2022

2021

2020

AIA Cares: Bantuan Kewangan Buat Petugas Kesihatan Barisan Hadapan

Sebagai tanda penghargaan atas pengorbanan dan sumbangan yang diberikan oleh semua Petugas Kesihatan Barisan Hadapan COVID-19 negara kita, AIA Malaysia telah bertekad untuk menyumbang RM2 juta sebagai bantuan kewangan kepada semua doktor, jururawat dan kakitangan hospital yang berkhidmat di hospital-hospital rujukan dan pusat-pusat saringan KKM yang terlibat dalam pengendalian kes-kes COVID-19 di Malaysia. Bantuan kewangan telah ditawarkan dari 1 Mac 2020 dan telah tamat pada 30 September.

 

Sehingga 30 September 2020, kami telah menyumbang RM317,000 kepada petugas barisan hadapan terdiri daripada doktor, jururawat dan kakitangan hospital yang telah dijangkiti COVID-19 semasa bertugas di Malaysia.