pageheroimage

Siaran Akhbar

SIARAN AKHBAR

AIA Umum Anak Syarikat Baharu AIA General Berhad

05 Julai 2018 dot Bacaan 7 min

Kuala Lumpur, 5 Julai 2018 – AIA Bhd. (AIA) telah mengumumkan penubuhan anak syarikat baharu, AIA General Berhad, dengan matlamat untuk memberikan tumpuan strategik baharu kepada perniagaan insurans am. Bahagian insurans am AIA ini menyediakan perkhidmatan insurans kenderaan, kemalangan diri dan komersial yang akan diedarkan menerusi rangkaian Perancang Hayat, rakan bank, wakil telejualan, cawangan di seluruh negara dan tidak lama lagi secara terus di dalam talian.

AIA General Berhad di bawah pimpinan Ketua Pegawai Eksekutif baharunya, Eric Chang akan memanfaatkan kepakaran dan keupayaan kolektif pengedaran, teknologi dan operasi AIA Bhd. “Ini membuka lembaran baharu yang menarik bagi kami dan saya teruja untuk mengetuai sebuah pasukan yang dinamik dan terus memacu perniagaan AIA General Berhad. Kami komited untuk menawarkan penyelesaian baharu dan inovatif kepada pelanggan yang akan terus memenuhi keperluan mereka yang sentiasa berubah dan kami berharap untuk meluaskan capaian menerusi e-dagang,” ujar Chang di majlis tandatangan yang diadakan baru-baru ini di ibu pejabat AIA Bhd.

Anusha Thavarajah, Ketua Pegawai Eksekutif AIA Bhd. yang turut hadir berkata: “Kami melihat potensi besar dalam pasaran insurans am dan teruja untuk mengguna pakai cara baharu untuk berkhidmat kepada pelanggan. Kami juga ingin memastikan bahawa kami terus menyediakan rangkaian produk dan perkhidmatan lengkap yang memenuhi keperluan mereka. Kami sudah sampai ke separuh jalan dalam sambutan ulang tahun ke-70 kami di Malaysia dan kami berbesar hati untuk mengiktiraf satu lagi pencapaian penting sambil kami meneruskan perjalanan mencapai pertumbuhan dan kejayaan di negara ini.”

Mulai 1 Julai 2018, AIA General Berhad memulakan operasi sebagai sebuah entiti baharu di dalam kumpulan syarikat AIA di Malaysia, dengan tumpuan untuk menawarkan produk insurans am. Langkah ini memenuhi keperluan Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 yang mewajibkan syarikat insurans seperti AIA, yang memegang lesen komposit (bagi insurans hayat dan am), untuk mengasingkan kedua-dua perniagaan. AIA Bhd. telah berjaya menyempurnakan proses untuk mengasingkan lesen tersebut.

 

–TAMAT–


Mengenai AIA General Berhad

AIA General Berhad adalah sebahagian daripada AIA Bhd., peneraju utama syarikat insurans di Malaysia. Kami telah memulakan operasi selepas memperoleh lesen insurans am pada 1 Julai 2018. Kami menawarkan perlindungan motor, kemalangan diri dan penyelesaian insurans komersial kepada hampir setengah juta rakyat Malaysia. Produk-produk kami diedarkan melalui rangkaian luas jaringan Perancang Hayat AIA, rakan-rakan bank, wakil tele-jualan, cawangan di seluruh negara, dan tidak lama lagi melalui dalam talian. Diterajui inovasi dipacu oleh data, kami sentiasa menambahbaik produk dan perkhidmatan kami untuk memenuhi permintaan para pelanggan yang pelbagai, kini dan pada masa akan datang.

Mengenai AIA Bhd.

AIA Bhd., adalah sebuah syarikat insurans terkemuka di Malaysia, di mana kami mendapat penghormatan menjalankan perniagaan sejak 1948. Kami menawarkan pelbagai penyelesaian kewangan termasuk Perlindungan, Kesihatan, Kemalangan Diri, Manfaat Pekerja, Insurans Am, Gadai Janji, Persaraan dan Takaful Keluarga untuk memenuhi keperluan dan jaminan kewangan pelanggan kami pada setiap peringkat kehidupan. Melalui rangkaian pengedaran yang pelbagai dengan kekuatan pasukan agensi seramai 14,000 Perancang Hayat, cawangan rakan kongsi bank yang eksklusif di seluruh negara serta pasukan jualan korporat dan broker, kami memberi para pelanggan pilihan dalam menentukan bagaimana, bila dan di mana mereka menghubungi kami.

Sebahagian daripada Kumpulan AIA, kumpulan insurans nyawa pan-Asia tersenarai awam terbesar dan bebas, AIA Bhd. mempunyai kekuatan kewangan, pengalaman, rangkaian pusat perkhidmatan serta satu pasukan cukup terlatih terdiri daripada lebih 2,000 kakitangan yang memberi perkhidmatan kepada 3 juta pelanggan di seluruh negara. Sehingga 30 November 2017, jumlah aset AIA Bhd. bernilai RM51 bilion, dengan modal berbayar sebanyak RM1,451 juta.

Mengenai AIA

AIA Group Limited dan anak syarikat (keseluruhannya “AIA” atau “Kumpulan”) terdiri daripada kumpulan insurans hayat pan-Asia tersenarai awam terbesar dan bebas. Ia beroperasi di 18 pasaran di rantau Asia Pasifik – cawangan dan anak syarikat milik penuh di Hong Kong, Thailand, Singapura, Malaysia, China, Korea, Filipina, Australia, Indonesia, Taiwan, Vietnam, New Zealand, Macau, Brunei, Cambodia, dan mempunyai pegangan anak syarikat sebanyak 97 peratus di Sri Lanka dan satu usaha sama dengan pegangan anak syarikat sebanyak 49 peratus di India serta pejabat perwakilan di Myanmar.

Perniagaan yang kini dikenali sebagai AIA telah ditubuhkan di Shanghai hampir sedekad yang lalu. Ianya merupakan peneraju pasaran di rantau Asia Pasifik (tidak termasuk Jepun) berasaskan premium insurans nyawa dan memegang kedudukan utama pada sebahagian besar pasarannya. Ia mempunyai jumlah aset bernilai $216 bilion dolar Amerika pada 30 November 2017.

AIA memenuhi keperluan simpanan dan perlindungan individu secara jangka panjang dengan menawarkan rangkaian produk dan perkhidmatan termasuk insurans nyawa, insurans kemalangan dan kesihatan dan pelan simpanan. Kumpulan ini juga menyediakan faedah pekerja, kredit hayat dan perkhidmatan persaraan kepada pelanggan korporat. Melalui suatu rangkaian luas terdiri daripada ejen-ejen, rakan kongsi dan pekerja di seluruh Asia Pasifik, AIA memberikan perkhidmatan kepada lebih daripada 30 juta polisi individu dan lebih 16 juta anggota penyertaan skim insurans kumpulan.

Kumpulan AIA disenaraikan di Papan Utama, Bursa Saham Hong Kong di bawah kod bursa “1299” dengan Resit Depositari Amerika (Tingkat 1) yang diniagakan pada pasaran kaunter (simbol ticker: “AAGIY”).