Pengarah Bebas Bukan Eksekutif (Pengerusi)
Lembaga Pengarah
Pasukan Pengurusan
Ching Yew Chye @ Chng Yew Chye
En. Ching berkelulusan ijazah Sarjana Muda Sains (Kepujian) dari University of London, UK. En. Ching berpengalaman luas dalam bidang perbankan komersil dan runcit serta pasaran modal. Di antara tahun 1997 hingga tahun 2007, En. Ching telah memegang pelbagai jawatan pengurusan kanan di Accenture, termasuk jawatan sebagai Rakan Pengurusan bagi Kumpulan Industri Perkhidmatan Kewangan-Asia, Pengerusi Majlis Geografi-Asia dan Rakan Pengurusan bagi Rantau Asia Selatan.
Kang Ah Lai @ Kang Hak Koon
Pengarah Bebas Bukan Eksekutif
Encik Kang ialah seorang Felo di Chartered Certified Accountants, UK serta ahli Institut Akauntan Malaysia dan Chartered Insurer bagi Chartered Insurance Institute di UK. Antara tahun 1979 hingga tahun 2000, Encik Kang telah memegang pelbagai jawatan di Jabatan Kewangan dan Operasi Perniagaan, yang mana jawatan terakhir beliau ialah sebagai Pengurus Besar Jabatan Insurans Am di Sime AXA Assurance Bhd. Beliau juga pernah memegang jawatan sebagai Ketua Pegawai Insurans Am di Prudential Malaysia dan merupakan peneraju dalam memulakan perniagaan Insurans Am di situ.
Chong Kin Leong
Pengarah Bebas Bukan Eksekutif
Encik Chong menamatkan pengajian dalam bidang Perakaunan daripada Universiti Malaya pada tahun 1981 dan merupakan ahli Institut Akauntan Awam Bertauliah Malaysia serta ahli Institut Akauntan Malaysia. Encik Chong mempunyai lebih daripada 40 tahun pengalaman bekerja dalam semua aspek kewangan dan pengurusan perniagaan di sektor korporat, institusi kewangan dan pengauditan. Jawatan terakhir eksekutif sebelum bersara ialah sebagai Ketua Pegawai Kewangan Genting Berhad di mana beliau telah berkhidmat selama 16 tahun.
Tunku Dato' Mahmood Fawzy Bin Tunku Muhiyiddin
Pengarah Bebas Bukan Eksekutif
Tunku Dato’ Mahmood Fawzy menerima Ijazah Sarjana Muda Perniagaan dari Polytechnic of Central London, Ijazah Sarjana Pentadbiran Perniagaan dari University of Warwick, United Kingdom serta Diploma Pemasaran dari Chartered Institute of Marketing. Tunku Dato' Mahmood Fawzy merupakan Felo Institut Akauntan Pengurusan Bertauliah dan Institut Pengarah Korporat Malaysia. Tunku Dato’ Mahmood Fawzy berpengalaman luas merangkumi aspek strategi, tadbir urus, pengurusan risiko dan aktiviti rentas sempadan dalam bidang telekomunikasi, pengurusan pelaburan dan aktiviti ekuiti swasta, minyak dan gas, logistik penerbangan dan marin, khidmat nasihat korporat serta perkhidmatan perbankan dan kewangan di beberapa lokasi antarabangsa termasuk United Kingdom, New Zealand, Afrika Selatan dan Malaysia.
Heng Zee Wang
Pengarah Eksekutif
Zee Wang memegang Ijazah Sarjana Muda Sains (Kepujian) Sains Aktuari (Kepujian Kelas Pertama) dari University of Kent, Canterbury di United Kingdom (UK) dan juga merupakan Felo Institut dan Fakulti Aktuari, UK. Zee Wang menyandang jawatan sebagai Ketua Pegawai Pemasaran AIA Bhd. sejak Mei 2018. Beliau bertanggungjawab membina jenama yang diterajui matlamat AIA iaitu “Hidup Lebih Sihat, Berpanjangan dan Bermakna".
Beliau mengetuai pembangunan dan pelaksanaan strategi pemasaran bersepadu yang mengutamakan pelanggan AIA Malaysia termasuk menyampaikan proposisi tersendiri syarikat melalui penyelesaian kesihatan dan kekayaan menyeluruh yang inovatif serta diperibadikan, bersama-sama dengan program kesihatan uniknya, AIA Vitality. Beliau juga mengetuai pembangunan My AIA iaitu platform digital pelanggan khusus syarikat yang direka untuk membolehkan para pelanggan melakukan transaksi layan diri dan berinteraksi dengan AIA dengan mudah dan lancar. Di samping itu, Zee Wang juga menyelia perniagaan Skim Persaraan Swasta serta Insurans Am AIA Malaysia dan membangunkan perniagaan langsung digital dengan rakan kongsi platform digital.
Zee Wang mempunyai lebih dari 26 tahun pengalaman di seluruh rantau Asia Pasifik dan UK, dengan peranan yang merangkumi beberapa fungsi termasuk kewangan dan aktuari, pemasaran, pengedaran jualan dan pembangunan perniagaan.
Beliau adalah ahli Jawatankuasa Eksekutif AIA Bhd. dan merupakan Pengarah Eksekutif AIA Pension and Asset Management Sdn. Bhd. serta AIA General Berhad.
Gary Hoo
Ketua Pegawai Eksekutif
Gary mengetuai perniagaan insurans am AIA Malaysia yang menawarkan penyelesaian insurans termasuk kemalangan diri, hartanah dan insurans motor yang diedarkan melalui rangkaian Perancang Hayat AIA yang meluas, rakan-rakan bank, wakil tele-jualan, cawangan AIA di seluruh negara serta secara dalam talian.