pageheroimage

E-Bayaran (Bayaran Manfaat)

E-Bayaran (Bayaran Manfaat)

  • Lebih cepat – Dana boleh diperoleh pada hari yang sama atau selewat-lewatnya sehari selepas tarikh pembayaran. 
  • Mudah – Tidak perlu pergi sendiri dan mendeposit cek di bank kerana pembayaran dikredit terus ke dalam akaun bank anda. 
  • Lebih selamat – Tersalah letak, kehilangan, penipuan atau cek luput tarikh tidak lagi menjadi masalah.

Tidak, perkhidmatan tersebut adalah percuma.

Anda perlu melengkapkan borang kebenaran berkaitan seperti yang dinyatakan dalam jadual di bawah. Anda perlu menyediakan maklumat akaun bank anda kepada AIA Bhd. berserta dokumen-dokumen sokongan lain yang diperlukan apabila anda memilih E-bayaran. 

Dokumen-dokumen asal berikut adalah perlu untuk tujuan pengesahan dan salinannya hendaklah diserahkan:

  • Penyata bank; ATAU 
  • Buku akaun bank; ATAU 
  • Surat bercop daripada bank anda yang mengesahkan butiran akaun bank anda.

Anda boleh memilih mana-mana akaun simpanan atau akaun semasa anda yang sedia ada dan didaftarkan di bawah nama anda. Akaun simpanan atau akaun semasa tersebut hendaklah dibuka dan disenggara di salah satu institusi kewangan yang menawarkan perkhidmatan MEPS Inter-Bank Giro (IBG). Bagi pembayaran kepada polisi-polisi yang mempunyai nama bersama, satu akaun bank bersama perlu dikemukakan kepada AIA Bhd. dan bukan akaun bank individu.

Sila rujuk laman sesawang di bawah untuk senarai terkini ahli-ahli IBG:
http://www.myclear.org.my/faqs/interbank-giro-faqs/

Ya, anda dibenarkan menukar butiran akaun bank anda dengan menghantar Borang Kebenaran yang berkaitan berserta dokumen-dokumen sokongan yang diperlukan untuk menyokong permohonan anda kepada AIA Bhd. Tiada kos akan dicaj untuk tujuan ini. 

Pembayaran akan dilakukan secara elektronik ke dalam akaun bank anda oleh AIA Bhd. apabila anda telah menerima pemberitahuan daripada bank, (pemberitahuan umum akan dihantar kepada anda antara 2 – 3 hari dari tarikh transaksi polisi diluluskan)

Ya, satu pemberitahuan bank akan dihantar kepada anda sebaik sahaja kiriman wang telah dibayar ke dalam akaun bank benefisiari anda.

Butiran akaun bank dan maklumat berkaitan anda yang lain:

  • Akan digunakan hanya untuk tujuan memungkinkan pembayaran dengan mengkredit akaun bank anda secara langsung: dan
  • Dilindungi di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 yang menegah sekeras-kerasnya pendedahan maklumat tersebut kepada mana-mana individu melainkan kebenaran bertulis telah diberikan oleh pelanggan atau wakil peribadi beliau. Anda juga perlu maklum bahawa, dengan menandatangani borang yang berkaitan dengan pemberian maklumat akaun bank anda, anda telah memberi kebenaran untuk pendedahan maklumat akaun bank anda kepada pihak-pihak berkaitan untuk tujuan pembayaran kepada anda, contohnya syarikat insurans, institusi kewangan.

Jika dana tidak boleh dibayar ke dalam bank akaun anda, sebagai contoh  atas sebab nombor akaun salah, akaun tidak aktif atau ditutup, akan terjadi kelewatan dalam proses pembayaran. Untuk mengelakkan isu ini daripada berlaku, sila pastikan maklumat akaun bank yang betul dan masih aktif diberikan kepada AIA Bhd. Jika tidak, AIA Bhd akan mengatur supaya bayaran dikeluarkan kepada anda melalui cek.

Sekiranya anda mahukan agar  semua pembayaran dibuat kepada satu akaun bank yang sama, anda perlu memaklumkan perkara ini kepada AIA Bhd. semasa penyerahan Borang Pemberian Kuasa (satu borang untuk satu akaun bank) atau semasa anda menyertai polisi tersebut.

Semua wang yang kena dibayar kepada pemegang polisi dalam kes kematiannya akan dibayar kepada pentadbir harta atau benefisiari yang dinamakan.   

Semasa anda membeli polisi atau beberapa polisi dengan AIA Bhd., anda boleh memaklumkan kepada kami bahawa anda mahu semua tuntutan anda, pembayaran polisi dan sebarang pengembalian semula bayaran lain di buat melalui e-bayaran berserta dokumen-dokumen sokongan. Menerusi aturan ini anda tidak perlu maklumkan kepada AIA Bhd. setiap kali anda membuat tuntutan atau memohon pembayaran Walau bagaimanapun, anda perlu sentiasa mengemaskini butiran akaun anda dengan kami jika berlaku sebarang perubahan.

E-bayaran adalah cara pembayaran paling efisien dan selamat. Walau bagaimanapun, jika anda tidak berhasrat untuk menerima bayaran secara langsung ke dalam akaun bank, anda tidak perlu mengemukakan butiran akaun bank anda. Pembayaran masih akan di buat kepada anda dalam bentuk cek.

Pembayaran anda boleh dibuat melalui TT kepada akaun bank asing anda dengan syarat semua dokumen sokongan hendaklah dikemukakan kepada AIA Bhd. Walau bagaimanapun, adalah sentiasa dinasihatkan bagi seseorang pekerja, sama ada warganegara Malaysia atau pekerja asing, untuk membuka akaun bank tempatan

Untuk sebarang pertanyaan, sila berhubung dengan Perancang Hayat anda atau hubungi Care Line kami di talian 1300 88 1899 atau kunjungi cawangan kami yang berhampiran.