pageheroimage

Perkhidmatan Polisi

Penamaan

Seorang penama adalah individu yang akan menerima hasil daripada polisi anda jika anda meninggal dunia.

Anda boleh menamakan sesiapa sahaja, tetapi penama mestilah seorang individu. Penamaan sesebuah organisasi adalah tidak dibenarkan.

Anda perlu menyatakan secara khusus bahagian dalam bentuk peratusan yang akan dibayar kepada setiap penama. Ini hanya diguna pakai kepada pemegang polisi bukan Muslim.

Bagi pemegang polisi Muslim, penamaan boleh dibuat dan hasil polisi akan dibayar dengan sewajarnya. Walau bagaimanapun, penama tersebut hendaklah mengagihkan hasil tersebut berdasarkan kepada Undang-undang Shariah.

Anda perlu mengisi borang penamaan semasa permohonan polisi atau anda boleh berbuat demikian selepas anda membeli polisi. Jika anda ingin membuat penamaan selepas anda membeli polisi, anda hendaklah menghantar borang penamaan yang telah dilengkapkan kepada kami. Anda boleh mendapatkan borang tersebut di sini. Serahkan borang yang telah dilengkapkan kepada Perancang Hayat anda atau di mana-mana Pusat Pelanggan kami. Anda juga boleh mengirimkan borang tersebut ke:

Customer Servicing Department,
Level 6, Wisma AIA,
99 Jalan Ampang,
50450 Kuala Lumpur.

Anda hendaklah memberi nama, Kad Pengenalan (untuk warganegara Malaysia) / No pasport (untuk bukan warganegara Malaysia), tarikh lahir, Kewarganegaraan, hubungan anda dengan penama, peratus bahagian dan alamat setiap penama. Maklumat ini akan membantu kami untuk memproses tuntutan secara tepat.

Jika anda bukan Muslim dan anda telah menamakan sama ada pasangan, anak atau ibu bapa anda sebagai penama, anda dinasihatkan untuk melantik seorang Pemegang Amanah. Peranan pemegang amanah adalah untuk mengurus dan membahagikan wang dengan sewajarnya. Pemegang amanah yang dipilih tidak semestinya ahli keluarga anda, walau bagaimanapun, ia hendaklah merupakan seseorang yang anda percayai kerana individu tersebut akan menguruskan hasil polisi.

Ini tidak diguna pakai kepada pelanggan-pelanggan AIA PUBLIC Takaful.

Tidak semestinya. Pelantikan pemegang amanah boleh dibuat semasa anda memohon polisi tersebut atau pada bila-bila masa selepas itu.

Anda boleh melantik penama (penama-penama) sebagai:

  1. Wasi (Pelaksana); atau
  2. Benefisiari di bawah hibah (hadiah) bersyarat.
    Anda mesti mengisi borang penamaan pemegang amanah semasa permohonan polisi atau anda boleh melakukannya selepas anda membeli polisi. Jika anda ingin membuat penamaan selepas anda membeli polisi, anda hendaklah menghantar borang penamaan yang telah dilengkapkan kepada kami. Anda boleh mendapatkan borang tersebut di sini. Serahkan borang yang telah dilengkapkan kepada Perancang Insurans Hayat anda atau di mana-mana Pusat Pelanggan kami. Anda juga boleh mengirimkan borang tersebut ke:

    Customer Servicing Department,
    Level 6, Wisma AIA,
    99 Jalan Ampang,
    50450 Kuala Lumpur.

Penama akan menerima faedah Takaful di bawah Sijil sebagai Wasi (Pelaksana) dan akan mengagihkan faedah Takaful mengikut Undang-Undang Warisan Islam (Faraidh) atau Akta Pengedaran 1958, mana yang berkenaan.

Penama akan menerima faedah Takaful sebagai benefisiari dan berhak mendapat faedah Takaful sesuai dengan peratusan yang dinyatakan dalam borang pencalonan.

Penyata Premium

Anda boleh melihat penyata premium/caruman anda secara dalam talian dengan log masuk ke portal pelanggan kami - AIA+. Sila rujuk pautan ini untuk butiran lanjut.

Penyerahan Polisi

Ia adalah pemindahan hak pemilikan polisi daripada pemilik asal kepada pihak lain. Apabila polisi tersebut telah diserah hak, anda tidak boleh lagi mencalonkan seorang penama atau pemegang amanah bagi polisi tersebut.

Ia adalah pemindahan hak pemilikan polisi daripada pemilik asal kepada pihak lain hanya setelah kematian individu yang diinsuranskan. Ia hanya terpakai untuk pemilik polisi bukan Islam sahaja. Penyerahan hak ini tidak dibenarkan bagi polisi pihak ketiga seperti polisi juvenil atau majikan/pekerja.

Kemudahan ini tidak terpakai untuk sijil-sijil AIA PUBLIC Takaful

Penerima serah hak hendaklah berusia sekurang-kurangnya 18 tahun.

Pemilik polisi/sijil boleh menyerahkan hak polisi/sijilnya kepada individu berikut, yang berumur sekurang-kurangnya 18 tahun, selagi ianya termasuk dalam hubungan yang dibenarkan.

  • Pasangan
  • Anak
  • Ibu / Bapa
  • Penjaga yang Sah
  • Datuk / Nenek
  • Cucu
  • Adik Beradik
  • Adik Beradik Ibu / Bapa
  • Majikan / Pekerja
  • Institusi Kewangan yang Dikawal Selia (bagi tujuan penyerahan hak cagaran)
  • Penetap / Pemegang Amanah (bagi tujuan persediaan amanah)

Anda boleh mendapatkan borang yang berkaitan dari mana-mana Pusat Pelanggan AIA atau dengan meninggalkan butiran untuk dihubungi dan permohonan anda di sini. Kami akan menghantar atau emel borang berkenaan kepada anda.

Borang asal yang telah dilengkapkan boleh dihantar ke mana-mana Pusat Pelanggan kami.

Anda juga boleh mengeposnya ke:

Customer Servicing Department,
Level 6, Wisma AIA,
99 Jalan Ampang,
50450 Kuala Lumpur.

Kemaskini Maklumat Hubungan

Anda boleh mengemas kini maklumat hubungan anda dengan melayari portal pelanggan kami - AIA+.

Perlindungan Polisi

Anda boleh merujuk kepada kontrak polisi/sijil anda untuk mengetahui tempoh yang dibenarkan untuk pengembalian/pengaktifan semula. Jika polisi/sijil anda masih dalam tempoh yang dinyatakan, anda boleh menghubungi Perancang Hayat anda atau hubungi Talian Khidmat Pelanggan kami di 1300 88 1899 untuk mengetahui jumlah yang perlu dibayar untuk mengembalikan semula polisi/sijil anda, dan untuk mengetahui sama ada anda perlu menjalani pemeriksaan kesihatan. Anda juga boleh mengunjungi mana-mana Pusat Khidmat Pelanggan kami untuk mendapatkan bantuan.

Jika polisi/sijil anda tidak berada dalam tempoh pengembalian/pengaktifan semula, anda dinasihatkan untuk menghubungi Perancang Hayat anda untuk mendaftar polisi/sijil yang baharu. Permohonan anda untuk polisi/sijil baharu perlu melalui proses semakan dan penilaian oleh pasukan taja jamin kami.

Anda boleh menukar manfaat dan perlindungan polisi/sijil anda dengan menyerahkan Borang Permintaan untuk Pertukaran. Anda boleh memuat turun borang di sini dan menyerahkan borang yang lengkap kepada Perancang Hayat anda atau di mana-mana Pusat Khidmat Pelanggan kami. Anda juga boleh e-melkan borang tersebut ke my.customer@aia.com atau poskan ke:

Customer Servicing Department,
Level 6, Wisma AIA,
99 Jalan Ampang,
50450 Kuala Lumpur.