Perlindungan Hayat
Lindungi diri anda dan yang tersayang daripada ketidakpastian hidup dengan pelan insurans hayat dan takaful AIA.
{{title}}
{{label}}Kajian unik dan unggul kami, yang melibatkan 80+ pakar kesihatan dan kesejahteraan serta 6,000
orang dari enam pasaran Asia Pasifik, mendedahkan lapan ramuan utama untuk
menjalani Kehidupan yang Lebih Sihat, Berpanjangan dan Bermakna.
Di AIA, kami komited untuk membantu orang ramai untuk Hidup Lebih Sihat, Berpanjangan dan Bermakna. Dalam melaksanakan komitmen ini, kami perlu memahami apakah tindakan-tindakan yang boleh dilakukan untuk membuat sesuatu perbezaan yang positif. Oleh yang sedemikian, kami telah menjalankan kajian unik ini untuk mencari kebenaran di sebalik setiap langkah yang perlu diambil.
Kami telah berbincang dengan 80+ pakar kesihatan dan kesejahteraan di seluruh rantau Asia Pasifik; ahli akademik, pelatih kehidupan (life-coaches), pakar psikologi, pakar kesihatan mental, pengarang berpengaruh, wakil kesihatan dan pempengaruh (influencer) dari institusi, perniagaan dan kerajaan terkemuka.
Berdasarkan pandangan mereka dan data yang diperoleh, kami menemui lapan "ramuan" utama dalam menjalani kehidupan yang Lebih Sihat, Berpanjangan dan Bermakna serta tindakan-tindakan ketara yang boleh dipraktikkan.
Namun kami tidak berhenti di situ sahaja. Kami kemudiannya bertanyakan kepada 6,000 orang penduduk di Australia, Tanah Besar China, Hong Kong, Malaysia, Singapura dan Thailand yang merangkumi kepelbagaian budaya dan negara Asia Pasifik untuk menilai kehidupan mereka sendiri berlandaskan lapan ramuan tersebut, dan memaklumkan kepada kami yang manakah memberikan impak yang lebih besar kepada mereka serta apakah tindakan yang paling mudah untuk dilakukan. Di Malaysia, seramai 1500 responden telah ditemubual.
Klik pada ikon-ikon ini untuk mengetahui tindakan ketara yang dapat dilakukan untuk mencapai setiap ramuan utama yang akhirnya membawa kepada Kehidupan yang Lebih Sihat, Berpanjangan dan Bermakna.