pageheroimage

Member Testimonials

Professor Dr. Seow Liang Lin

Bertekad Demi Kehidupan Lebih Sihat

15 Mei 2021
icon vitality status

Dengan jadual yang padat sebagai Dekan universiti dan doktor gigi dan juga ibu kepada tiga orang anak, memang mudah bagi Profesor Dr. Seow memberikan alasan untuk tidak bersenam. Ternyata kesuntukan masa menjadi sebab utama ramai orang gagal menjaga kesihatan masing-masing.

Tetapi bagi wanita cekal berusia 52 tahun ini, aktiviti fizikal boleh disesuaikan mengikut keadaan untuk mengekalkan kecergasan. Rutin “khas” Profesor Dr.Seow termasuk melakukan senaman 15 minit tekan tubi, burpee dan angkat berat apabila bangun tidur.

Semasa memberus gigi, dia melakukan senaman cangkung (squat). Beliau meletakkan kereta di tempat paling jauh dari pejabat selain menaiki tangga dan tidak menggunakan lif. 

Apabila mempengerusikan mesyuarat, Dr. Seow seboleh-bolehnya berdiri atau berjalan dan bukannya duduk.

Di rumah, beliau melakukan senaman cangkung apabila memasak – dan kadangkala yoga atau senaman papan (planking) jika memasak mengambil masa lebih lama! Malah semasa menonton television, Dr. Seow mengayuh basikal senaman sekurang-kurangnya setengah jam.

Bukan komitmen semata-mata! “Kunci kejayaan ialah disiplin,” kata doktor tersebut. “Dengan rutin ini, saya tidak pernah gagal mencapai sasaran sekurang-kurangnya 7,500 langkah setiap hari dan mengumpulkan 50 Mata AIA Vitality.”

Dr. Seow berkata walaupun beliau memang aktif sejak dulu, kini beliau lebih menitikberatkan usaha mengekalkan rutin kesihatan kerana AIA Vitality. “Cabaran Mingguan aplikasi mudah alih program ini mendorong saya untuk menggiatkan aktiviti harian supaya saya boleh mencapai sasaran kecergasan saya,” kata ahli berstatus emas ini.

Dengan kegigihan dan dedikasinya untuk meningkatkan kesihatan, Dr. Seow dapat mengumpulkan 100 mata dengan mudah hampir setiap hari!

Beliau juga mendorong tiga orang anaknya – yang berusia 13, 17 and 21 tahun – untuk mengamalkan gaya hidup sihat. “Anak bongsu saya suka berlari dan mengambil bahagian dalam perlumbaan bersama saya. Saya berjalan menyusuri denai hampir setiap minggu dan anak perempuan saya juga menyertai aktiviti ini bersama saya,” kata Dr. Seow.

Dr. Seow juga gembira dengan manfaat ahli seperti diskaun 10% Jaya Grocer bagi buah-buahan segar dan diskaun sehingga 50% bagi tiket penerbangan AirAsia. “Bonus hebat seperti ini juga menjadi pembakar semangat saya!”

Kagum dengan Dr. Seow? Anda juga boleh melakukannya! Dapatkan maklumat lanjut di www.aia.com.my/aiavitality

Kongsi

AIA Vitality

Sertai kami dalam gerakan kesejahteraan ini untuk Hidup Lebih Sihat, Berpanjangan dan Bermakna.