Muat Turun Aplikasi AIA+

Muat Turun Aplikasi AIA+

Soalan Lazim

  • Anda boleh mendaftar dan menggunakan aplikasi ini selagi anda seorang pemilik polisi/sijil individu, mempunyai pelan manfaat kakitangan yang aktif atau akaun gadai janji dengan AIA Bhd., AIA PUBLIC Takaful Bhd. dan/atau AIA General Berhad (secara bersama dikenali sebagai AIA Malaysia).
  • Ahli AIA Vitality juga boleh mengakses akaun AIA Vitality menerusi aplikasi ini.

Untuk pengalaman terbaik memanfaatkan perkhidmatan dalam talian/digital kami, anda disyorkan untuk menggunakan sistem operasi terbaharu yang dikemaskinikan pada peranti mudah alih anda. Versi yang disyorkan ialah iOS 13 dan ke atas, serta Android 9 (API 28) dan ke atas.

Perhatian:

  1. Bagi pengguna peranti Huawei, sila ambil maklum bahawa paparan notifikasi AIA+ buat masa ini tidak disediakan untuk model berikut: Mate 30, Mate Xs, Y7P, Nova 7i, P40 dan peranti Huawei lain yang dilancarkan pada atau selepas 16 Mei 2019. Kami kini sedang berusaha untuk memastikan paparan notifikasi AIA+ turut disediakan untuk model-model tersebut.
  2. Sekiranya anda log masuk ke aplikasi AIA+ menerusi laman web AIA, pengalaman terbaik melayari web adalah dengan menggunakan Google Chrome (30) dan ke atas; Edge (44) & Edge Chromium (84) dan ke atas; Internet Explorer (11) dan ke atas; Firefox (30) dan ke atas, serta Safari (8.0) dan ke atas.

  • Pengguna yang sudah mempunyai akaun AIA+ sedia ada atau sudah memuat turun aplikasi AIA+, tidak perlu mendaftar sekali lagi.
  • Anda boleh terus menggunakan ID Pengguna dan Kata Laluan sama.
  • Anda hanya perlu mengemas kini aplikasi AIA+ anda kepada versi terbaharu dan melakukan log masuk kali pertama dalam aplikasi baharu ini yang memerlukan anda memasukkan Kata Laluan Sekali Guna (OTP) yang akan dihantar ke talian mudah alih berdaftar anda.

 

Perhatian: Untuk pengguna peranti mudah alih Huawei, kami mencadangkan agar anda memadamkan aplikasi AIA+ dan AIA Vitality Malaysia yang sedia ada dalam telefon mudah alih anda dan memuat turun dan menggunakan versi baharu aplikasi in menerusi Galeri Aplikasi Huawei.

Hadapi Masalah Memuat Turun atau Menggunakan Aplikasi AIA+?

town

Kongsi ini dengan rakan