Bersiap sedia untuk sebarang ketidaktentuan atau kecemasan. Biar kami bantu anda untuk memahami dengan lebih mendalam tentang kepentingan insurans perubatan dan perlindungan takaful.
Pertama sekali, fahami keperluan perlindungan anda dan jumlah yang anda mampu keluarkan secara berkala. Anda boleh berbincang dengan Perancang Hayat/Eksekutif Kewangan untuk mendapatkan nasihat dan saranan.
Berbincang dengan Perancang Hayat/Eksekutif Kewangan anda untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang pelan perubatan yang ingin diperolehi. Pelan perubatan biasanya meliputi perlindungan untuk bilik dan penginapan hospital, yuran makmal, penjagaan kejururawatan, penggunaan kemudahan perubatan, ubat-ubatan yang ditetapkan, dan bekalan. Sebaiknya anda harus memahami ciri-ciri pelan serta terma dan syaratnya.
Anda juga perlu mengetahui:
Apakah had manfaat untuk bilik dan penginapan?
Berapa lamakah tempoh perlindungan?
Berapa lamakah tempoh menunggu yang ditetapkan, sekiranya ada?
Beberapa pengecualian utama dalam pelan perubatan kebiasaannya melibatkan penyakit sedia ada, kemasukan ke hospital untuk tujuan penyiasatan dan sebarang rawatan atau penyiasatan yang tidak diperlukan dari segi perubatan.
Adalah penting untuk anda ambil maklum bahawa pelan perubatan insurans dan takaful di seluruh dunia kebiasaannya tidak melindungi risiko berkaitan pandemik. Oleh itu, pengecualian seperti ini bukan sesuatu yang luar biasa.
Ianya penting untuk anda mengetahui sama ada amaun yang perlu dibayar kekal sama sepanjang tempoh polisi/sijil atau sekiranya ia bertambah seiring usia anda.
Bayaran pendahuluan yang anda lakukan untuk semua rawatan perubatan anda sebelum perlindungan insurans/takaful anda berkuat kuasa. Pelan dengan deduktibel tinggi bermakna anda bertanggungjawab untuk bahagian yang lebih besar daripada kos penjagaan kesihatan awal anda. Oleh itu, anda membayar premium/caruman yang lebih rendah. Selepas memenuhi deduktibel anda, syarikat insurans/pengendali takaful akan membayar baki kos.
Insurans bersama/takaful bersama
Peratusan caj perubatan yang anda bayar, manakala kos selebihnya dilindungi oleh pelan perubatan anda. Sebagai contoh, jika anda mempunyai 20% insurans bersama/takaful bersama, anda hanya membayar 20% daripada setiap bil perubatan, dan pelan anda akan membayar baki 80%.
SOALAN?: Adakah saya masih memerlukan pelan perubatan sekiranya saya sudah memiliki kad perubatan syarikat?
Ia adalah perkara biasa bagi kebanyakan pekerja untuk merasakan bahawa tiada keperluan memiliki pelan perubatan peribadi sekiranya mereka dilindungi oleh pelan perubatan syarikat. Namun, manfaat perubatan syarikat tidak boleh dialih dan berakhir apabila anda meninggalkan syarikat. Pelan syarikat juga mempunyai had perlindungan.
Tambahan pula, kebanyakan syarikat swasta di Malaysia tidak menyediakan manfaat perubatan apabila anda bersara, dan ini menyukarkan golongan pesara untuk mendapatkan perlindungan insurans/takaful disebabkan faktor umur dan keadaan kesihatan mereka.
Perkara penting lain
Pendedahan penuh
Pastikan anda mendedahkan kepada syarikat insurans/takaful butiran sejarah perubatan anda atau keluarga (jika ada) pada masa permohonan, untuk mengelakkan sebarang kemungkinan pertikaian pada masa hadapan.
Kadar premium/caruman perubatan tidak dijamin
Ia tertakluk kepada semakan dari masa ke semasa selaras dengan inflasi perubatan.
Semak pelan insurans/takaful perubatan anda sekurang-kurangnya sekali setahun
Ini adalah penting, lebih-lebih lagi dengan peningkatan kos penjagaan kesihatan. Ada kemungkinan pelan yang dibeli/disertai bertahun-tahun yang lalu mungkin tidak lagi mencukupi untuk memenuhi keperluan semasa dan akan datang.
Semak perlindungan perubatan anda dan nilai keperluan perlindungan anda dengan Pemeriksaan Kesihatan Kewangan AIA.