pageheroimage

Siaran Akhbar

SIARAN AKHBAR

AIA General Berhad Bawa Pembaharuan Kepada Insurans Kereta dengan AIA Family Drive

10 Februari 2020 dot  Bacaan 7 min
  • Family Drive tawar perlindungan menyeluruh, kemudahan dan penjimatan untuk seisi keluarga
  • Insurans kereta pertama di Malaysia yang menawarkan diskaun keluarga

 

Kuala Lumpur, 10 Februari 2020 – AIA General Berhad (anak syarikat AIA Bhd.) hari ini melancarkan produk flagship pertamanya – Family Drive, sebuah pelan insurans kereta yang memberikan perlindungan menyeluruh ketika di jalan raya serta kemudahan dan penjimatan untuk pemandu-pemandu Malaysia termasuk keluarga mereka menerusi beberapa manfaat yang pertama seumpamanya dalam industri. Ia adalah insurans kereta pertama di negara ini yang menawarkan diskaun keluarga jika lebih daripada sebuah kereta diinsuranskan di bawah isi rumah yang sama.

Family Drive adalah insurans kereta komprehensif yang memberikan perlindungan asas terhadap kerugian dan kerosakan sendiri dan pihak ketiga. Namun tidak seperti pelan lain di pasaran, ia juga didatangkan dengan pelbagai ciri unik yang direka khas untuk kepentingan pelanggan:

  1. Perlindungan
    • Perlindungan Kemalangan Diri yang memastikan bahawa setiap individu yang menaiki kereta yang diinsuranskan akan dilindungi secara automatik dengan perlindungan sehingga RM250,000.
    • Perlindungan terhadap liabiliti undang-undang ke atas kecederaan, kematian dan kerosakan harta benda pihak ketiga bagi pemandu dan setiap penumpang.
    • Perlindungan automatik bagi semua pemandu yang dibenarkan tanpa sebarang kos tambahan.
  2. Kemudahan
    • Pelanggan akan menerima Elaun Kesulitan sebanyak RM600 bagi setiap kemalangan sekiranya kereta perlu dibaiki di bengkel.
    • AIA Roadside Assist menyediakan pelbagai perkhidmatan tambah nilai seperti penggantian bateri dan tayar serta penundaan kenderaan, 24/7. Pelanggan juga boleh meminta khidmat bantuan untuk membuat laporan polis serta akan diberikan baucar perkhidmatan e-hailing bagi membantu para pelanggan serta keluarga mereka pulang dengan selamat.
  3. Simpanan
    • Diskaun Keluarga sebanyak 5% jika pelanggan menginsuranskan dua atau lebih kereta dengan Family Drive.
    • Pengecualian lebihan akan diberikan jika pelanggan membaiki kereta di bengkel panel AIA, dengan jumlah kos pembaikan ditanggung sepenuhnya oleh AIA.

“Kami teruja untuk memperkenalkan Family Drive serta ciri-cirinya yang inovatif dan berorientasikan pelanggan ke dalam pasaran insurans motor. Penyelidikan pasaran yang kami jalankan telah mengenal pasti pelbagai kebimbangan pelanggan terutamanya dari segi peningkatan trend dalam kalangan mereka yang berkeluarga yang risau akan keselamatan keluarga mereka dan kesulitan yang dihadapi akibat kemalangan. Dengan penemuan ini, kami telah menghasilkan Family Drive sebagai satu langkah untuk memenuhi keperluan perlindungan para pelanggan kami di jalan raya, sekaligus memberikan mereka pengalaman pemanduan tanpa kerisauan buat seluruh keluarga.” jelas Eric Chang, Ketua Pegawai Eksekutif AIA General Berhad pada majlis pelancaran Family Drive.

Keselamatan jalan raya terus menjadi kebimbangan di Malaysia, dengan statistik terbaru menunjukkan bahawa kemalangan jalan raya merupakan punca kematian keempat tertinggi di Malaysia 1. Malah pada tahun 2018, kemalangan jalan raya adalah punca kematian utama di kalangan rakyat Malaysia yang berusia dari 15 hingga 40 tahun2. Statistik-statistik ini menunjukan keperluan untuk mengukuhkan pelan yang melangkaui pelan insurans kereta tradisional yang dapat menangani kebimbangan rakyat Malaysia menerusi tawaran ciri-ciri perlindungan yang dipertingkatkan dan perkhidmatan-perkhidmatan tambah nilai.

Family Drive juga boleh didapati dengan pelbagai pilihan manfaat tambahan yang membolehkan pelanggan meluaskan skop perlindungan mereka. Dengan manfaat Nilai Dipersetujui, para pelanggan boleh mendapatkan perlindungan terhadap penyusutan nilai kereta mereka dengan menetapkan jumlah perlindungan yang dipersetujui semasa membeli polisi tersebut. Manfaat Pengecualian Kos Penambahbaikan pula memastikan para pelanggan dilindungi terhadap sebarang kos alat ganti asli untuk kereta mereka tanpa prosedur atau dokumentasi tambahan ketika membuat tuntutan. Di samping itu, para pelanggan juga boleh memilih manfaat Bencana Alam (Peril Khas) yang melindungi kereta mereka daripada sebarang kerugian atau kerosakan yang disebabkan oleh banjir, ribut, tanah runtuh atau bencana alam sekitar.

“Family Drive adalah antara pelan dan polisi insurans inovatif yang pertama daripada pelbagai produk yang bakal dilancarkan oleh AIA General Berhad. Kami akan terus mencabar kebolehan kami untuk berinovasi dan membangunkan produk bagi memenuhi pelbagai keperluan perlindungan pelanggan kami. Sebagai sebuah entiti yang baru, kami teruja tentang masa depan kami dan saya yakin terhadap keupayaan kami untuk menghasilkan penyelesaian-penyelesaian yang berdaya saing dan seterusnya menyumbang kepada industri Insurans Am,” tambah Eric.

Untuk maklumat lanjut mengenai Family Drive, produk-produk serta perkhidmatan lain yang ditawarkan oleh AIA General Berhad, layari www.aia.com.my.

 

Statistik Perangkaan Sebab Kematian, Malaysia, 2018 – Jabatan Perangkaan Malaysia

Statistik Perangkaan Sebab Kematian, Malaysia, 2018 – Jabatan Perangkaan Malaysia

 

–TAMAT–


Mengenai AIA General Berhad

AIA General Berhad adalah sebahagian daripada AIA Bhd., peneraju utama syarikat insurans di Malaysia.  Kami telah memulakan operasi selepas memperoleh lesen insurans am pada 1 Julai 2018.  Kami menawarkan perlindungan motor, kemalangan diri dan penyelesaian insurans komersial kepada hampir setengah juta rakyat Malaysia. Produk-produk kami diedarkan melalui rangkaian luas jaringan Perancang Hayat AIA, rakan-rakan bank, wakil tele-jualan, cawangan di seluruh negara, dan tidak lama lagi melalui dalam talian.  Diterajui inovasi dipacu oleh data, kami sentiasa menambahbaik produk dan perkhidmatan kami untuk memenuhi permintaan para pelanggan yang pelbagai, kini dan pada masa akan datang.

Mengenai AIA

AIA Group Limited dan anak syarikatnya (keseluruhannya “AIA” atau “Kumpulan”) terdiri daripada kumpulan insurans hayat pan-Asia tersenarai awam terbesar dan bebas. Ia beroperasi di 18 pasaran di Asia Pasifik – cawangan dan anak syarikat milik penuh di Hong Kong, Thailand, Singapura, Malaysia, Tanah Besar China, Korea, Filipina, Australia, Indonesia, Taiwan, Vietnam, New Zealand, Macau, Brunei, Kemboja, 97 peratus pegangan anak syarikat di Sri Lanka dan 49 peratus pegangan usaha sama di India. Pada April 2019, AIA juga diberikan kelulusan sebagai pemohon pilihan untuk beroperasi di Myanmar menerusi pemilikan 100 peratus anak syarikatnya

Perniagaan yang kini dikenali sebagai AIA telah ditubuhkan di Shanghai sedekad yang lalu pada tahun 1919. Ia merupakan peneraju pasaran di rantau Asia Pasifik (tidak termasuk Jepun) berasaskan premium insurans hayat dan memegang kedudukan utama di sebahagian besar pasarannya. AIA mempunyai jumlah aset bernilai $256 bilion dolar Amerika pada 30 Jun 2019.

AIA memenuhi keperluan simpanan dan perlindungan individu jangka panjang dengan menawarkan rangkaian produk dan perkhidmatan termasuk insurans hayat, insurans kemalangan dan kesihatan serta pelan simpanan. Kumpulan ini juga menyediakan manfaat pekerja, kredit hayat dan perkhidmatan persaraan kepada pelanggan korporat. Melalui rangkaian agensi, rakan kongsi dan kakitangan yang meluas di seluruh Asia Pasifik, AIA memberikan perkhidmatan kepada lebih daripada 34 juta pemegang polisi individu dan lebih 16 juta ahli skim insurans berkumpulan.

Kumpulan AIA disenaraikan di Papan Utama, Bursa Saham Hong Kong di bawah kod bursa “1299” dengan Resit Depositari Amerika (Tingkat 1) yang diniagakan pada pasaran kaunter (simbol ticker: “AAGIY”).