pageheroimage

Member Testimonials

Tan Jit Seng

Jejak Kesihatan!

15 Mei 2021
icon vitality status

Tan Jit Seng selama ini menyedari pentingnya amalan menjaga kesihatan dengan mengekalkan berat badan yang sihat dan bersenam selalu. Sebelum menyertai AIA Vitality, dia sentiasa menjaga berat badannya, tetapi merasakan kecergasannya semakin merosot. Apa yang diperlukan adalah motivasi yang lebih dan alat bantuan untuk menguatkan tekadnya, kata lelaki berusia 50 tahun ini yang berasal dari Pulau Pinang.

Justeru, dua tahun lalu, Tan, yang menyertai program AIA Vitality menerusi skim manfaat kakitangan syarikatnya, mengambil keputusan untuk terlibat dalam AIA Vitality secara aktif untuk menjaga kesihatan dan kecergasannya. “Saya suka makan, dan pilihan makanan kegemaran saya biasanya kurang sihat. Jadi, paras kolesterol menjadi isu bagi saya. Selain itu, saya perlu mengambil ubat untuk tekanan darah tinggi,” kata Tan.

Sewaktu menyertai program kesihatan berasaskan sains ini, usia Vitality Tan lebih tinggi daripada usia sebenarnya. Ini adalah satu lagi sebab beliau menyertai program ini yang memberi motivasi untuk membuat perubahan demi kebaikan dirinya.

Tan mula berlari setiap hari sebelum pergi bekerja untuk mengekalkan kecergasan, agar sentiasa dapat memberi tumpuan dan merasa segar di tempat kerja. Beliau percaya perubahan gaya hidup ini juga telah banyak membantu kesihatan mentalnya. “Saya berlari sekurang-kurangnya setengah jam setiap hari. Pada mula-mula, berat badan saya 82kg. Sekarang saya 64kg – turun 18kg!” kata Tan. Dengan kekal aktif, Tan juga dapat mengumpul mata ganjaran dan mencapai sasaran mingguannya menerusi aplikasi AIA Vitality Weekly Challenge. Malah dia berjaya menggalakkan seorang rakannya supaya mula berlari – menjadikan kedua-dua mereka rakan larian dan senaman.

Lebih penting lagi, kini Tan dapat menurunkan dos ubat tekanan darah tingginya, yang dipercayai hasil daripada senaman dan lariannya setiap hari. Dengan berat badan pada tahap yang sihat dan kecergasan yang bertambah baik, Tan sudah dua kali menyertai larian Separuh Maraton Jambatan Pulau Pinang. “Saya dapat menamatkan larian dalam masa dua jam 10 minit!” katanya dengan bangga.

Program ini juga telah membantu Tan menjejak keadaan kesihatannya. “Sebelum saya menyertai AIA Vitality, tidak banyak yang saya lakukan – sekadar menjalani pemeriksaan perubatan setahun sekali. Sekarang, dengan AIA Vitality, saya sentiasa memantau petanda kesihatan saya, khususnya paras kolesterol, tekanan darah dan berat badan saya,” jelas Tan.

Ganjaran seperti pas menonton wayang di TGV Cinemas, baucar Starbucks dan Grab menerusi aplikasi AIA Vitality Weekly Challenge, menguatkan lagi tekad untuk Tan berlari dan bersenam setiap hari. Oleh sebab Tan juga gemar melancong, dia akan menggunakan diskaun penerbangan AirAsia yang boleh dinikmati sebagai ahli AIA Vitality.

“Saya pasti akan mencadangkan AIA Vitality kepada rakan sekerja saya yang boleh mendapat manfaat daripada penjagaan kesihatan mereka, seperti saya, menerusi program ini,” kata Tan.

Anda ingin kekal sihat dan aktif seperti Tan? Kunjungi laman web www.aia.com.my/aiavitality untuk maklumat lanjut.

Kongsi

AIA Vitality

Sertai kami dalam gerakan kesejahteraan ini untuk Hidup Lebih Sihat, Berpanjangan dan Bermakna.