Perlindungan Hayat
Lindungi diri anda dan yang tersayang daripada ketidakpastian hidup dengan pelan insurans hayat dan takaful AIA.
{{title}}
{{label}}Simpanan & Pelaburan
Tempoh Perlindungan
Umur Penyertaan
Anda boleh membelinya melalui
Kita menaruh harapan dan impian untuk masa depan. Sama ada melibatkan pembelian kereta baharu, rumah baharu, pendidikan anak-anak anda atau rancangan persaraan, anda perlu mempunyai penyelesaian kewangan yang membantu anda menzahirkan matlamat anda.
A-EnrichGold adalah pelan insurans simpanan dengan tempoh bayaran pendek yang menawarkan bayaran tunai dijamin dan keuntungan pelaburan potensi, membolehkan anda memaksimumkan pulangan atas wang anda.
Ketahui lanjut mengenai A-EnrichGold dalam Bahasa Inggeris.
Anda boleh memilih untuk membayar bagi pelan ini selama 10 tahun untuk menikmati perlindungan selama 25 tahun, atau membayar selama 20 tahun untuk menikmati perlindungan selama 30 tahun.
Anda akan menerima bayaran tunai biasa yang bertambah sepanjang tempoh polisi anda.
Apabila pelan anda tamat, anda akan menerima satu bayaran sekaligus sehingga 150% daripada jumlah perlindungan anda, bergantung kepada pelan anda.
Nikmati keuntungan pelaburan potensi daripada empat jenis Dana Berkaitan Pelaburan AIA yang boleh anda pilih.
Anda boleh menambah simpanan anda, mengeluarkan wang tunai apabila perlu atau bertukar kepada dana lain jika matlamat pelaburan anda berubah.
Pelan ini menyediakan kepada keluarga anda satu bayaran sekaligus jika anda meninggal dunia dalam tempoh polisi ini. Mereka akan menerima sebanyak dua kali ganda daripada jumlah pelindungan anda jika ini berlaku akibat kemalangan.
Anda akan menerima bayaran sekali gus jika anda hilang upaya meyeluruh dan kekal (HUMK). Anda akan menerima sebanyak dua kali ganda daripada jumlah pelindungan anda jika ini berlaku akibat kemalangan.
Apakah yang dimaksudkan dengan sekaligus?
Ia merupakan pembayaran tuntutan tunggal berjumlah besar.
Apakah yang dimaksudkan dengan tempoh matang?
Ia adalah tarikh apabila perlindungan insurans anda bagi pelan ini berakhir.
Apakah yang dimaksudkan dengan hilang upaya menyeluruh & kekal?
Ia bermakna seseorang tidak mampu bekerja selama-lamanya akibat penyakit atau kecederaan.
Anda suka apa yang anda baca? Ini hanyalah ringkasan produk. Jika anda mahukan maklumat lanjut, anda boleh melihat brosur kami atau menghubungi Perancang Hayat AIA.