pageheroimage

Terma Penggunaan

1. Syarat-syarat penggunaan

1.1.  Dengan menggunakan laman web ini, anda bersetuju kepada syarat-syarat penggunaan berikut. Sila baca syarat-syarat berikut dengan teliti sebelum menggunakan laman web ini.

1.2.  Jika anda tidak bersetuju dengan Terma Penggunaan ini, anda tidak boleh mengakses atau menggunakan laman web ini.

1.3.  Kami boleh meminda Terma Penggunaan ini dari semasa ke semasa, tanpa memberikan sebarang notis kepada anda dan tanpa memberikan apa-apa sebab untuk berbuat demikian dengan memuatnaik versi kemas kini Terma Penggunaan di laman web ini. Anda hendaklah selalu memeriksa Terma Penggunaan untuk sebarang pindaan. Jika Terma Penggunaan dipinda, anda mestilah mematuhi Terma Penggunaan yang telah dikemaskini. Jika anda tidak bersetuju dengan Terma Penggunaan yang telah dikemaskini, anda hendaklah berhenti menggunakan laman web ini dengan serta merta.

2. Bukti Transaksi

Rekod urus niaga AIA yang dikendalikan melalui sistem komputer atau sebaliknya akan diterima sebagai muktamad dan mengikat untuk semua tujuan. Penggunaan akaun dan / atau kata laluan anda untuk mengakses atau menggunakan laman web ini dan / atau kemudahan dalam talian termasuk akses kepada rekod polisi anda dan perkhidmatan dalam talian kami akan diiktiraf sebagai tandatangan elektronik anda dan sah disisi undang-undang. Selagi dibenarkan undang-undang, anda bersetuju bahawa rekod-rekod elektronik AIA akan diterima sebagai dokumen asal dalam mana-mana mahkamah dan bersetuju bahawa anda tidak akan mencabar atau mempertikaikan ketepatan atau kesahihan rekod tersebut.

3. Indemniti

Anda dengan ini bersetuju untuk menjaminkan ganti rugi, mempertahankan dan memegang-lepas AIA dari dan terhadap sebarang dan semua ganti rugi, kerugian, liabiliti, kos dan perbelanjaan (termasuk kos guaman penuh atas dasar peguamcara – anak guam) yang ditanggung oleh AIA yang timbul daripada atau berkaitan dengan: (i) akses kepada atau penggunaan laman web dan / atau kemudahan dalam talian ini; (ii) sebarang akses atau penggunaan laman web ini dan / atau kemudahan dalam talian lain menggunakan akaun dan / atau kata laluan anda; atau (iii) pelanggaran mana-mana Syarat-syarat ini; (iv) mana-mana pihak lain melanggar mana-mana Syarat ini di mana pihak tersebut dapat mengakses atau menggunakan laman web dan / atau kemudahan dalam talian ini menggunakan akaun dan / atau kata laluan anda.

4. Pautan pihak ketiga

4.1.Laman web ini menyediakan pautan-pautan ke laman web lain yang tidak dikawal oleh kami. Pautan-pautan tersebut disediakan untuk kemudahan anda sahaja dan kami tidak bertanggungjawab kepada penggunaan, kesan atau kandungan mereka.

4.2.Kami tidak membuat representasi atau waranti kepada, dan tidak menerima tanggungjawab untuk, ketepatan maklumat di dalam laman web tersebut, dan kami tidak mengesahkan sebarang maklumat, pandangan, barang atau perkhidmatan yang dirujuk di sana. Anda mengakui dan bersetuju bahawa akses anda ke laman web tersebut adalah atas risiko sendiri.

5. Pembatasan liabiliti

5.1. Anda bersetuju bahawa akses anda ke laman web ini adalah atas risiko sendiri.

5.2. Selagi dibenarkan undang-undang, kami mengecualikan sebarang representasi, jaminan, syarat, waranti, hak, remedi, liabiliti dan terma-terma lain yang tersirat oleh statut, undang-undang umum atau adat, kecuali sebarang jaminan atau hak yang diberikan oleh sebarang perundangan, dan pengecualian tersebut menyalahi perundangan atau menyebabkan sebahagian atau kesemua klausa ini terbatal.

5.3.Selagi mana dibenarkan undang-undang, kami mengecualikan semua tanggungjawab dan liabiliti yang timbul daripada atau yang berkaitan dengan penggunaan laman web ini oleh anda, termasuk dan tidak terhad kepada:

5.3.1.sebarang dan semua kerugian laba, hasil, nama baik, simpanan, data, peluang perniagaan atau harapan yang sebenar atau dijangka, serta sebarang dan semua kerugian tidak langsung, istimewa, turutan, membebankan atau teladan; dan

5.3.2. sebarang kerugian lain, walaupun kami atau wakil kami yang diberi kuasa telah dinasihatkan akan kemungkinan ganti rugi tersebut.

5.4.Kami tidak menerima dan tidak akan tanggungjawab kepada, sebarang kerugian kepada, atau virus yang boleh menjangkiti, peralatan komputer anda atau harta lain atas sebab akses kepada, menggunakan atau melayari laman web atau anda memuat turun sebarang bahan, data, teks, imej, video atau audio daripada laman web ini.

6. Isu-isu bidang kuasa

Kecuali dinyatakan dengan jelas di sini, maklumat yang terkandung dalam laman web ini bukanlah tawaran untuk menjual atau usaha untuk menjual sebarang sekuriti, produk insurans, atau produk atau perkhidmatan lain daripada kami. Tiada sekuriti, produk insurans atau produk atau perkidmatan yang ditawarkan atau akan dijual oleh AIA, atau jika dijual oleh AIA, akan efektif di mana-mana bidang kuasa jika tawaran atau usaha menawarkan, pembelian atau jualan tersebut adalah menyalahi undang-undang di bawah undang-undang sekuriti, insurans atau undang-undang lain wilayah tersebut. Sesetengah produk dan perkhidmatan mungkin tidak terdapat dalam semua wilayah.

7. Tiada tawaran

Maklumat yang disediakan di dalam laman web ini tidak boleh disalahtafsirkan sebagai tawaran sekuriti untuk dijual atau usaha untuk menawarkan pembelian sekuriti. Prestasi lalu tidak semestinya indikasi kepada prestasi akan datang.

8. Pemilikan maklumat

Sebarang maklumat, selain daripada data atau maklumat peribadi yang anda pindahkan kepada kami melalui laman web ini, melalui mel elektronik atau sebaliknya, termasuk data, soalan, komen atau cadangan akan dianggap sebagai tidak sulit atau tiada hak milik dan akan menjadi harta kami. Maklumat tersebut, selain daripada data atau maklumat peribadi, boleh digunakan oleh kami bagi apa-apa tujuan termasuk dan tidak terhad kepada salinan semula, usaha mendapatkan, pendedahan, penyampaian, penerbitan, penyiaran dan pengumuman. Kami boleh menggunakan idea, konsep, pengetahuan, atau teknik yang terkandung di dalam sebarang komunikasi yang anda hantar kepada kami melalui laman web ini untuk apa-apa tujuan sekalipun, termasuk dan tidak terhad kepada, membangunkan dan memasarkan produk menggunakan maklumat tersebut. Anda menepikan semua hak-hak tersedia yang anda ada terhadap maklumat (kecuali maklumat peribadi) yang anda sampaikan kepada kami melalui laman web ini atau sebaliknya, bagi tujuan Terma Penggunaan ini.

Sebarang maklumat peribadi yang dihantar kepada kami menggunakan laman web ini tertakluk kepada Kenyataan Privasi AIA yang tersedia di http://www.aia.com/en/privacy-statement/privacy-statement.html.

9. Harta intelek

Laman web ini dimiliki dan dikendalikan oleh AIA. Semua hak cipta dan harta intelek di dalam laman web ini adalah milik kami dan pemberi lesen kami. Melainkan jika dinyatakan dengan jelas dalam Terma Penggunaan ini dan melainkan dibenarkan oleh undang-undang terpakai, anda tidak boleh (dan tidak boleh mencuba untuk):

(a) mengguna, meniru, menyalin, menerbit semula, menyimpan dalam sistem dapatan semula, mencipta karya terbitan atau menggunakan dengan apa cara lain pun untuk tujuan umum atau komersil mana-mana bahagian laman web ini;

(b) mengagihkan, menterjemah, mengubah atau mengusik mana-mana bahagian laman web ini;

(c) mencipta karya terbitan dari mana-mana bahagian laman web ini;

(d) menjual, menyewa, memajak, memberi lesen, menyerah hak, menukar atau memindah hak anda di bawah Terma Penggunaan ini; atau

(e) membenar atau membantu mana-mana orang untuk terlibat dalam mana-mana perbuatan yang dinyatakan dalam perenggan (a) hingga (b) di atas.

10. Prestasi laman web

10.1.Kami akan menggunakan usaha yang munasabah untuk memastikan laman web tersedia ketika waktu urusniaga kami yang biasa. Walau bagaimanapun, ketersediaan laman web ini bergantung kepada pelbagai pembekal pihak ketiga, dan oleh yang demikian kami tidak menjamin:

10.1.1 bahawa anda boleh menggunakan laman web ini pada bila-bila masa; atau

10.1.2 bahawa penggunaan laman web ini akan berterusan, tidak terganggu, selamat dan tanpa ralat.

10.2. Anda mengakui bahawa laman web ini mungkin tidak boleh digunakan dari semasa ke semasa dan penggunaannya juga mungkin terputus pada bila-bila masa atas apa jua sebab, termasuk jika:

10.2.1 kesukaran penyambungan rangkaian berlaku;

10.2.2 sistem yang menyediakan perkhidmatan tidak tersedia atas apa jua sebab (termasuk penyelenggaraan yang akan dibuat);

10.2.3 anda melanggari mana-mana Terma Penggunaan ini; atau

10.2.4 kami memutuskan untuk menamatkan, menggantung atau menyekat akses anda ke laman web ini atas apa jua sebab.

10.3. Kami tidak menjamin kebolehpercayaan atau prestasi laman web ini. Prestasi laman web ini bergantung kepada pelbagai faktor, termasuk fungsi, kapasiti, konfigurasi Peranti anda, kelajuan sambungan internet, dan jumlah pengguna yang mengakses sistem yang menyokong laman web ini.

10.4. Maklumat yang ada dalam laman web ini tertakluk kepada pengemaskinian dari semasa ke semasa dan walaupun kami menyasarkan untuk memastikan ianya dikemas kini, boleh jadi terdapat kelewatan, ralat atau ketinggalan yang boleh menjejaskan kesemasaan dan ketepatan. Oleh yang demikian, kami tidak boleh dan tidak menjamin bahawa maklumat yang anda perolehi melalui laman web ini adalah atau akan semasa, lengkap atau tepat pada setiap masa. Anda mengakui dan bersetuju bahawa anda akan membuat siasatan sendiri untuk memastikan bahawa maklumat yang anda perolehi melalui laman web ini adalah semasa, lengkap dan tepat sebelum menggunakan maklumat tersebut. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang Kerugian yang anda alami atau tanggung atas sebab kegagalan anda untuk mematuhi klausa ini.

11. Lesen perisian

Setakat mana sebarang perisian yang ada atau disediakan kepada anda di dalam laman web ini, kami memberikan kepada anda lesen tidak eksklusif, terhad dan peribadi untuk memuat turun dan menggunakan perisian tersebut untuk kegunaan peribadi, bukan komersil sahaja. Semua hak termasuk hak harta intelek dalam perisian tersebut kekal milik kami atau milik pemberi lesen atau pemilik perisian tersebut dan, kecuali jika dibenarkan undang-undang, anda tidak boleh membuat kejuruteraan balikan, menyusun atur, mengubah atau mengusik perisian tersebut.

12. Peringatan Keselamatan

Walaupun terdapat risiko sedia ada dalam menjalankan perniagaan dengan sesiapa sahaja di dalam media awam seperti Internet, kami telah melaksanakan langkah-langkah untuk mengurangkan risiko ini. Untuk melindungi privasi anda, sila pastikan anda telah memasang perlindungan virus terkini.

13. Percanggahan susunan kata

Jika terdapat ketakjelasan atau percanggahan antara versi Terma Penggunaan di dalam Bahasa Inggeris dan bahasa tempatan, versi Bahasa Inggeris akan terpakai.

14. Tiada penepian

Kami tidak menepikan sebarang hak, kuasa atau remedi berkaitan dengan Terma Penggunaan ini jika kami gagal untuk menjalankan atau menangguhkan dalam menjalankan hak, kuasa atau remedi tersebut.

15. Kebolehasingan

Ketidaksahan, ketidaksahihan dan ketidaklaksanaan mana-mana peruntukan di dalam Terma Penggunaan ini dalam apa-apa hal di bawah undang-undang yang terpakai tidak akan menjejaskan kesahan, kesahihan atau kebolehkuatkuasaan baki peruntukan yang terkandung di sini.

16. Undang-undang terpakai dan bidang kuasa

Terma Penggunaan ini adalah dikawal oleh undang-undang Malaysia dan pihak-pihak bersetuju untuk tertakluk kepada bidang kuasa eksklusif mahkamah di Malaysia.

17. Definisi terma dan tafsiran

17.1. Di dalam dokumen ini:

AIA bermaksud AIA Group Limited dan anak syarikatnya.

AIA Malaysia bermaksud AIA Bhd., AIA General Berhad, AIA PUBLIC Takaful Bhd., AIA Pension and Asset Management Sdn. Bhd. dan AIA Health Services Sdn. Bhd.

Peranti bermaksud peranti berinternet anda sendiri yang serasi dengan laman web ini dan mempunyai sambungan internet semasa dan berfungsi.

Kerugian bermaksud sebarang liabiliti, kerugian, kerosakan, kos dan perbelanjaan (termasuk kos dan perbelanjaan guaman, samada yang ditanggung atau yang diberikan) yang timbul melalui kontrak, tort (termasuk kecuaian) atau sebaliknya.

17.2.Dalam dokumen ini, rujukan terhadap 'kami' adalah merujuk kepada AIA.