placeholder

Pelaburan & Simpanan

Kekal dilindungi tatkala anda melindungi masa hadapan anda dengan pelan simpanan dan pelaburan AIA.

Page is loading, please wait.

Soalan Lazim

Pelan insurans/takaful berkait pelaburan memasukkan peratusan tertentu daripada premium/caruman anda kepada perlindungan anda dan selebihnya akan dilaburkan kepada dana pilihan anda. Dengan pelan berkait pelaburan, anda boleh menambah kekayaan anda dan dalam masa yang sama, menikmati jaminan perlindungan juga.

Untuk mencapai matlamat kewangan anda, anda bukan sahaja perlu menambah kekayaan anda, tetapi anda juga perlu melindungi kekayaan anda sekiranya berlaku sesuatu yang tidak diingini agar semua impian anda, seperti percutian, pendidikan anak-anak, persaraan yang tenang dan warisan anda akan dijamin tanpa masalah.

Ada perbezaan yang besar antara pelan Perlindungan Hayat dengan pelan Simpanan dan Pelaburan. Dengan Perlindungan Hayat, anda boleh memberi jaminan kewangan bagi keluarga anda apabila anda sudah tidak boleh menyara mereka. Dengan Pelan Simpanan dan Pelaburan, anda boleh menambah kekayaan anda dan memastikan anda boleh mencapai semua matlamat kewangan anda. 

  • Asas: Memberi anda perlindungan asas yang penting.
  • Tambahan: Pelan fleksibel yang anda boleh tambah kepada pelan perlindungan anda bagi memenuhi keperluan anda yang khusus.

Di AIA, kami ingin membantu anda mencapai matlamat hidup anda. Pelan kami direka unik dan bukan sahaja diurus pakar pelaburan kami, tetapi ia turut menggalakkan anda dan memberi ganjaran kepada anda jika anda mengamalkan tabiat kewangan yang sihat. Semakin banyak pilihan sihat yang anda buat dengan AIA Vitality, program kesihatan dan kecergasan kami, anda boleh menikmati lagi pelbagai manfaat lain seperti nilai akaun tambahan, ganjaran dan tawaran eksklusif.