Kanak-kanak & Kesejahteraan

Program Kongsi Rezeki AIA PUBLIC Takaful 2021

Bersempena dengan ulangtahun kesepuluhnya, AIA PUBLIC Takaful telah melancarkan inisiatif Program Kongsi Rezeki di mana 10 rumah anak yatim di seluruh Malaysia telah diberikan 60 komputer riba baharu dan keperluan seperti katil dan tilam serta bekalan harian lain. Inisiatif yang selaras dengan tujuan kami untuk membolehkan komuniti untuk hidup lebih sihat, berpanjangan dan bermakna telah dianjurkan dengan kolaborasi bersama Malaysian Relief Agency (MRA).

Program Kongsi Rezeki ini telah membantu lebih 500 anak-anak di 10 buah rumah anak yatim yang terdapat di Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Kuala Lumpur, Selangor, Perak, Kelantan, Kedah dan Sabah.