pageheroimage

Pembayaran Premium / Caruman

Pembayaran Premium / Caruman

Anda boleh membuat pembayaran melalui aplikasi atau portal AIA+. Sila rujuk pautan di bawah untuk butiran lanjut:
https://www.aia.com.my/en/help-support/premium-payment.html

Anda dinasihatkan agar membuat pembayaran secara teratur dan segera supaya perlindungan insurans anda tidak tergendala. Jika anda gagal berbuat demikian, polisi anda akan menjadi tidak aktif selepas tamat tempoh ihsan selama 31 hari di mana anda tidak lagi dilindungi oleh AIA.

Terdapat beberapa alternatif

  • Jika polisi anda mempunyai dividen-dividen tunai, anda boleh menggunakannya bagi membayar premium.

    Bagi menggunakan dividen-dividen tunai untuk membayar premium, anda perlu memberitahu kami dengan menghantar email kepada my.customer@aia.com atau hubungi kami di talian 1300 88 1899. Kami akan menghantar borang-borang yang berkaitan untuk dilengkapkan dan perlu dipulangkan kembali. Alternatif ini tidak terpakai kepada “AIA PUBLIC Takaful Customers”

  • Jika polisi anda mempunyai nilai tunai yang mencukupi, suatu Pinjaman Premium Automatik ("Automatic Premium Loan (APL)") akan digerakkan jika premium-premium tidak dibayar selepas 31 hari tempoh tangguh

    Ini bermakna APL akan digunakan untuk membayar premium-premium yang tidak dibayar. Sekali nilai tunai polisi digunakan dan premium-premium tertunggak tidak dibayar, polisi akan tidak lagi aktif. Sila maklum bahawa faedah yang dikenakan ke atas APL adalah berdasarkan kepada kadar semasa dan tertakluk kepada sebarang pertukaran.

APL tidak terpakai kepada "AIA PUBLIC Takaful certificates"

Anda boleh membuat pertukaran kekerapan pembayaran ("Change Payment Frequency") melalui aplikasi atau portal pelanggan AIA+ dengan mengikuti beberapa langkah mudah berikut:

  • Untuk Pelanggan
    AIA+ > Service Request > Select Policy > Change Payment Frequency
  • Untuk Perancang Hayat
    ALPP > My Servicing > Policy Status Enquiry > Service Request > Change Payment Frequency

Sila rujuk pautan di bawah untuk maklumat lanjut:
https://www.aia.com.my/content/dam/my/en/docs/myaia_app/My-AIA-Portal-User-Guide-2104.pdf

Anda boleh mengemas kini butiran kad kredit / debit baru dengan melayari portal pelanggan kami - AIA+. Sila rujuk pautan di bawah untuk butiran lanjut:
https://www.aia.com.my/en/help-support/premium-payment.html

Tarikh pembayaran premium anda tidak boleh diubah. Walau bagaimanapun, anda boleh memohon untuk mengubah kekerapan bayaran premium sama ada berdasarkan bulanan, suku tahunan, dua kali setahun atau tahunan bergantung kepada pelan yang anda miliki.

Anda boleh melihat tarikh akhir premium / caruman anda melalui AIA+ di bahagian "Individual Plans". Sebagai alternatif, anda juga boleh

Pengesahan pembayaran akan dihantar melalui notifikasi AIA+ / SMS / E-mel kepada anda. Secara alternatif, anda juga boleh menyemak butiran pembayaran melalui AIA+.

Klik "Transaction History" dan kemudian klik "My Payments". Seterusnya, klik "View Transaction History" dan klik pada "Payment History".

Nota: Berdasarkan rekod nombor telefon bimbit/alamat e-mel dengan AIA+. Sila pastikan maklumat hubungan anda dalam rekod AIA adalah tepat dan terkini.

Anda boleh menyemak kaedah pembayaran melalui AIA+. Klik "Individual Plans" dan klik pada "Policy Details".

Debit Terus bermaksud anda telah mendaftar untuk potongan automatik untuk premium / caruman daripada kad debit / kredir atau akaun simpanan / semasa anda.

Pengebilan Terus (Tunai) bermaksud anda membayar premium / caruman anda melalui saluran alternatif lain seperti perbankan dalam talian atau AIA+.

1. Pembayaran menggunakan kad kredit / debit:

  • Kad adalah sah dan masih belum melepasi tarikh luput
  • Had kredit/pembelian mencukupi
  • Penetapan kad debit membolehkan transaksi "card-not-present (CNP)"

2. Pembayaran melalui akaun simpanan / semasa:

  • Baki akaun yang mencukupi
  • Untuk pendaftaran debit terus, sila pastikan tandatangan, nama dan kad pengenalan anda adalah sepadan dengan maklumat pembukaan akaun bank anda.

3. Pembayran dalam talian melalui M2U/PBE/JomPay:

  • Baki akaun yang mencukupi
  • Pilih Kod Pengeluar Bill (Biller Code) yang betul
  • Isikan Rujukan 1 dan Rujukan 2 atau butiran pembayaran dengan betul dan lengkap.