Kanak-kanak & Kesejahteraan

Bantuan Kewangan bagi Kanak-kanak Klef Bibir dan Lelangit

Secara umum, klef bibir dan klef bibir/ lelangit terjadi di kalangan 1 daripada 1000 kelahiran.

Sebagai usaha kami untuk membantu kanak-kanak dengan keadaan klef, AIA menawarkan bantuan kewangan melalui kerjasama dengan Persatuan Klef Bibir Dan Lelangit Malaysia (CLAPAM). Sebanyak lebih RM200,000 telah didermakan sejak 2013 melalui CLAPAM, membantu 198 kanak-kanak menjalani pembedahan pembetulan yang berjaya. Selain itu, lebih 1900 kanak-kanak telah menerima bantuan botol khas yang diperlukan bagi penyusuan bayi.

Jika anda mempunyai atau mengetahui kanak-kanak yang memerlukan bantuan kewangan bagi menjalani pembedahan pembetulan klef bibir dan/atau lelangit, sila emel kami di my.corpcomms@aia.com

Selain itu, anda boleh juga menghubungi CLAPAM untuk maklumat lanjut:

Persatuan Klef Bibir dan Lelangit Malaysia Clapam (5371/93)

Box No. 611, Lot 4.46A, Tingkat 4,

Wisma Central, Jalan Ampang,

50450 Kuala Lumpur