Skip to main content
  • EN
  • BM
  • Search
  • AIA Malaysia
  • Produk Kami
    • Perlindungan Hayat
    • Perlindungan Perubatan
    • Perlindungan Penyakit Kritikal
    • Simpanan & Pelaburan
    • Perlindungan Kemalangan
    • Penyelesaian Hartanah
    • Insurans Kenderaan
    • Produk Dalam Talian
    • AIA Vitality
    • Manfaat Pekerja
    • Insurans Komersial
  • AIA Vitality
    • Bagaimana AIA Vitality Berfungsi?
    • MAFAAT & GANJARAN
    • Testimonial Ahli
  • Tahukah Anda?
    • Kesihatan & Kesejahteraan
    • Kewangan & Insurans
    • Galeri video
    • Statistik Kesihatan
  • Tentang Kami
    • Tentang Kami
    • Tentang AIA Public Takaful Berhad
    • Tentang AIA General Insurance Berhad
    • Tentang AIA Pension & Asset Management (APAM)
    • Peluang Kerjaya
    • Program Komuniti
    • Pusat Media
    • Acara & Promosi
    • Piagam Pelanggan
  • Bantuan
    • Hubungi Kami
    • Temui Kami
    • Soalan Lazim
    • Pengumuman Penting
    • Hab Borang
    • Panduan Pengguna Portal Pelanggan My AIA
  • Log Masuk My AIA
    • Log Masuk Portal Pelanggan
    • Pendaftaran Pelanggan
    • Log Masuk Portal Korporat
  • Investment-Linked Funds
AIA
  • Produk Kami

    Produk Kami

    Pilih daripada salah satu kategori di kanan atau klik untuk cadangan mengikut keperluan anda.

    Kami sedia membantu anda.
    Dana Berkaitan Pelaburan

    Dapatkan maklumat terkini mengenai dana-dana kami dan prestasi dana tersebut.

    Klik di sini untuk Laporan Prestasi Dana Berkaitan Pelaburan AIA 2021

    Untuk Individu

    Untuk Perniagaan

    • Perlindungan Hayat

      Lindungi diri anda dan yang tersayang daripada ketidakpastian hidup dengan pelan insurans hayat dan takaful AIA.

    • Perlindungan Perubatan

      Elak perbelanjaan perubatan yang tidak dijangka dengan pelan insurans dan takaful perubatan AIA.

    • Perlindungan Penyakit Kritikal

      Fokus kepada pemulihan dan bukan komitmen kewangan anda apabila anda mempunyai pelan insurans atau takaful penyakit kritikal AIA.

    • Simpanan & Pelaburan

      Kekal dilindungi apabila anda menjamin masa depan anda dengan pilihan pelan perlindungan dan pelaburan AIA.

    • Perlindungan Kemalangan

      Lindungi diri anda daripada kemalangan dengan pelan perlindungan kemalangan diri AIA.

    • Penyelesaian Hartanah

      Biayai hartanah impian anda dan pastikan isi rumah dilindungi.

    • Insurans Kenderaan

      Dapatkan perlindungan komprehensif untuk kenderaan bermotor anda.

    • Produk Dalam Talian

      Dapatkan pelan insurans dan takaful kami secara dalam talian untuk perlindungan serta-merta.

    • AIA Vitality

      AIA Vitality adalah program kesejahteraan yang disokong oleh bidang sains yang sesuai dengan anda dan memberi ganjaran bagi pilihan kesihatan anda. Ketahui lebih lanjut

    • Manfaat Pekerja

      Lindungi aset syarikat anda yang paling penting melalui penyelesaian kami yang menerajui pasaran.

    • Insurans Komersial

      Lindungi perniagaan anda daripada kejadian yang tidak diingini dan kerosakan.

  • AIA Vitality

    AIA Vitality

    • Bagaimana AIA Vitality Berfungsi?

      Ketahui bagaimana AIA Vitality mendorong anda untuk menjalani kehidupan yang lebih sihat, berpanjangan dan bermakna.

    • MAFAAT & GANJARAN

      Ketahui manfaat dan ganjaran yang boleh anda nikmati sebagai ahli AIA Vitality.

    • Testimonial Ahli

      Dapatkan inspirasi dari kisah ahli kami mengenai pengalaman mereka dengan AIA Vitality.

  • Tahukah Anda?

    Tahukah Anda?

    Panduan dan tip-tip mengenai topik kesihatan dan kewangan terkini.

    LIHAT SEMUA DALAM TAHUKAH ANDA?
    • Kesihatan & Kesejahteraan

      Kehidupan bermakna & sihat bermula hari ini.

    • Kewangan & Insurans

      Kewangan dipermudahkan.

    • Galeri video

      Video pendek mengenai topik kesihatan dan kewangan terkini.

    • Statistik Kesihatan

      Ketahui lanjut mengenai statistik kesihatan terkini.

  • Tentang Kami

    Tentang Kami

    Hampir seabad lamanya, AIA memenuhi keperluan jutaan orang yang sentiasa berubah di seluruh rantau Asia Pasifik.

    BACA LEBIH LANJUT
    • Tentang Kami

      Siapa kami, apa yang kami lakukan, visi dan anugerah-anugerah kami.

    • Tentang AIA Public Takaful Berhad

      Siapa kami, apa yang kami lakukan, visi dan anugerah-anugerah kami.

    • Tentang AIA General Insurance Berhad

      Siapa kami, apa yang kami lakukan, visi dan anugerah-anugerah kami.

    • Tentang AIA Pension & Asset Management (APAM)

      Siapa kami, apa yang kami lakukan, visi dan anugerah-anugerah kami.

    • Peluang Kerjaya

      Berminat untuk menyertai keluarga AIA? Carilah jawatan yang sesuai untuk anda.

    • Program Komuniti

      Berbakti kepada komuniti amatlah penting buat kami.

    • Pusat Media

      Kewangan, siaran akhbar dan maklumat lain mengenai AIA.

    • Acara & Promosi

      Acara & Promosi

    • Piagam Pelanggan

      Komitmen kami untuk Pelanggan kami

  • Bantuan

    Bantuan

    Kami bertekad untuk membantu menjawab pertanyaan anda dengan sentuhan perkhidmatan pelanggan yang memuaskan.

    Hubungi AIA
    • Hubungi Kami

      Tiada jawapan dalam bahagian FAQ? Hubungi kami sekarang.

    • Temui Kami

    • Soalan Lazim

      Ada soalan? Anda boleh dapatkan jawapan di sini.

    • Pengumuman Penting

      Maklumat berguna untuk pelanggan kami.

    • Hab Borang

      Perlukan borang? Carilah di hab borang kami.

    • Panduan Pengguna Portal Pelanggan My AIA

  • Log Masuk My AIA

    My AIA

    Urus pelan AIA dan manfaat pekerja anda, kekal sihat dengan AIA Vitality serta akses perkhidmatan kesihatan.

    Download My AIA
    Download My AIA
    Download My AIA
    Download My AIA
    • individual
      PORTAL PELANGGAN

      Urus pelan AIA, manfaat pekerja dan akaun AIA Vitality anda.

      Daftar Log masuk

    • corporate
      PORTAL KORPORAT

      Untuk kakitangan Sumber Manusia (HR) dan pihak pengantara mengurus portfolio faedah pekerja syarikat dengan lebih efisien.

      Log masuk

  • Language Select
    • EN
    • BM
  • Search
  • Contact Us
    • Hubungi Kami

      Waktu Operasi sepanjang Ramadhan:
      Isnin – Jumaat : 8.30pagi – 4.30petang

    • AIA BHD.

    • AIA PUBLIC TAKAFUL BHD.

    • AIA General Berhad

    • AIA Roadside Assist

Pengumuman Penting
Back to Top
  • {{title}}

    {{label}}
  • Penangguhan pemBayaran Premium/Caruman

    Soalan Lazim

    + Buka Semua
    - Tutup Semua

    1. Apakah yang dimaksudkan dengan penangguhan pembayaran premium/caruman di bawah Program Bantuan COVID-19 ini?

    Ia membenarkan pemegang polisi/sijil kami yang layak untuk memohon penangguhan sementara bagi pembayaran premium/caruman selama 3 bulan berturut-turut, namun perlindungan insurans/takaful keluarga masih berterusan.

    Memandangkan ini bukan program pengecualian premium/caruman, pemegang polisi/sijil perlu membayar balik premium/caruman yang tertunggak sebaik sahaja tempoh penangguhan/pembayaran balik berakhir untuk memastikan polisi/sijil kekal aktif dan tidak terjejas. Tempoh pembayaran balik adalah selama 6 bulan dari tarikh akhir penangguhan tempoh pembayaran premium/caruman.

    Permohonan untuk penangguhan pembayaran premium/caruman dibuka sehingga 31 Disember 2021.

    Pilihan untuk menangguhkan pembayaran hanya terbuka kepada pemegang polisi Insurans Hayat Individu daripada AIA Bhd. dan pemegang sijil Takaful Keluarga daripada AIA PUBLIC Takaful Bhd. Ia tidak terpakai bagi pelan insurans am yang disediakan oleh AIA General Berhad.

    Bagi pelanggan AIA General Berhad, kami akan terus menyediakan tempoh penangguhan selama 31 hari untuk pembayaran premium polisi Kemalangan Diri bagi membantu situasi kewangan anda. Anda juga boleh memilih untuk menukar kekerapan pembayaran premium anda, tertakluk kepada terma dan syarat polisi.


    2. Apakah yang akan berlaku kepada polisi/sijil yang telah diluluskan untuk penangguhan pembayaran premium/caruman?

    Perlindungan insurans/takaful yang disediakan di bawah polisi/sijil akan diteruskan. Ini bermaksud, jika pelanggan membuat tuntutan dalam tempoh penangguhan selama 3 bulan ini, tuntutan akan diproses mengikut perlindungan dan terma polisi/sijil yang sedia ada.

    Sekiranya tuntutan diluluskan, kami berhak menolak premium/caruman tertunggak daripada pembayaran tuntutan atau mengutip premium/caruman yang tertunggak sebelum tuntutan dibayar.


    3. Bilakah saya boleh membuat permohonan?

    Pada tahun 2020, tempoh permohonan bagi penangguhan pembayaran premium/caruman adalah dari 1 April 2020 hingga 31 Disember 2020 (termasuk kedua-dua tarikh). Kami ingin memaklumkan bahawa kami telah melanjutkan tempoh permohonan hingga 31 Disember 2021.


    4. Siapakah yang layak untuk memohon?

    Harap maklum bahawa kelayakan adalah tidak automatik. Pemegang polisi/sijil yang layak perlu membuat permohonan untuk penangguhan pembayaran dan permohonan mereka adalah tertakluk kepada kelulusan AIA.

    Para pemohon perlu memenuhi kriteria di bawah:

    (a) Pemegang polisi/sijil telah dijangkiti COVID-19, atau diwajibkan untuk dikuarantin di rumah akibat kontak dengan pesakit COVID-19, atau mengalami kehilangan pendapatan disebabkan impak ekonomi akibat pandemik ini,

    (b) Polisi insurans hayat/sijil takaful yang aktif dengan tarikh akhir pembayaran premium/caruman di antara 18 Mac 2020 dan 31 Disember 2021. (termasuk kedua-dua tarikh),

    (c) Pembayaran premium polisi/caruman sijil adalah tetap tanpa mengira kekerapan pembayaran.

    Mereka yang berjaya memohon penangguhan pembayaran premium/caruman pada tahun 2020 dan telah membayar semua premium/caruman yang ditangguhkan sepenuhnya, layak untuk memohon semula.


    5. Adakah pemegang polisi/sijil Manfaat Pekerja layak untuk memohon penangguhan ini?

    Pemegang polisi/sijil Manfaat Pekerja tidak layak memohon penangguhan ini. Ia hanya terbuka kepada pemegang polisi insurans hayat individu/pemegang sijil takaful keluarga sahaja.


    6. Apakah proses permohonannya?

    Sila e-melkan permohonan anda ke my.customer@aia.com (Insurans Hayat) atau my.customer@aiapublic.com (Takaful) atau kunjungi mana-mana Pusat Khidmat Pelanggan AIA.

    E-mel anda harus mempunyai tajuk subjek dan kandungan yang dicadangkan, beserta dokumen-dokumen sokongan berikut:

    E-mel ke: my.customer@aia.com (Insurans Hayat) atau my.customer@aiapublic.com (Takaful)

    SUBJEK E-MEL: PERMOHONAN PENANGGUHAN PEMBAYARAN PREMIUM/CARUMAN <NAMA PEMILIK POLISI/SIJIL>

    Nama Pemilik Polisi/Sijil:

    NRIC Pemilik Polisi/Sijil:

    No. Polisi/Sijil:

    Sebab-sebab Penangguhan:

    Disertakan bersama adalah salinan dokumen-dokumen dan/atau justifikasi untuk rujukan anda.

    Sebab:

    1. Dijangkiti COVID-19, dan/atau
    2. Diwajibkan untuk dikuarantin di rumah akibat kontak dengan pesakit COVID-19, dan/atau  
    3. Kehilangan pendapatan, contohnya diberhentikan kerja, waktu bekerja dipendekkan atau pemotongan gaji dan komisen (sila nyatakan jenis pekerjaan/perniagaan/industri, pekerjaan/bekerja sendiri/pemilik perniagaan)

    Contoh dokumen sokongan:

    1. Surat pengesahan jangkitan COVID-19 daripada doktor (jika pemegang polisi/sijil dijangkiti), atau
    2. Surat Pemotongan Gaji/Surat Pemberhentian Kerja dari majikan, atau
    3. Surat Penutupan bagi perkhidmatan tidak penting (non-essential) oleh Pemilik Perniagaan, atau
    4. Bukti atau dokumen lain yang relevan, jika berkenaan (contohnya: notis penutupan pusat penjaja)

    Anda akan dimaklumkan mengenai status permohonan melalui SMS atau e-mel.


    7. Adakah Perancang Hayat/Eksekutif Kewangan saya dibenarkan untuk menghantar permohonan bagi pihak saya?

    Ya, Perancang Hayat/Eksekutif Kewangan anda dibenarkan untuk menyerahkan permohonan bagi pihak anda sebagai sebahagian daripada perkhidmatan mereka kepada anda.


    8. Bolehkah saya memohon penangguhan pembayaran premium/caruman untuk tempoh kurang daripada 3 bulan?

    Tidak boleh. Tempoh penangguhan perlu berlangsung selama 3 bulan dari tarikh pembayaran premium/caruman berikutnya.


    9. Bolehkah saya memohon penangguhan pembayaran premium/caruman untuk tempoh melebihi 3 bulan?

    Tidak boleh. Tempoh penangguhan adalah selama 3 bulan sahaja. Pemegang polisi/sijil yang menghadapi sebarang masalah kewangan boleh menghubungi Perancang Hayat/Eksekutif Kewangan masing-masing atau hubungi kami untuk membincangkan alternatif lain yang dapat membantu meringankan masalah kewangan mereka.


    10. Jika saya mempunyai lebih daripada satu polisi insurans hayat/sijil takaful keluarga, bolehkah penangguhan pembayaran ini terpakai bagi semua polisi/sijil berkenaan?

    Ya, penangguhan pembayaran adalah terpakai bagi semua premium insurans hayat/caruman takaful keluarga dari 18 Mac hingga 31 Disember 2021. Sila nyatakan nombor polisi/sijil dalam e-mel/surat permohonan anda.


    11. Sekiranya polisi/sijil saya telah luput, bolehkan saya memohon untuk penangguhan pembayaran premium/caruman?

    Tidak, penangguhan ini hanya untuk polisi/sijil yang aktif. Tetapi, kami menggalakkan anda untuk mengaktifkan semula polisi/sijil untuk memastikan anda terus mendapat perlindungan insurans/takaful yang sewajarnya. Anda boleh merujuk kepada Perancang Hayat/Eksekutif Kewangan anda atau hubungi kami untuk mendapatkan bantuan.


    12. Sekiranya polisi saya dibawah skim Pinjaman Premium Automatik (APL), bolehkah saya memohon untuk penangguhan pembayaran premium?

    Ya, polisi di bawah skim APL sebelum permohonan penangguhan dibuat adalah layak. Faedah ke atas pembayaran premium yang ditangguhkan akan dikecualikan pada akhir tempoh penangguhan.


    13. Berapa lamakah tempoh yang diambil untuk memproses permohonan?

    Proses permohonan akan mengambil masa sehingga tujuh (7) hari bekerja dari tarikh kami menerima maklumat dan dokumen yang lengkap. Anda akan dimaklumkan mengenai status permohonan melalui SMS atau e-mel.


    14. Sekiranya permohonan diluluskan, bilakah penangguhan pembayaran bermula?

    Penangguhan pembayaran akan berkuatkuasa dari tarikh akhir pembayaran premium/caruman polisi/sijil yang berikutnya selama tempoh 3 bulan.

    Contoh:

    1.      Tarikh akhir pembayaran premium/caruman yang seterusnya adalah pada 15 April 2021
    2.      Permohonan penangguhan pembayaran diluluskan pada 10 April 2021
    3.      Tempoh penangguhan pembayaran akan bermula dari 15 April 2021 hingga 14 Julai 2021

    15. Apabila permohonan saya diluluskan, apakah yang perlu saya lakukan untuk premium/caruman yang dibayar melalui auto-debit kad kredit/kad debit/GIRO/akaun bank atau arahan tetap bank?

    Sebaik sahaja permohonan penangguhan pembayaran diluluskan:

    1. Kemudahan auto-debit kad kredit/kad debit/GIRO/akaun bank akan menghentikan pengebilan premium/caruman sehingga tamat tempoh penangguhan.
    2. Untuk arahan tetap bank, anda perlu memaklumkan pihak bank untuk menghentikan pembayaran.
    3. Untuk pembayaran berulang menerusi Perbankan Internet atau JomPAY, anda perlu mengubah pilihan berulang untuk menghentikan potongan automatik melalui Perbankan Dalam Talian anda.

    16. Mengapakah pemegang polisi /sijil masih menerima notis Pinjaman Premium Automatik (APL) dan/atau peluputan selepas permohonan penangguhan pembayaran telah diluluskan?

    Pemegang polisi/sijil yang telah menerima kelulusan untuk penangguhan pembayaran tetapi masih menerima notis Pinjaman Premium Automatik (APL) dan/atau peluputan dari kami boleh mengabaikan notis tersebut.

    Untuk sebarang pertanyaan atau bantuan, sila hubungi kami di https://www.aia.com.my/ms/help-support/contact-us.html.


    17. Adakah Kos Insurans (COI)/Tabarru’ dikenakan semasa tempoh penangguhan?

    Ya, COI/Tabarru’ akan dikenakan untuk polisi/sijil berkaitan pelaburan sepanjang tempoh ini untuk memastikan perlindungan insurans/takaful terus disediakan.


    18. Sekiranya permohonan diluluskan, adakah terdapat sebarang faedah/penalti yang akan dikenakan untuk pembayaran lewat sepanjang tempoh penangguhan?

    Tiada faedah/penalti pembayaran lewat yang akan dikenakan untuk permohonan yang diluluskan sepanjang tempoh penangguhan.


    19. Perlukah saya membayar premium/caruman selepas tempoh penangguhan berakhir?

    Ya, anda perlu membayar balik premium/caruman yang tertunggak sebaik sahaja tempoh penangguhan berakhir bagi memastikan polisi/sijil anda kekal aktif dan tidak terjejas. Harap maklum bahawa ini bukan program pengecualian premium/caruman.

    Anda mempunyai masa selama 6 bulan dari tarikh penangguhan berakhir untuk membayar balik premium/caruman yang ditangguhkan. Dalam tempoh 6 bulan ini, anda boleh memilih untuk melakukan pembayaran premium/caruman secara sekaligus sebanyak 1 Suku Tahunan /1 Separa Tahunan / Tahunan atau secara ansuran bulanan selama 3 bulan.

    Selain itu, setelah tempoh penangguhan berakhir, pembayaran untuk premium/caruman seterusnya akan disambung semula mengikut perjanjian sedia ada.


    20. Apakah yang perlu saya lakukan untuk menyambung semula potongan premium/caruman secara automatik melalui kad kredit/kad debit/GIRO/akaun bank atau arahan tetap bank selepas tamat tempoh penangguhan?
     
    1. Bagi kemudahan pemotongan automatik kad kredit/kad debit/GIRO/akaun bank, pengebilan premium/caruman akan disambung semula secara automatik selepas tamat tempoh penangguhan.
    2. Bagi arahan tetap bank, anda perlu maklumkan pihak bank untuk meneruskan pembayaran, supaya polisi/sijil anda tidak berisiko untuk luput/ditamatkan.
    3. Untuk pembayaran berulang menerusi Perbankan Internet atau JomPAY, anda dikehendaki menetapkan semula pilihan berulang menerusi Perbankan Dalam Talian anda, supaya polisi/sijil anda tidak berisiko untuk luput/ ditamatkan.

    21. Sekiranya polisi/sijil luput selepas tempoh penangguhan, bolehkah ia dihidupkan/dikembalikan semula?

    Ya, anda boleh memohon untuk menghidupkan/mengembalikan semula polisi/sijil luput dengan mengemukakan sijil kesihatan kepada kami mengikut proses dan syarat-syarat yang sedia ada.


    22. Bolehkah saya membuat permohonan penangguhan pembayaran untuk polisi/sijil yang sama lebih daripada sekali?

    Mereka yang telah berjaya memohon penangguhan pembayaran premium/caruman pada tahun 2020 dan telah membayar semua premium/caruman yang ditangguhkan sepenuhnya, layak untuk memohon semula.


    23. Perlukah saya membayar apa-apa caj untuk penangguhan pembayaran; atau membuat sebarang perubahan kepada polisi insurans hayat/sijil takaful keluarga saya?

    Tiada caj akan dikenakan untuk sebarang penangguhan pembayaran premium/caruman dan pengubahan kepada polisi/sijil. 


    24. Adakah saya mempunyai pilihan lain yang boleh dipertimbangkan selain daripada program penangguhan ini?

    Terdapat pilihan lain seperti mengurangkan jumlah perlindungan atau mengeluarkan beberapa manfaat/faedah atau rider daripada polisi/sijil bagi mengurangkan jumlah premium/caruman anda. Walau bagaimanapun, anda digalakkan untuk berunding dengan Perancang Hayat/Eksekutif Kewangan anda untuk mendapatkan nasihat dan penilaian penuh ke atas semua pilihan sebelum membuat sebarang perubahan pada polisi/sijil anda.


    25. Bagaimana saya boleh memohon untuk tempoh pembayaran balik selama 6 bulan dan bagaimana ia berfungsi?

    Permohonan tidak diperlukan untuk tempoh pembayaran balik selama 6 bulan. Ia akan dilanjutkan secara automatik buat semua pelanggan yang telah mendapat kelulusan penangguhan pembayaran premium/caruman untuk polisi/sijil mereka.

    Setelah tempoh penangguhan berakhir, tempoh pembayaran balik selama 6 bulan akan bermula secara automatik bagi memberi pelanggan lebih banyak masa untuk membayar balik premium/caruman yang ditangguhkan.


    Produk Kami
    Perlindungan Hayat
    Perlindungan Perubatan
    Perlindungan Penyakit Kritikal
    Simpanan & Pelaburan
    Perlindungan Kemalangan
    Penyelesaian Hartanah
    Insurans Kenderaan
    Produk Dalam Talian
    Produk Kami
    Perlindungan Hayat
    Perlindungan Perubatan
    Perlindungan Penyakit Kritikal
    Simpanan & Pelaburan
    Perlindungan Kemalangan
    Penyelesaian Hartanah
    Insurans Kenderaan
    Produk atas talian
    Tahukan Anda
    Kesihatan & Kesejahteraan
    Kewangan & Insurans
    Galeri Video
    Statistik Kesihatan
    Tentang Kami
    Tentang AIA Bhd.
    Tentang AIA PUBLIC Takaful Bhd.
    Tentang AIA General Berhad
    Tentang AIA Pension and Asset Management Sdn. Bhd.
    Peluang Kerjaya
    Program Komuniti
    Acara & Promosi
    Peta Laman
    Bantuan & Sokongan
    Hubungi Kami
    Soalan Lazim
    Pengumuman Penting
    Hab Borang
    AIA Malaysia
    Menara AIA, 99, Jalan Ampang,
    50450 Kuala Lumpur
    AIA Bhd.
    1300-88-1899
    Untuk Pelanggan Luar Negara
    603 2056 1111
    AIA PUBLIC Takaful Bhd.
    1300-88-8922
    AIA General Berhad
    1300-88-1899
    AIA Pension and Asset Management Sdn. Bhd.
    1300-22-7771
    AIA Auto Assist / Roadside Assist
    1-800-88-8733
    Tahukah Anda
    Kesihatan & Kesejahteraan
    Kewangan & Insurans
    Galeri Video
    Statistik Kesihatan
    TENTANG KAMI
    Tentang AIA Bhd.
    Tentang AIA PUBLIC Takaful Bhd.
    Tentang AIA General Berhad
    Tentang AIA Pension and Asset Management Sdn. Bhd.
    Peluang Kerjaya
    Program Komuniti
    Acara & Promosi
    Peta Laman

    Laman web ini menggunakan kuki bertujuan untuk meningkatkan kemudahan pengguna. Anda boleh mendapatkan lebih banyak maklumat mengenai jenis kuki yang kami kumpulkan, apa yang kami gunakan, dan cara menguruskan tetapan kuki anda di dalam Polisi Kuki dan Penyata Privasi.

    Bantuan & Sokongan
    Hubungi Kami
    Soalan Lazim
    Pengumuman Penting
    Hab Borang
    AIA Malaysia
    Menara AIA, 99, Jalan Ampang,
    50450 Kuala Lumpur
    AIA Bhd.
    1300-88-1899
    Untuk Pelanggan Luar Negara
    603 2056 1111
    AIA PUBLIC Takaful Bhd.
    1300-88-8922
    AIA General Berhad
    1300-88-1899
    AIA Pension and Asset Management Sdn. Bhd.
    1300-22-7771
    AIA Roadside Assist
    1-800-88-8733
    www.aia.com.my/roadsideAssist

    Hak cipta © 2023 AIA Group Limited dan anak-anak syarikatnya. AIA Bhd. 200701032867 (790895-D) AIA PUBLIC Takaful Bhd. 201101007816 (935955-M) AIA General Berhad 201001040438 (924363-W) AIA Pension and Asset Management Sdn. Bhd. 201201027147 (1011637-P) AIA Health Services Sdn. Bhd. 199601016211 (388561-T). Semua hak cipta terpelihara.
    Terma Penggunaan | Penyataan Privasi | Kod Tatacara | Peta Laman