pageheroimage

Siaran Akhbar

SIARAN AKHBAR

Datuk Nicol David Memainkan Pelbagai Watak dalam Kempen Terbaharu AIA Malaysia - "Pilih Kehidupan Yang Lebih Bermakna"

3 Julai 2023 dot  Bacaan 3 min

Kempen terbaharu ini bertujuan memperkasakan rakyat Malaysia untuk Hidup Penuh Bersemangat disamping memudahkan pemahaman mengenai insurans melalui pengenalan platform yang interaktif dan menyeronokkan

tcs-offer-5

Kuala Lumpur, 3 Julai 2023 – Datuk Nicol David mempamerkan Hidup yang Penuh Bersemangat di layar perak melalui adegan-adegan penuh aksi termasuk perlawanan skuasy yang epik, bergembira di dapur sambil menikmati buah dan sayuran serta menyegarkan tubuh dan minda dengan seni mempertahankan diri.

AIA Malaysia, salah sebuah penyedia insurans dan takaful terkemuka di negara ini, telah melancarkan kempen terbaharunya, “Pilih Kehidupan yang Lebih Bermakna" (Subscribe to a Better Life), dengan sebuah filem jenama yang menampilkan legenda skuasy dan ikon sukan Malaysia, Datuk Nicol David. Filem ini memaparkan Nicol memainkan pelbagai watak dan peranan yang mencerminkan kehidupan yang penuh bersemangat.

Duta AIA Malaysia, Datuk Nicol David membintangi Kempen "Pilih Kehidupan yang Lebih Bermakna". Klik untuk menonton filem jenama.

Kempen ini merupakan ekspresi kreatif berdasarkan hasrat AIA untuk memperkasakan rakyat Malaysia menjalani kehidupan yang lebih bermakna yakni kehidupan yang sihat, aktif dan bertenaga. Memanfaatkan minat rakyat Malaysia terhadap platform penstriman atas permintaan, AIA mendapat inspirasi untuk menghasilkan sebuah penceritaan jenama yang sesuai dan relevan untuk khalayak umum dengan mengetengahkan produk serta tawaran-tawaran syarikat tersebut sebagai filem dan rancangan TV yang disesuaikan mengikut profil masing-masing.

Heng Zee Wang, Ketua Pegawai Pemasaran AIA Malaysia yang teruja dengan pelancaran kempen baharu ini berkata: “Kami sedar bahawa pasaran insurans seringkali dikaburi dengan pelbagai istilah yang kadangkala sukar untuk difahami dan mungkin menjadi satu cabaran dan halangan untuk para pelanggan mendapatkan perlindungan. Kempen “Pilih Kehidupan yang Lebih Bermakna" dilancarkan bagi mengurangkan kekeliruan tersebut dengan menjelaskan istilah-istilah insurans dan mempersembahkan penceritaan kami dengan kaedah yang lebih mudah difahami dan diminati rakyat Malaysia.”

Datuk Nicol David yang juga merupakan duta AIA Malaysia berkongsi pandangan yang sama tentang kempen tersebut. "Apabila saya diperkenalkan kepada konsep ini, saya terus tertarik dan berasa teruja untuk bekerjasama dengan AIA bagi merealisasikan idea tersebut. Kita kini melanggan pelbagai perkhidmatan untuk menikmati keselesaan dan kemudahan yang ditawarkan, sama ada keahlian gim, pelan pemakanan mahupun saluran penstriman. Jadi mengapa tidak melanggan dan pilih untuk menjalani kehidupan yang bermakna juga? Saya berharap kempen terbaharu AIA ini akan memberi inspirasi kepada lebih ramai rakyat Malaysia untuk Hidup Penuh Bersemangat dan mencapai aspirasi hidup mereka."

Kempen ini boleh diakses melalui laman web informatif dan interaktif yang direka seperti paparan perkhidmatan penstriman. Laman web ini bertujuan mengubah bagaimana seseorang itu melibatkan diri dengan insurans, membantu mereka merealisasikan aspirasi hidup melalui kandungan terpilih yang menampilkan rangkaian penyelesaian dan tawaran AIA, termasuk ekosistem Penyelesaian Kesihatan dan Kekayaan Menyeluruh syarikat tersebut.

tcs-offer-5
Laman web "Pilih Kehidupan yang Lebih Bermakna" AIA menampilkan pelbagai tawaran bagi memenuhi aspirasi gaya hidup individu yang berbeza.

Zee Wang berkata: “Kami bangga dapat memperkenalkan kempen yang menarik, unik, dan menghiburkan ini. Kami yakin kempen ini akan membantu meningkatkan pengalaman pelanggan apabila berinteraksi dengan kami. Hanya dengan satu klik, anda akan dibawa ke dunia penyelesaian kesihatan dan kekayaan yang diperibadikan yang dapat membantu anda menjalani kehidupan yang lebih sihat, berpanjangan dan bermakna. Kami percaya kempen ini adalah permulaan kepada sesuatu yang mengujakan dalam perjalanan kami untuk memasikan perlindungan insurans dapat diakses dan difahami dengan lebih mudah oleh orang ramai, tanpa mengira keperluan dan peringkat kehidupan mereka.”

Sebagai sebuah organisasi yang komited terhadap kesejahteraan menyeluruh rakyat Malaysia, kempen “Pilih Kehidupan yang Lebih Bermakna” ini melangkau perlindungan insurans dan takaful tradisional. AIA Malaysia menyediakan sokongan menyeluruh untuk tabiat sihat, perancangan kewangan, dan penambahbaikan gaya hidup secara keseluruhan, agar rakyat Malaysia dapat menjalani kehidupan yang lebih berkualiti.

Untuk Pilih Kehidupan yang Lebih Bermakna dengan AIA Malaysia, layari www.aia.com.my/livewithvitality

–TAMAT–


Mengenai AIA Malaysia

AIA Malaysia adalah sebahagian daripada AIA Group, kumpulan insurans hayat pan-Asia tersenarai awam terbesar dan bebas. Secara bersama, AIA Bhd., AIA PUBLIC Takaful Bhd., AIA General Berhad dan AIA Pension and Asset Management Sdn. Bhd. telah memberi perkhidmatan kepada rakyat Malaysia selama lebih dari 72 tahun.

Sebagai salah satu penyedia insurans dan takaful terkemuka di negara ini, AIA Malaysia menawarkan pelbagai penyelesaian konvensional dan patuh syariah yang inovatif dan komprehensif, merangkumi Perlindungan Hayat dan Kesihatan, Takaful Keluarga, Manfaat Pekerja, Motor, Kemalangan Diri, Gadai Janji, Insurans Komersial dan skim Persaraan yang memenuhi keperluan kesihatan, kekayaan dan perlindungan pelanggannya di setiap peringkat kehidupan.

Menerusi rangkaian pusat perkhidmatan di seluruh negara, pasukan terlatih yang terdiri daripada lebih 2,600 kakitangan serta saluran pengedarannya yang pelbagai dan berdedikasi yang merangkumi pasukan agensi seramai 20,500 Perancang Hayat, rakan kongsi bank eksklusif, pasukan penjualan korporat dan broker, AIA Malaysia kekal komited untuk sentiasa bersama 4.7 juta pelanggannya; menyokong dan membantu mereka untuk Hidup Lebih Sihat, Berpanjangan dan Bermakna.

Megenai AIA Group

AIA Group Limited dan anak syarikatnya (keseluruhannya “AIA” atau “Kumpulan”) terdiri daripada kumpulan insurans hayat pan-Asia tersenarai awam terbesar dan bebas. Ia beroperasi di 18 pasaran – cawangan dan anak syarikat milik penuh di Tanah Besar China, Hong Kong SAR, Thailand, Singapura, Malaysia, Australia, Kemboja, Indonesia, Myanmar, New Zealand, Filipina, Korea Selatan, Sri Lanka, Taiwan (China), Vietnam, Brunei, Macau SAR, dan 49 peratus pegangan usaha sama di India.

Perniagaan yang kini dikenali sebagai AIA telah ditubuhkan di Shanghai lebih seabad yang lalu pada tahun 1919. Ia merupakan peneraju pasaran di rantau Asia (tidak termasuk Jepun) berasaskan premium insurans hayat dan memegang kedudukan utama di sebahagian besar pasarannya. AIA mempunyai jumlah aset bernilai $303 bilion Dolar Amerika pada 31 Disember 2022.

AIA memenuhi keperluan simpanan dan perlindungan individu jangka panjang dengan menawarkan rangkaian produk dan perkhidmatan termasuk insurans hayat, insurans kemalangan dan kesihatan serta pelan simpanan. Kumpulan ini juga menyediakan manfaat pekerja, kredit hayat dan perkhidmatan persaraan kepada pelanggan korporat. Melalui rangkaian agensi, rakan kongsi dan kakitangan yang meluas di seluruh Asia, AIA memberikan perkhidmatan kepada lebih daripada 41 juta pemegang polisi individu dan lebih 17 juta ahli skim insurans berkelompok.

AIA Group Limited disenaraikan di Papan Utama, Bursa Saham Hong Kong di bawah kod saham “1299” dengan Resit Depositari Amerika (Tingkat 1) yang diniagakan pada pasaran kaunter (simbol ticker: “AAGIY”).