pageheroimage

Tuntutan & Surat Jaminan

Tuntutan

Anda boleh memuat turun borang tuntutan di sini. Anda perlu mengisi borang tersebut, termasuk bahagian maklumat bank. Bahagian ini penting kerana kami akan memasukkan jumlah tuntutan yang diluluskan ke dalam akaun bank anda melalui e-bayaran. Apabila anda telah melengkapkan borang tersebut, anda boleh menyerahkannya berserta dengan dokumen yang perlu kepada Perancang Hayat anda atau di mana-mana Pusat Pelanggan kami.

Anda boleh memeriksa status tuntutan dengan mendaftar sebagai pengguna di portal pelanggan kami di aplikasi AIA+. Sila klik di pautan ini untuk mendaftar. Anda juga boleh bertanya kepada Perancang Hayat anda, lawati mana-mana Pusat Pelanggan kami atau hubungi CareLine kami di 1300 88 1899 (untuk polisi dengan AIA Bhd) atau 1300 88 8922 (untuk sijil dengan AIA PUBLIC).

Ya. Serahkan dokumen tuntutan anda termasuk slip penyata, salinan asal bil-bil, surat kebenaran dan resit-resit rasmi oleh pihak pembayar lain kepada kami.

Tidak, anda mesti mengemukakan bil atau resit asal daripada hospital untuk pembayaran balik perubatan. Jika anda menuntut untuk baki yang tidak dibayar oleh insurans lain, sila kemukakan tuntutan anda sebaik sahaja dokumen-dokumen telah dipulangkan kepada anda.

Kemukakan dokumen-dokumen asal kepada ketua agensi AIA atau mana-mana kakitangan AIA yang dibenarkan  di mana-mana Pusat Khidmat Pelanggan kami. Mereka akan membantu untuk membuat salinan-salinan terhadap dokumen-dokumen asal. Sebaik sahaja verifikasi ini selesai, anda boleh mengemukakan salinan dokumen-dokumen yang diakui sah bersama borang tuntutan. 

Sila kemukakan dokumen-dokumen sokongan berikut bersama borang tuntutan anda:

  1. Pecahan pembayaran mengikut caj dan penerangan.
  2. Nama preskripsi ubatan.
  3. Tempohan bekalan ubatan.
  4. Kami boleh meminta dokumen atau maklumat tambahan sekiranya perlu.

Perkara-perkara berikut lazimnya tidak diliputi:

  1. Caj telefon
  2. Surat khabar
  3. Caj-caj pelbagai
  4. Yuran laporan perubatan
  5. Cermin mata, alat atau peralatan bantu dengar

Insurans Bersama pada asasnya bermaksud anda bersetuju untuk berkongsi kos perkhidmatan penjagaan kesihatan dengan syarikat insurans anda. Anda perlu membayar peratusan yang ditetapkan daripada perbelanjaan perubatan sebelum insurans perubatan anda mula membuat bayaran.

Bagi perbelanjaan perubatan di luar negara, sila hantar tuntutan anda berserta dokumen yang diperlukan. Sila rujuk senarai semak dalam borang tuntutan untuk mengetahui dokumen yang diperlukan untuk memproses tuntutan anda.

Kami memerlukan surat daripada Jabatan Pendaftaran Negara Malaysia untuk mengesahkan kematian. Kami juga memerlukan salinan sijil kematian yang disahkan yang dikeluarkan oleh negara di mana Individu Diinsuranskan tersebut meninggal dunia.

Sila hubungi AIA Care Line di talian 1300 88 1899 atau AIA PUBLIC Care line di talian 1300 88 8922 (bagi pelan Takaful).

Prosedur Kemasukan Hospital / Penjagaan Harian

Kemasukan Hospital Terancang ialah kemasukan hospital yang disyorkan oleh pakar yang merawat anda. Berikut ialah tatacara Kemasukan Hospital Terancang apabila anda mempunyai insurans / takaful perubatan dengan AIA:

  • Anda boleh meminta Surat Jaminan (GL) untuk membiayai perbelanjaan perubatan bagi kemasukan di hospital panel AIA dan tidak perlu menjelaskan perbelanjaan tersebut sendiri.
  • Kemudian, anda perlu menandatangani Borang Pra Kebenaran (PAF) untuk memberikan persetujuan anda. Bahagian Kemasukan perlu diisi oleh pakar yang merawat anda.
  • Borang ini diisi oleh hospital panel menerusi portal AIA yang disediakan khusus untuk memohon kelulusan GL.
  • Anda akan dimaklumkan oleh pihak hospital setelah GL dikeluarkan, dan selepas itu kemasukan hospital akan diuruskan dengan lancar.

Kemasukan Hospital akibat Kecemasan atau Kemasukan Tidak Terancang ialah apabila kemasukan hospital yang perlu dibuat serta-merta atau kemasukan hari yang sama diperlukan selepas rundingan dengan pakar. Kemasukan Hospital Akibat Kecemasan dilakukan seperti berikut:

  • Proses permohonan kemudahan Surat Jaminan (GL) adalah sama seperti Kemasukan Terancang, tetapi proses kelulusan akan diutamakan.
  • AIA akan memberikan jawapan dalam tempoh masa yang ditetapkan, bergantung kepada bila pihak hospital mengemukakan permohonan GL.
  • Pengeluaran GL adalah tertakluk kepada perlindungan polisi / sijil anda dan juga terma dan syaratnya.
  • Sekiranya GL tidak dikeluarkan, anda perlu membayar sendiri perbelanjaan hospital yang dikenakan.

Proses pra kebenaran dilakukan sebelum kemasukan hospital untuk menentukan sama ada manfaat polisi insurans / sijil takaful anda boleh menampung anggaran perbelanjaan yang akan dikenakan bagi kemasukan hospital.

  • Bahagian Kemasukan di dalam Borang Pra Kebenaran akan diisi oleh pakar yang merawat.
  • Di dalam PAF, maklumat yang diperlukan ada;ah termasuk keadaan perubatan anda dan sebab bagi kemasukan hospital.
  • Anda perlu memberikan persetujuan anda dan menandatangani PAF. Setelah diisi, borang akan dihantar oleh pihak hospital menerusi portal AIA yang ditetapkan.
  • Jika kemasukan hospital memenuhi terma dan syarat perlindungan polisi / sijil anda, AIA akan memberi pra kebenaran untuk tuntutan tersebut dan memberikan Surat Jaminan awal kepada pihak hospital.

Surat Jaminan (GL) ialah perjanjian kemudahan kredit antara AIA dan hospital panelnya bagi penjelasan tuntutan kemasukan hospital anda. Perbelanjaan hospital yang dilindungi oleh manfaat polisi / sijil dibayar secara terus oleh AIA kepada hospital dan anda tidak perlu membayar dahulu, sekaligus memberi anda ketenangan fikiran dalam soal keperluan penjagaan kesihatan anda.

Berikut adalah maklumat yang perlu diberi perhatian:

  • Kemudahan GL disediakan sebagai perkhidmatan nilai tambah kepada anda di hospital swasta terpilih (hospital panel AIA).
  • AIA berhak untuk tidak menawarkan kemudahan GL jika kemasukan hospital atau tuntutan perubatan adalah tidak patut dibayar (non-payable) atau tidak dilindungi di bawah terma dan syarat polisi / sijil perubatan anda.
  • Untuk kebanyakan Polisi / Sijil Perubatan Individu, kemudahan GL hanya disediakan untuk tuntutan kemasukan hospital (anda dimasukkan ke hospital) dan bukannya untuk prosedur pesakit luar.

Prosedur Pesakit Luar Prosedur Penjagaan Harian
  • Prosedur kecil
  • Tidak memerlukan bilik pembedahan
  • Boleh dilakukan oleh doktor atau pakar di klinik atau bilik rawatan di klinik.
  • Pembedahan kecil
  • Dilakukan oleh pakar di bilik pembedahan atau kemudahan yang setara dengan sokongan pasukan klinikal.
  • Tempoh pemulihan yang singkat dan keluar pada hari yang sama.

Kemudahan Surat Jaminan (GL) disediakan untuk anda apabila anda menjalani prosedur penjagaan harian di hospital panel AIA. Memandangkan prosedur penjagaan harian tidak memerlukan anda bermalam di hospital, anda tidak perlu bimbang tentang kemungkinan tidak menerima GL jika anda tidak dimasukkan ke hospital.

Jika anda dimasukkan ke hospital panel AIA, semua prosedur untuk mendapatkan Surat Jaminan (GL) akan dilakukan oleh kakitangan pendaftaran masuk hospital yang berurusan terus dengan AIA. Jika anda ingin mendapatkan khidmat penjagaan kesihatan di hospital bukan panel, anda perlu menjelaskan sepenuhnya perbelanjaan kemasukan hospital dan mengemukakan tuntutan bayaran balik selepas itu.

NOTA: Bantuan daripada Perancang Hayat tidak diperlukan kerana AIA akan mengendalikan seluruh proses. Perancang Hayat akan dimaklumkan tentang status GL pelanggan

Faktor yang dipertimbangkan bagi pemprosesan Surat Jaminan (GL) termasuk (tetapi tidak terhad kepada):

  • Terma, syarat dan manfaat polisi / sijil
  • Sejarah perubatan
  • Umur
  • Jantina
  • Diagnosis
  • Jenis rawatan

Apabila GL Awal diberikan, ini bermakna AIA telah memberikan pra kebenaran bagi tuntutan berasaskan maklumat yang diberikan sebelum anda dimasukkan ke hospital dan jaminan tertakluk kepada rawatan sebenar yang diperlukan semasa berada di hospital. GL Akhir bermaksud tuntutan kemasukan hospital telah diluluskan dan perbelanjaan sebenar yang ditanggung dan dilindungi akan dibayar kepada hospital. Anda perlu membayar sebarang perbelanjaan yang tidak dilindungi kepada hospital sebelum meninggalkan hospital.

AIA berhak untuk menilai semula kelulusan dalam keadaan di mana rawatan sebenar berbeza daripada apa yang dinyatakan dalam GL Awal yang diberikan menerusi proses pra kebenaran terlebih dahulu.

Surat Jaminan (GL) mungkin tidak diberikan kerana salah satu daripada sebab dan senario berikut:

Senario 1: Tuntutan kemasukan hospital tidak diluluskan jika:

  • Penuntut atau pesakit tidak dilindungi di bawah polisi / sijil
  • Polisi / sijil tidak berkuat kuasa
  • Terdapat pengecualian polisi / sijil
  • Terdapat pengecualian Orang Diinsuranskan / Dilindungi
  • Tempoh menunggu 30 hari
  • Tempoh menunggu 120 hari
  • Keadaan kongenital
  • Keadaan berkaitan kehamilan
  • Penyakit psikiatrik
  • Rawatan kosmetik
  • Keadaan berkaitan pergigian
  • Rawatan bersifat penyiasatan dan/atau eksperimen
  • Rawatan boleh diberikan sebagai pesakit luar dan tidak memerlukan kemasukan hospital

Senario 2: AIA tidak dapat memberikan pra kebenaran dan anda perlu membayar perbelanjaan kemasukan hospital secara sepenuhnya dan juga mengemukakan tuntutan bagi pemprosesan dan pembayaran balik selepas diluluskan.

  • Terdapat keperluan untuk menyiasat jika anda menghidap penyakit sedia ada yang tidak diisytiharkan semasa permohonan polisi / sijil.
  • Manfaat kemudahan tanpa tunai mungkin tidak disediakan untuk polisi tertentu.

Semua hospital swasta di Malaysia memerlukan pesakit membayar deposit sebelum dimasukkan ke hospital. Berikut ialah maklumat yang perlu anda tahu tentang Deposit Hospital:

  • Jumlah deposit berbeza-beza mengikut hospital dan deposit kemasukan ini lebih tinggi bagi kemasukan hospital tanpa Surat Jaminan (GL).
  • Sebelum dibenarkan keluar, hospital akan mendapatkan GL akhir yang menyatakan jumlah perbelanjaan yang perlu anda tanggung sendiri, jika ada.
  • Hospital boleh menggunakan deposit untuk menjelaskan perbelanjaan yang tidak dilindungi di bawah polisi / sijil anda.
  • Jika anda dimasukkan ke mana-mana hospital Platinum AIA, deposit tidak perlu dibayar semasa mendaftar masuk jika GL awal telah diperolehi.
  • Untuk perbelanjaan tambahan yang ditanggung semasa kemasukan hospital atau sebelum keluar, hospital boleh meminta anda memberikan satu bentuk deposit untuk memastikan anda mempunyai sumber kewangan untuk menampung perbelanjaan tidak dilindungi, jika ada.

Prosedur Pesakit Luar Prodesur Penjagaan Harian
  • Prosedur kecil
  • Tidak memerlukan bilik pembedahan
  • Boleh dilakukan oleh doktor atau pakar di klinic atau bilik rawatan di dalam klinik.
  • Penbedahan kecil
  • Dilakukan oleh pakar di dalam bilik pembedahan atau kemudahan yang setara dengan sokongan pasukan klinikal.
  • Tempoh pemulihan yang singkat dan keluar pada hari yang semua.

Jika polisi /sijil anda mempunyai peruntukan insurans bersama / takaful bersama ataupun deduktibel, ini bermakna anda perlu berkongsi kos perbelanjaan perubatan anda dengan AIA.

  • Insurans bersama / takaful bersama ialah peratus perbelanjaan perubatan yang perlu anda bayar manakala kos lain ditanggung oleh polisi / sijil perubatan anda.
  • Deduktibel ialah jumlah bayaran terdahulu yang dipersetujui yang perlu anda buat untuk menanggung perbelanjaan perubatan anda sebelum insurans / takaful perubatan anda diguna pakai.

Setelah anda pulih dan cukup sihat untuk keluar dari hospital, anda perlu menunggu untuk proses ini disempurnakan. Untuk memahami mengapa proses mengambil masa, berikut adalah keterangan tentang proses keluar hospital:

  • Terlebih dahulu, doktor perlu mengisi Bahagian Keluar Hospital dalam Borang Pra Kebenaran (PAF) asal (Maklumat yang diperlukan termasuk diagnosis semasa keluar, apakah rawatan yang disediakan dan prosedur yang dilakukan).
  • Kakitangan penyediaan bil hospital akan mengesahkan semua perbelanjaan untuk mengeluarkan Bil Akhir (invois hospital).
  • Kakitangan penyediaan bil hospital akan mengumpulkan semua dokumen (PAF lengkap, Bil Akhir dengan senarai terperinci, salinan laporan pengimejan dan makmal) dan menyediakannya dalam format digital yang sesuai sebelum menghantar kepada AIA menerusi portal yang ditetapkan.
  • Apabila AIA menerima dokumentasi lengkap, penaksir tuntutan kami akan melakukan penilaian tuntutan dan menentukan perbelanjaan yang dilindungi tertakluk kepada manfaat, terma dan syarat polisi / sijil. Di samping itu, kami juga akan menyemak caj hospital untuk memastikan ianya adalah munasabah dan lazim.
  • Jika terdapat keperluan untuk pengesahan atau pertanyaan tentang rawatan atau caj, AIA akan merujuk kembali kepada hospital dan menunggu jawapan mereka.
  • Jika tiada isu lain, tuntutan dianggap diproses dan AIA akan mengeluarkan GL Akhir kepada hospital, memaklumkan kepada mereka tentang perbelanjaan yang dilindungi dan yang tidak dilindungi (jika ada).
  • Hospital kemudian akan melaksanakan proses keluar hospital selepas menerima pengesahan GL.

Anda disyorkan untuk melakukan perkara berikut:

  • Meminta satu salinan invois hospital bersama senarai perbelanjaan terperinci.
  • Sahkan sebarang caj yang anda dapati dalam bil terperinci yang tidak anda gunakan di wad.
  • Sahkan bahawa caj kunjungan doktor adalah menurut bilangan rundingan anda dengan doktor.
  • Dapatkan penerangan daripada kakitangan hospital di kaunter keluar hospital jika ada sebarang kemusykilan.
  • Minta pindaan dibuat serta-merta sekiranya terdapat sebarang kesilapan di dalam bil.

AIA bekerjasama dengan rangkaian hospital swasta yang meluas di seluruh negara untuk memberikan ketenangan fikiran kepada pelanggan bagi mendapatkan perkhidmatan penjagaan kesihatan di mana sahaja mereka berada.

Rangkaian Hospital Platinum AIA terdiri daripada hospital terpilih dalam kalangan hospital panel AIA. Hospital ini disyorkan oleh AIA kepada pelanggan kami kerana memenuhi kriteria tertentu seperti kualiti, kemampuan dan pengalaman pelanggan. Pelanggan juga boleh menikmati manfaat tambahan seperti:

  • Yuran pentadbiran yang dikecualikan
  • Sewaktu mendaftar masuk, hospital tidak akan meminta deposit daripada pesakit yang telah mendapatkan kelulusan GL
  • Masa menunggu lebih singkat kerana pemprosesan GL diberi keutamaan
  • Kadar eksklusif seperti diskaun bagi pakej pemeriksaan kesihatan dan perkhidmatan nilai tambah lain

Untuk mendapatkan senarai Hospital Panel AIA, anda boleh:

  • Melayari laman web AIA sini
  • Menggunakan "Panel Locator" di aplikasi AIA+
  • Menghubungi Talian Khidmat Pelanggan kami di 1-300-88-1899

Lawatan Selepas Penghospitalan

Individu

Ini adalah perkhidmatan Surat Jaminan untuk pemegang polisi/sijil perubatan individu yang membolehkan mereka memilih lawatan tanpa tunai (cashless visit) untuk rawatan/penjagaan selepas penghospitalan.

Para pelanggan boleh memohon dengan mudah melalui aplikasi AIA+

  • Klik "Guarantee Letter", pilih tarikh lawatan dan isikan maklumat yang diperlukan
  • Sekiranya terdapat Surat Jaminan discaj yang sah untuk penghospitalan yang lalu yang layak untuk mendapatkan pengeluaran Surat Jaminan bagi rawatan susulan, pilhan “Post Hospitalisation” akan dipaparkan.
  • Pilih “Post Hospitalisation” dari senarai
  • Pilih nombor surat jaminan penghospitalan yang betul untuk lawatan bagi rawatan susulan selepas penghospitalan anda.

(Nota: Beberapa pilihan rekod akan dipaparkan sekiranya terdapat lebih daripada satu penghospitalan yang layak untuk permohonan Surat Jaminan)

  • Muat naik imej kad /surat janji temu rawatan susulan dan hantar permohonan anda.

Sila klik di sini untuk lihat langkah-langkah permohonan

Anda disarankan untuk momohon Surat Jaminan tujuh (7) hari sebelum tarikh janji temu.

Jika situasi ini berlaku, hospital panel yang berkenaan boleh menghantar permohonan Surat Jaminan Selepas Penghospitalan kepada AIA bagi pihak pelanggan.

Tidak, Surat Jaminan Selepas Penghospitalan hanya menanggung kos rawatan daripada doktor yang merawat seperti yang dinyatakan dalam Surat Jaminan Selepas Penghospitalan.

Anda akan menerima notifikasi melalui aplikasi AIA+. Sila klik di sini untuk melihat tangkap layar (screen shot) yang berkenaan.

Klik pada ikon loceng di bahagian atas sebelah kanan papan pemuka utama aplikasi AIA+. Anda akan dibawa ke “My Inbox”. Notifikasi berkenaan status Surat Jaminan akan dipaparkan di bahagian “Statements & Letters”.

Surat Jaminan Selepas Penghospitalan hanya sah untuk rawatan susulan selepas berlakunya penghospitalan. Anda hanya akan dapat melihat pilihan Surat Jaminan tersebut sekiranya:

  • Anda dimasukkan ke hospital dengan pengeluaran Surat Jaminan akhir bagi discaj anda dari 23 Jun dan seterusnya; dan
  • Tarikh janji temu anda adalah dalam tempoh sah bagi tempoh rawatan susulan seperti yang dinyatakan dalam kontrak polisi/sijil anda.

Tidak. Anda hanya perlu menunjukan notifikasi dalam aplikasi AIA+ anda semasa proses pendaftaran di hospital.

Tidak. Perancang Hayat tidak dibenarkan membuat permohonan bagi pihak anda. Surat Jaminan Selepas Penghospitalan hanya boleh dimohon oleh anda.

Korporat

AIA akan memperkenalkan ciri baharu iaitu “Satu Surat Jaminan bagi setiap Lawatan Selepas Penghospitalan”. Ahli perlu memohon Surat Jaminan yang baharu untuk setiap lawatan bagi rawatan susulan dengan doktor yang merawat selepas penghospitalan. Proses ini adalah untuk memastikan pengunaan manfaat ahli sentiasa dikemaskini yang dapat memberikan pengalaman yang lebih mudah and lancar semasa lawatan yang seterusnya. Terpakai untuk lawatan penghospitalan / pesakit luar berkuatkuasa dari 23 Jun 2022 dan seterusnya.

Para pelanggan boleh memohon dengan mudah melalui aplikasi AIA+.

  • Klik “Guarantee Letter", pilih tarikh lawatan dan isikan maklumat yang diperlukan
  • Sekiranya terdapat Surat Jaminan discaj yang sah untuk penghospitalan yang lalu yang layak untuk mendapatkan pengeluaran Surat Jaminan bagi rawatan susulan, pilhan “Post Hospitalisation” akan dipaparkan.
  • Pilih “Post Hospitalisation” dari senarai
  • Pilih nombor surat jaminan penghospitalan yang betul untuk lawatan bagi rawatan susulan selepas penghospitalan anda.

(Nota: Beberapa pilihan rekod akan dipaparkan sekiranya terdapat lebih daripada satu penghospitalan yang layak untuk permohonan Surat Jaminan)

  • Muat naik imej kad /surat janji temu rawatan susulan dan hantar permohonan anda.

Sila klik di sini untuk lihat langkah-langkah permohonan.

Ahli disarankan untuk memohon Surat Jaminan tujuh (7) hari sebelum tarikh janji temu.

Jika situasi ini berlaku, hospital panel yang berkenaan boleh menghantar permohonan Surat Jaminan Selepas Penghospitalan atau Pakar Pesakit Luar kepada AIA bagi pihak ahli.

Untuk mana-mana Surat Jaminan Akhir (Surat Jaminan Penghospitalan) yang dikeluarkan sebelum 23 Jun 2022 dan Surat Jaminan berkenaan menyatakan bahawa ia melindungi rawatan susulan selama 60 hari, ia adalah sah mengikut tempoh yang dinyatakan. Oleh itu, ahli tidak perlu membuat permohonan yang baharu.

Anda akan menerima notifikasi melalui aplikasi AIA+. Sila klik di sini untuk melihat tangkap layar (screen shot) yang berkenaan.

Klik pada ikon loceng di bahagian atas sebelah kanan papan pemuka utama aplikasi AIA+. Anda akan dibawa ke “My Inbox”. Notifikasi berkenaan status Surat Jaminan akan dipaparkan di bahagian “Statements & Letters”.

Surat Jaminan Selepas Penghospitalan hanya sah untuk rawatan susulan selepas berlakunya penghospitalan. Anda hanya akan dapat melihat pilihan Surat Jaminan tersebut sekiranya:

  • Anda dimasukkan ke hospital dengan pengeluaran Surat Jaminan akhir bagi discaj anda dari 23 Jun dan seterusnya; dan
  • Tarikh janji temu anda adalah dalam tempoh sah bagi tempoh rawatan susulan seperti yang dinyatakan dalam kontrak polisi/sijil anda.

Pilihan Surat Jaminan ini hanya sah untuk rawatan susulan jika terdapat Surat Jaminan awal yang sah dikeluarkan. Aplikasi AIA+ telah dikonfigurasikan untuk hanya memaparkannya sekiranya anda mempunyai Surat Jaminan awal yang sah untuk pengambilan ubat-ubatan yang seterusnya. Sama seperti jika anda mempunyai Surat Jaminan sah yang dikeluarkan untuk Fisiotrapi / Dialisis bagi rawatan susulan juga akan dipaparkan dalam aplikasi AIA+.

Tidak. Anda hanya perlu menunjukkan notifikasi dalam aplikasi AIA+ anda semasa proses pendaftaran di hospital.