia
“Alone we are strong. Together we are stronger.” Mendapat inspirasi daripada kata-kata penuh semangat ini, kami telah memperingati Hari Wanita Sedunia 2021 dengan kempen #AIAStrongerTogether selama sebulan bersama duta kami, Datuk Nicol David. Salah satu inisiatif kempen ini ialah cabaran media sosial di mana Nicol telah mencetuskan rantaian sokongan (chain of support) di Instagram. Nicol berkongsi gambar wanita-wanita hebat dalam hidupnya dan menggalakkan orang ramai mencalonkan wanita lain untuk bersama dalam cabaran ini dengan menggunakan tandapagar #AIAStrongerTogether.
Dengan setiap tandapagar atau pencalonan diterima, AIA Malaysia berjanji menderma RM10 kepada Women Of Will (WOW). Cabaran ini menerima respon menggalakkan daripada wanita di seluruh negara lantas membantu kami menjadikan jumlah derma sebanyak RM25,000 kepada WOW. Heng Zee Wang, Ketua Pegawai Pemasaran AIA Malaysia bersama-sama Nicol telah menyerahkan sumbangan kepada WOW pada 8 April 2021.
Get Fit for Charity
Seramai lebih 8,000 pelari dari seluruh Malaysia telah berkumpul untuk menzahirkan sokongan mereka kepada Persatuan Kanser Kebangsaan Malaysia (NCSM) dalam satu peraduan yang dianjurkan oleh District Race Malaysia anjuran AIA Vitality bagi menggerakkan perjalanan gaya hidup sihat demi mencapai suatu hasrat murni yang sama.
Peraduan “Get Fit For Charity” yang dianjurkan mulai 12 April hingga 16 Mei 2021 telah menyaksikan kesatuan jiwa dan kemurahan hati peserta District Race dalam mereka berlari, berjoging dan berjalan kaki bagi membantu mengumpul dana untuk NCSM. Dengan AIA Malaysia yang berjanji untuk menderma RM1 buat setiap 100 mata yang dikumpul, peserta telah menyahut cabaran dan berjaya mencapai jumlah 5 juta mata lebih awal dari yang dijangkakan.
Kejayaan ini membuka laluan kepada AIA untuk menyumbang jumlah kumulatif bernilai RM50,000 kepada NCSM untuk menyokong kerja – kerja pertubuhan bukan kerajaan (NGO) terhadap pendidikan, penjagaan, dan khidmat sokongan kepada mereka yang terjejas akibat kanser, serta meningkatkan kesedaran dalam kalangan masyarakat.
Bantuan Makanan MERCY Malaysia
Pandemik ini telah memberi kesan terhadap ramai orang di mana kawalan pergerakan yang perlu dilakukan telah mengakibatkan ramai kehilangan pekerjaan dan memberi kesan terhadap aktiviti harian seperti persekolahan dan rutin ke tempat kerja.
Dalam usaha berterusan kami untuk membantu mereka yang terkesan, kami telah berkolaborasi bersama MERCY Malaysia untuk memberi bantuan dari segi makanan dan keperluan kebersihan kepada penerima B40. Menerusi kolaborasi ini, kami telah menyampaikan bantuan kepada 700 keluarga yang terkesan akibat banjir pada awal tahun, diikuti dengan agihan pada bulan September, di mana kami telah membantu 1000 keluarga di Sabah, Sarawak, Selangor dan Pahang.
Inisiatif Bantuan COVID-19 FINCO
Pada bulan September 2021, AIA Malaysia telah memberi sokongan kepada Financial Industry Collective Outreach (FINCO) bagi inisiatif Bantuan COVID-19 untuk membantu pelajar dan keluarga yang sangat memerlukan. Kebanyakan pelajar terdiri daripada komuniti B40 dan telah melalui masa sukar dan terkesan akibat pandemik COVID-19. Menerusi inisiatif ini, kami telah menyalurkan bantuan kepada 168 keluarga di seluruh Malaysia seperti di Kelantan, Negeri Sembilan dan Sarawak. Keluarga ini telah diberikan bantuan tanpa tunai (cashless) menerusi MyKad mereka, suatu perkhidmatan yang disediakan oleh FINCO menerusi MyKasih Foundation, yang membolehkan mereka untuk menggunakan jumlah tersebut bagi membeli barang keperluan.
Program Kongsi Rezeki AIA PUBLIC Takaful
Bersempena dengan ulangtahun kesepuluhnya, AIA PUBLIC Takaful telah melancarkan inisiatif Program Kongsi Rezeki di mana 10 rumah anak yatim di seluruh Malaysia telah diberikan 60 komputer riba baharu dan keperluan seperti katil dan tilam serta bekalan harian lain. Inisiatif yang selaras dengan tujuan kami untuk membolehkan komuniti untuk hidup lebih sihat, berpanjangan dan bermakna telah dianjurkan dengan kolaborasi bersama Malaysian Relief Agency (MRA).
Program Kongsi Rezeki ini telah membantu lebih 500 anak-anak di 10 buah rumah anak yatim yang terdapat di Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Kuala Lumpur, Selangor, Perak, Kelantan, Kedah dan Sabah.
Since 2013, over RM600,000 have been disbursed to 47 children from underprivileged families across Malaysia to undergo heart corrective surgery.
If you have or know of a child who is in need of financial assistance to undergo corrective heart surgery, please fill up this form and submit it to us.
AIA Touching Lives - Heart Corrective Surgery,
c/o Corporate Communications Department,
Level 12, Menara AIA,
99 Jalan Ampang, 50450 Kuala Lumpur, Malaysia
Click here for the application form.
Click here for the submission form.
Click here for the admission form.
Since 2013, over RM600,000 have been disbursed to 47 children from underprivileged families across Malaysia to undergo heart corrective surgery.
If you have or know of a child who is in need of financial assistance to undergo corrective heart surgery, please fill up this form and submit it to us.
AIA Touching Lives - Heart Corrective Surgery,
c/o Corporate Communications Department,
Level 12, Menara AIA,
99 Jalan Ampang, 50450 Kuala Lumpur, Malaysia
Click here for the application form.
Click here for the submission form.
Click here for the admission form.
AIA Charity Day
AIA Charity Day telah diadakan setiap tahun bagi mengumpul dana dan menyokong pelbagai perjuangan kebajikan buat mereka yang memerlukan. Pada tahun 2019, kami telah melebarkan inisiatif ini dengan berkolaborasi bersama 14 NGO bagi mengumpul dana untuk perjuangan mereka masing-masing. Acara istimewa ini memberi kakitangan kami peluang untuk mengumpul dana buat NGO terlibat di samping mengetahui dan memahami perjuangan unik NGO itu. Kami telah mengumpul lebih RM230,000 dari Charity Day tersebut dan disumbang kepada semua NGO terlibat seperti Women of Will, MERCY Malaysia, Persatuan Klef Bibir dan Lelangit Malaysia, National Cancer Society of Malaysia, Orphancare dan banyak lagi.
Semarakkan Raya Bersama AIA PUBLIC Takaful
Pada bulan Mei 2020, AIA PUBLIC Takaful dengan kerjasama Malaysian Relief Agency (MRA), telah menyalurkan 1000 pek makanan dan barang keperluan buat 1000 keluarga yang menghadapi masalah kewangan akibat pandemik COVID-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan. Inisiatif ini telah diadakan bagi mengurangkan beban keluarga yang telah terkesan dan membantu mereka dalam persediaan dan sambutan Hari Raya.
AIA Cares: Bantuan Kewangan Buat Petugas Kesihatan Barisan Hadapan
Sebagai tanda penghargaan atas pengorbanan dan sumbangan yang diberikan oleh semua Petugas Kesihatan Barisan Hadapan COVID-19 negara kita, AIA Malaysia telah bertekad untuk menyumbang RM2 juta sebagai bantuan kewangan kepada semua doktor, jururawat dan kakitangan hospital yang berkhidmat di hospital-hospital rujukan dan pusat-pusat saringan KKM yang terlibat dalam pengendalian kes-kes COVID-19 di Malaysia. Bantuan kewangan telah ditawarkan dari 1 Mac 2020 dan telah tamat pada 30 September.
Sehingga 30 September 2020, kami telah menyumbang RM317,000 kepada petugas barisan hadapan terdiri daripada doktor, jururawat dan kakitangan hospital yang telah dijangkiti COVID-19 semasa bertugas di Malaysia.
Bantuan Makanan Untuk Sabah – AIA X MRA
Tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) telah memberi kesan terhadap rakyat Malaysia lebih-lebih lagi buat komuniti B40 di Sabah di mana kehidupan dan sumber mata pencarian mereka telah terkesan.
Memahami situasi sukar yang mereka hadapi, kami telah menghubungi Malaysian Relief Agency (MRA) bagi menghulurkan bantuan. Pada 20 November 2020, dengan kolaborasi bersama MRA, kami telah berjaya menyalurkan pek makanan kepada sejumlah 1300 keluarga di Kota Kinabalu, Semporna, Lahad Datu, Kunak, Sipitang, Beaufort, Tawau dan Sandakan.
Cabaran Mingguan AIA Vitality X MERCY
Ahli AIA Vitality telah diberikan peluang bagi menyumbang ganjaran RM10 mereka sebagai sumbangan kepada Dana Pandemik COVID-19 MERCY. Bagi inisiatif ini, AIA Malaysia juga memadankan setiap sumbangan yang diberikan oleh ahli AIA Vitality dan telah berjaya mengumpul sebanyak RM100,000 bagi dana tersebut.