pageheroimage

Polisi Kuki

Polisi Kuki

AIA Malaysia ("AIA Malaysia", “kami") mengendalikan laman web ini. AIA Malaysia terdiri daripada AIA Bhd., AIA PUBLIC Takaful Bhd, AIA General Berhad, AIA Pension dan Asset Management Sdn. Bhd., AIA Health Services Sdn. Bhd. dan AIA Malaysia adalah sebahagian daripada kumpulan syarikat AIA Group Limited. Laman web ini menggunakan kuki dan perkakasan lain bagi membantu untuk membezakan anda dari pengguna yang lain. Ia juga membantu kami memberikan anda pengalaman yang baik apabila anda menggunakan laman web dan juga membolehkan penambahbaikan. Dengan meneruskan penggunaan laman web ini, anda bersetuju dengan kami untuk meletakkan kuki pada komputer anda.

Apakah Kuki

 
Kuki adalah teks kecil yang mengandungi sedikit maklumat yang dimuat turun dan boleh disimpan pada mana-mana pelayar web atau peranti internet anda (contohnya komputer, telefon pintar atau tablet) yang kemudiannya boleh dibaca oleh pelayan - seperti memori untuk laman web.

Ini bererti, kami secara automatik, mengumpul dan menyimpan maklumat berikut mengenai lawatan anda:

  • Domain dan alamat IP dari tempat anda mengakses laman web;
  • Jenis perisian pelayar, konfigurasi dan sistem pengendalian yang digunakan untuk mengakses laman web;
  • Tarikh dan masa anda mengakses laman web;
  • Alamat laman web jika anda memaut ke laman web tersebut dari laman web lain; dan
  • Halaman - halaman di laman web yang dimasuki, lawati dan keluar, kandungan yang dilihat dan tempoh lawatan.

Penyataan Privasi kami menetapkan butir-butir lengkap mengenai maklumat lain yang kami kumpulkan dan bagaimana kami menggunakan maklumat peribadi anda.

Penggunaan Kuki

 
Jenis kuki yang kami gunakan dan mengapa kami menggunakannya (tetapi tidak terhad kepada yang berikut):
  • Kuki yang sangat diperlukan. Ini adalah kuki yang diperlukan untuk operasi Laman web kami. Ia termasuk, sebagai contoh, kuki yang membolehkan anda untuk log masuk ke laman web kami dengan selamat;
  • Kuki analisis / prestasi. Kuki ini membolehkan kami mengenali dan mengira jumlah pelawat dan melihat bagaimana pengunjung melayari dan menggunakan laman web kami. Kuki ini digunakan untuk tujuan penambahbaikan dan pengoptimum laman web dan mengagregat statistik tentang bagaimana pengunjung menjangkau dan melayari laman web kami. Ini membantu kami memperbaiki cara laman web kami beroperasi, contohnya, dengan memastikan pengguna mencari apa yang mereka inginkan dengan mudah dan membantu dalam memahami kepentingan pengguna serta mengukur keberkesanan pengiklanan kami;
  • Kuki berfungsi. Kuki ini digunakan untuk mengenali anda apabila kembali ke laman web. Ia membolehkan kami menyusun kandungan mengikut kehendak anda, menyesuaikan laman web untuk keperluan anda dan mengingati keutamaan anda, sebagai contoh, pilihan bahasa atau kawasan, saiz tulisan ketika melayari laman web;
  • Kuki Sasaran. Kuki ini merekodkan kunjungan anda ke laman web, halaman yang telah anda lawati dan pautan yang ikuti. Kami akan menggunakan maklumat ini untuk membuat laman web kami dan sebarang bahan yang dipaparkan di atasnya lebih relevan dengan minat anda. Kami juga mungkin berkongsi maklumat ini dengan pihak ketiga untuk tujuan yang sama; dan
  • Kuki pengiklanan. Kuki ini akan mengingati keutamaan anda, dan secara amnya, laman web yang digunakan, untuk memaparkan iklan yang bersesuaian dan relevan dengan anda, sebagai contoh, dengan memilih iklan berasaskan minat atau menyekat atau membatasi iklan (berkaitan periklanan) yang sama untuk membantu mengukur keberkesanan iklan.

Sila ambil perhatian bahawa sesetengah kuki di laman web diuruskan oleh pihak ketiga, termasuk, sebagai contoh, rangkaian pengiklanan, yang membuat paparan seperti video, peta dan media sosial, dan pembekal laman web luaran seperti perkhidmatan analisis trafik web. Kuki ini berkemungkinan menjadi kuki analisis / prestasi atau kuki sasaran. Anda harus merujuk kepada dasar kuki dan privasi peribadi pihak ketiga untuk mendapatkan maklumat tentang cara mereka menggunakan maklumat anda.

Pengurusan Kuki

Anda boleh menyekat kuki dengan mengaktifkan tetapan dalam pelayar bagi membolehkan anda menolak tetapan semua atau sesetengah kuki. Harap maklum jika anda menggunakan tetapan pelayar untuk menyekat semua kuki (termasuk kuki yang penting), anda mungkin tidak dapat mengakses semua atau sebahagian laman web kami.

Jika anda ingin membatalkan persetujuan pada bila-bila masa, anda perlu memadamkan kuki menggunakan tetapan pelayar bagi setiap pelayar yang gunakan.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai cara melakukan ini, sila ikuti pilihan 'Bantuan' di pelayar internet anda untuk maklumat lanjut.