Kanak-kanak & Kesejahteraan

Program Kongsi Rezeki AIA PUBLIC Takaful 2022

AIA PUBLIC Takaful telah meneruskan inisiatif komuniti iaitu Program Kongsi Rezeki dengan menyediakan keperluan harian, pakaian, utiliti dan sewa rumah bagi 10 buah rumah anak yatim di Malaysia, yang memanfaatkan 500 kanak-kanak. Menerusi inisiatif ini, AIA PUBLIC Takaful bertujuan untuk menyokong dan meringankan beban rumah-rumah anak yatim pada masa mencabar ini supaya mereka memberi tumpuan dalam membesarkan anak-anak yang sihat dan ceria.