pageheroimage

Gadai Janji

Pinjaman Kediaman & Pinjaman Kedai

Kelayakan & Syarat

Individu warganegara Malaysia.

  • Perniagaan Sendiri - perniagaan hendaklah telah ditubuhkan sekurang-kurangnya selama 3 tahun dengan mencatat keuntungan sepanjang tempoh operasi.

Penduduk tetap atau warga asing.

  • Terhad untuk pembiayaan pembelian hartanah sahaja.
  • Telah bermaustatin dan bekerja di Malaysia sekurang-kurangnya selama 3 tahun dengan permit kerja yang sah.
  • Sekiranya berkahwin dengan pasangan Malaysia, pasangan itu dikehendaki menjadi pemohon bersama.

Bagi pembelian baharu, MOF adalah berasaskan Nilai Pasaran Terbuka (OMV) atau harga belian bagi hartanah, mana-mana yang terendah. Bagi pembiayaan semula, MOF adalah berdasarkan OMV. OMV akan berasaskan laporan penilaian yang disediakan oleh panel penilai kami.

Anda boleh merujuk kepada jadual di bawah mengenai peratus MOF yang diberikan kepada hartanah kediaman dan komersial:

Jenis Hartanah Pembelian Baharu Pembiayaan Semula
Kediaman MOF sehingga 90% MOF sehingga 80%
Komersial MOF sehingga 80% MOF sehingga 70%

Pengecualian boleh dipertimbangkan mengikut kesesuaian kes.

Bagi hartanah kediaman, tempoh pinjaman adalah sehingga 35 tahun atau sehingga usia 70 tahun, mana-mana yang terdahulu. Bagi hartanah komersial, tempoh pinjaman adalah sehingga 30 tahun atau sehingga usia 65 tahun, mana-mana yang terdahulu.

Kami membiayai hartanah kediaman bertanah sepenuhnya seperti rumah setingkat, rumah berangkai dua tingkat, rumah separuh berkembar, banglo, kondominium, pangsapuri dan lain-lain. Nilai pasaran minimum adalah RM200,000 dan jumlah pinjaman minimum adalah RM150,000. Kami juga membiayai hartanah kediaman dalam pembinaan oleh Projek dan Pemaju terpilih.

AIA juga membiayai hartanah komersial seperti lot kedai yang telah siap di kawasan terpilih dengan nilai pasaran minimum RM500,000 dan jumlah pinjaman minimum sebanyak RM300,000. Kami juga membiayai hartanah komersial dalam pembinaan oleh Project and Pemaju terpilih.

Untuk butiran lanjut, sila berhubung dengan Perancang Hayat AIA.

Ya, anda boleh. Walau bagaimanapun, anda digalakkan membeli Insurans Gadai Janji Berkelompok AIA dengan Tempoh Berkurangan atau Polisi Hayat AIA bagi mendapatkan pinjaman.

Kami menggalakkan suami dan isteri membuat permohonan bersama. Walau bagaimanapun, kami turut mempertimbangkan permohonan tunggal mengikut kesesuaian kes.

Ya, laporan penilaian diperlukan oleh panel penilai sebaik sahaja pinjaman diluluskan.

Laporan penilaian boleh dikecualikan untuk hartanah baru siap yang dibeli secara langsung daripada pemaju atas budi bicara kami.

Ya, tertakluk kepada kelulusan.

Umum

Tidak.

Kami boleh menghubungi anda dengan Perancang Insurans Hayat AIA kami. Sila tinggalkan butiran diri anda dengan mengklik pautan ini atau panggil kami di 1300 88 1899.

Anda boleh rujuk jadual dibawah untuk senarai yuran dan caj.

No Jenis Jumlah
1 Penyata Penebusan RM50.00 bagi setiap permohonan
2 Permohonan untuk menghentikan pembayaran/penggantian cek RM10.00 bagi setiap permohonan
3 Permohonan bagi salinan fotostat pinjaman atau dokumen sah RM20.00 bagi setiap permohonan
4 Permohoman surat pengesahan pengeluaran KWSP RM20.00 bagi setiap permohoman
5
Permohonan untuk salinan tambahan penyata pinjaman (cetakan);
  • Permohonan kali pertama
  • Permohonan seterusnya
RM2.00 (setiap bulan, bagi setiap permohonan)
RM10.00 (setiap bulan, bagi setiap permohonan)
6 Permohonan untuk variasi harga RM40.00

 

Anda boleh menghantar emel kepada kami di my.loan@aia.com atau menghubungi Care Line kami di talian 1300 88 1899.

Penyata Pinjaman Perumahan

Untuk pendaftaran di AIA+, sila ikut turutan seperti dibawah :-

  1. Log masuk ke AIA|MY.
  2. Cari AIA+ dan pilih Pelanggan -> Log Masuk
  3. Pilih "Register Now"
  4. Lengkapkan keempat-empat halaman di "Register For AIA+"

Nota: Hanya peminjam utama boleh daftar.

Pembayaran Balik

Anda boleh membuat pembayaran balik pinjaman perumahan anda melalui:

  • Pembayaran di kaunter di mana-mana Pusat Khidmat Pelanggan kami.

  • Pembayaran atas talian melalui bank selain Maybank.

    Sila pastikan AIA Bhd. merupakan benefisiari dan rujukan adalah lengkap dan betul. Berikut merupakan butiran yang diperlukan yang perlu anda isi semasa transaksi atas talian.

    Benefisiari/ Penerima / Bank Kutipan : Maybank
    Nama Benefisiari/ Penerima : AIA Bhd
    Nombor Akaun Benefisiari/ Penerima : 514011997003
    Rujukan Benefisiari / Penerima : 855xxxxxxxM
    Jenis Transaksi : Bayaran Balik Pinjaman

    Pembayaran akan direkodkan dalam tempoh masa tiga hari bekerja dengan syarat semua maklumat yang diperlukan adalah betul.

  • Arahan tetap dengan Maybank

    Ini hanya boleh digunakan bagi pembayaran balik secara bulanan untuk pinjaman perumahan tersebut.
    Pembayaran hendaklah dibuat kepada:-

    Bank Kutipan : Maybank
    Akaun Kutipan AIA : 5140 1199 7003

    Sila pastikan anda menyatakan nombor pinjaman perumahan anda. Memandangkan pembayaran bulanan akan menjadi tertunggak pada hari pertama setiap bulan, kami menasihati anda agar menetapkan arahan tetap tersebut kepada 10 hari sebelum tarikh akhir.

  • Pembayaran atas talian melalui Maybank2u

  • Pembayaran di kaunter di mana-mana pusat perkhidmatan Maybank

    Kami tidak mengeluarkan resit apabila anda membayar pinjaman perumahan anda di pusat perkhidmatan Maybank atau melalui Maybank2u. Slip deposit bank atau penyata transaksi atas talian adalah dianggap bukti pembayaran.

     

Anda perlu melakukan perkara berikut:

  1. Klik pada pautan ini dan muat turut borang penyelesaian.
  2. Isikan butiran dan hantar kepada kami di my.loan@aia.com

Kami akan memproses permohonan anda dalam tempoh lima (2) hari bekerja.

Anda perlu melakukan perkara berikut:

  1. Klik pada pautan ini dan muat turun borang Permohonan KWSP.
  2. Isikan butiran dan hantar kepada kami di my.loan@aia.com

Kami akan memproses permohonan anda dalam tempoh tujuh (5) hari bekerja.

Tempoh ihsan adalah selama tujuh (7) hari kalendar. Kami akan mengenakan faedah ke atas bayaran yang dibuat selepas tempoh ihsan. Jadual tarikh cukup tempoh pembayaran adalah seperti berikut:

Status Pinjaman Jenis Pembayaran Tarikh Cukup Tempoh
Pinjaman dikeluarkan SEPENUHNYA Ansuran Bulanan Hari pertama setiap bulan
Pinjaman dikeluarkan SEBAHAGIAN Faedah Progresif Hari ke 14 setiap bulan

Insurans

Insurans Kebakaran

Anda boleh membayar melalui:

  • Auto debit Visa / Mastercard.
    • Ia akan mengambil lebih kurang satu minggu untuk permintaan ini diluluskan.
  • Pembayaran di kaunter di mana-mana Pusat Khidmat Pelanggan kami.
  • Pembayaran atas talian melalui Maybank2u

Kami menasihati anda agar membuat pembayaran premium anda pada masa yang ditetapkan supaya anda tidak dikenakan sebarang caj pembayaran lewat. Kami akan mengenakan caj faedah ke atas jumlah premium yang tertunggak sekiranya kami tidak menerima pembayaran selepas 50 hari dari tarikh polisi berkuatkuasa, sebagaimana yang dinyatakan dalam Jadual Polisi bagi Polisi Insurans Kebakaran anda.

Perlindungan Hayat / MRTA

Apabila anda membeli polisi insurans, anda memindahkan risiko kerugian kewangan potensi kepada syarikat insurans sebagai pertukaran dengan bayaran. Syarikat insurans tersebut sebaliknya, berjanji untuk memberi anda bantuan kewangan jika anda berhadapan dengan kerugian di luar jangkaan.

Perlindungan insurans sepatutnya menjadi elemen penting perancangan kewangan anda.

Kami sentiasa gigih memastikan masa depan yang cerah dan gaya hidup yang boleh dinikmati. Sambil berusaha mencapai matlamat kewangan, kami tidak lupa untuk melindungi apa yang telah kami capai.

Ya. Walau bagaimanapun, perlindungan polisi tersebut mesti sama dengan jumlah pinjaman.

Kami mempunyai pelbagai jenis polisi hayat untuk memenuhi keperluan anda. Malah, anda boleh memilih Insurans Gadai Janji Berkelompok dengan Tempoh Berkurangan yang hanya memerlukan anda membayar satu bayaran sekaligus dan kami akan melindungi anda bagi keseluruhan tempoh pinjaman.