pageheroimage

Siaran Akhbar

SIARAN AKHBAR

Sertai "Ronda Laman" - Acara Jalan Kaki Riadah Ramadan Sulung Anjuran AIA PUBLIC Takaful

06 Jun 2018 dot  Bacaan 7 min

Kuala Lumpur, 6 Jun 2018 – Acara jalan kaki pada bulan Ramadan? Ya, memang betul! AIA PUBLIC Takaful Bhd. akan menganjurkan Acara Jalan Kaki Riadah Ramadan sulung yang dinamakan “Ronda Laman” dan anda sekeluarga serta rakan-rakan dijemput untuk menyertai acara istimewa yang unik ini. Para peserta berpeluang mengambil bahagian dalam pelbagai aktiviti menarik serta cabutan bertuah, sambil berjalan kaki dan beriadah mengelilingi laman.

Tarikh: 9 Jun 2018
Lokasi: Setia City Park, Shah Alam, Selangor.
Masa: 4.00ptg hingga 7.00mlm

Acara Jalan Kaki Riadah “Ronda Laman” menampilkan duta Cergas Ramadan, Wawa Zainal dan Aeril Zafrel, yang akan menyertai permainan menyeronokkan di atas pentas dan mengadakan sesi beramah mesra dengan pemenang peraduan. Peserta juga boleh menyusuri laluan jalan kaki bersama Wawa dan Aeril – malah seramai 700 peserta pertama yang menamatkan laluan akan memenangi cenderahati eksklusif daripada AIA. Di samping itu, PU Azman akan hadir untuk menyampaikan tazkirah sebagai sebahagian daripada atur cara. Cabutan bertuah juga diadakan untuk membolehkan peserta yang bernasib baik memenangi pelbagai hadiah menarik seperti Samsung Galaxy S9, bola Spurs berautograf, peralatan Fitbit dan banyak lagi!

“Ronda Laman” adalah sebahagian daripada kempen Cergas Ramadan 2018 AIA PUBLIC Takaful, satu usaha unik yang menggalakkan umat Islam untuk kekal aktif (secara sederhana) dan sihat pada bulan Ramadan yang mulia. Kempen tahun ini yang bertema “Lawan Diri. Kuatkan Iman, Kuatkan Badan” menghidupkan keberkatan bulan Ramadan, menzahirkan ketakwaan umat Islam kepada Yang Maha Esa dengan menyucikan jiwa, hati, minda dan badan. Tema ini menggalakkan umat Islam memperbaiki diri mereka dengan membuat keputusan nekad tetapi mencabar untuk kekal aktif dan sihat pada bulan puasa.

“Kami menganjurkan kempen Cergas Ramadan buat tahun ketiga dan kami gembira untuk menyatakan bahawa sambutan daripada orang ramai sungguh menggalakkan. Walaupun penganjuran acara jalan kaki pada bulan puasa mungkin luar daripada kebiasaan, inisiatif ini menepati janji dan matlamat kami membantu rakyat Malaysia hidup lebih sihat, lebih lama dan lebih baik,” kata Elmie Aman Najas, Ketua Pegawai Eksekutif, AIA PUBLIC Takaful Bhd.

“Memang tidak dinafikan bahawa tumpuan banyak diberikan pada bulan Ramadan terhadap persediaan makanan, perhiasan dan persiapan untuk menyambut lebaran yang menjelang tiba, tetapi penekanan kami kepada kesihatan lebih menggalakkan umat Islam untuk tidak mengabaikan kesihatan dan kesejahteraan pada bulan Ramadan. Senaman ringkas dan pemilihan makanan sihat pada bulan ini akan memastikan agar kita menikmati Hari Raya dengan lebih bermakna dan gembira. Acara jalan kaki riadah pada hari ini ialah cara kami menggiatkan orang ramai untuk bersenam bersama-sama dan mendorong satu sama lain,” tambahnya.

Kempen Cergas Ramadan menggalakkan perubahan amalan gaya hidup yang ringkas dan sederhana pada bulan puasa untuk kekal aktif dan sihat. Beberapa petua di bawah tidak memerlukan perubahan besar dalam gaya hidup – cukup ringkas, mudah diikuti dan dilakukan:

  • PETUA #1: Pastikan anda bersahur dengan makanan yang tinggi kandungan serat seperti buah-buahan dan sayur-sayuran untuk mendapatkan tenaga tambahan sepanjang hari. Elakkan kafeina semasa sahur untuk mengurangkan penyahhidratan.
  • PETUA #2: Tingkatkan pengambilan air anda selepas berbuka puasa dan sebelum tidur untuk memastikan badan anda mendapat air secukupnya.
  • PETUA #3: Lakukan senaman yang ringkas dan sederhana pada bulan Ramadan untuk mengekalkan tahap tenaga anda (yoga, jalan kaki laju dan latihan cangkung). Masa terbaik untuk bersenam adalah sebaik sebelum iftar, atau awal pagi sebelum sahur.

 

Untuk maklumat lanjut mengenai Ronda Laman, sila kunjungi laman acara Facebook AIA Malaysia: http://bit.ly/2HgxSCw

 

–TAMAT–


Mengenai AIA PUBLIC Takaful Bhd.

AIA PUBLIC Takaful Bhd. (AIA PUBLIC) dimiliki secara bersama oleh AIA Co. Ltd. (AIA), Public Bank Berhad (PBB) dan Public Islamic Bank Berhad (sebuah anak syarikat milik penuh PBB).Diperbadankan pada 11 Mac 2011, AIA PUBLIC memanfaatkan kedudukan AIA dan Kumpulan PBB sebagai peneraju dengan rangkaian infrastruktur dan edaran yang kukuh dalam industri insurans dan perbankan untuk memacu pertumbuhan dan meningkatkan penembusan Takaful Keluarga dalam pasaran domestik. AIA PUBLIC beriltizam untuk menawarkan penyelesaian Syariah yang sesuai bagi memenuhi keperluan di sepanjang peringkat kehidupan pelanggan.

Mengenai AIA Bhd.

AIA Bhd., adalah sebuah syarikat insurans terkemuka di Malaysia, di mana kami mendapat penghormatan menjalankan perniagaan sejak 1948. Kami menawarkan pelbagai penyelesaian kewangan termasuk Perlindungan, Kesihatan, Kemalangan Diri, Manfaat Pekerja, Insurans Am, Gadai Janji, Persaraan dan Takaful Keluarga untuk memenuhi keperluan dan jaminan kewangan pelanggan kami pada setiap peringkat kehidupan. Melalui rangkaian pengedaran yang pelbagai dengan kekuatan pasukan agensi seramai 14,000 Perancang Hayat, cawangan rakan kongsi bank yang eksklusif di seluruh negara serta pasukan jualan korporat dan broker, kami memberi para pelanggan pilihan dalam menentukan bagaimana, bila dan di mana mereka menghubungi kami.

Sebahagian daripada Kumpulan AIA, kumpulan insurans nyawa pan-Asia tersenarai awam terbesar dan bebas, AIA Bhd. mempunyai kekuatan kewangan, pengalaman, rangkaian pusat perkhidmatan serta satu pasukan cukup terlatih terdiri daripada lebih 2,000 kakitangan yang memberi perkhidmatan kepada 3 juta pelanggan di seluruh negara. Sehingga 30 November 2017, jumlah aset AIA Bhd. bernilai RM51 bilion, dengan modal berbayar sebanyak RM1,451 juta.

Mengenai AIA

AIA Group Limited dan anak syarikat (keseluruhannya “AIA” atau “Kumpulan”) terdiri daripada kumpulan insurans hayat pan-Asia tersenarai awam terbesar dan bebas. Ia beroperasi di 18 pasaran di rantau Asia Pasifik – cawangan dan anak syarikat milik penuh di Hong Kong, Thailand, Singapura, Malaysia, China, Korea, Filipina, Australia, Indonesia, Taiwan, Vietnam, New Zealand, Macau, Brunei, Cambodia, dan mempunyai pegangan anak syarikat sebanyak 97 peratus di Sri Lanka dan satu usaha sama dengan pegangan anak syarikat sebanyak 49 peratus di India serta pejabat perwakilan di Myanmar.

Perniagaan yang kini dikenali sebagai AIA telah ditubuhkan di Shanghai hampir sedekad yang lalu. Ianya merupakan peneraju pasaran di rantau Asia Pasifik (tidak termasuk Jepun) berasaskan premium insurans nyawa dan memegang kedudukan utama pada sebahagian besar pasarannya. Ia mempunyai jumlah aset bernilai $216 bilion dolar Amerika pada 30 November 2017.

AIA memenuhi keperluan simpanan dan perlindungan individu secara jangka panjang dengan menawarkan rangkaian produk dan perkhidmatan termasuk insurans nyawa, insurans kemalangan dan kesihatan dan pelan simpanan. Kumpulan ini juga menyediakan faedah pekerja, kredit hayat dan perkhidmatan persaraan kepada pelanggan korporat. Melalui suatu rangkaian luas terdiri daripada ejen-ejen, rakan kongsi dan pekerja di seluruh Asia Pasifik, AIA memberikan perkhidmatan kepada lebih daripada 30 juta polisi individu dan lebih 16 juta anggota penyertaan skim insurans kumpulan.

Kumpulan AIA disenaraikan di Papan Utama, Bursa Saham Hong Kong di bawah kod bursa “1299” dengan Resit Depositari Amerika (Tingkat 1) yang diniagakan pada pasaran kaunter (simbol ticker: “AAGIY”).