pageheroimage

Member Testimonials

Nazim Khan

Melangkah Jauh!

15 Mei 2021
icon vitality status

Segalanya bermula dengan persaingan ‘sihat’ antara rakan sekerja untuk melihat siapa yang boleh mengutip lebih banyak Mata AIA Vitality. “Saya akan pergi ke gim setiap hari, kadang-kadang pada waktu makan tengah hari, untuk mendapatkan lebih banyak mata ganjaran,” kata Nazim Khan, 42 tahun, yang sudah mendapat status ahli Emas AIA Vitality.

Menggunakan program ini untuk menjejak kemajuan mereka, Nazim dan rakan sekerjanya akan mencabar satu sama lain untuk mencapai tahap seterusnya dengan lebih cepat. Secara tidak langsung, cabaran ini mendorong mereka untuk bersama-sama mengubah gaya hidup mereka, dan menggalakkan satu sama lain untuk menjaga kecergasan dan sentiasa aktif.

“Ia menjadikan bersenam satu amalan yang menyeronokkan,” kata Nazim. “Statistik dan penanda daripada program ini membolehkan kami lebih memahami pencapaian kami, khususnya dari segi mata dan Umur AIA Vitality kami. Malah berat badan saya turun 8kg dalam dua bulan!”

Usaha menjejak tahap kecergasannya juga mendorong Nazim lebih banyak melabur dalam kesihatannya. Daripada seorang yang hanya bersenam di gim, beliau kini menunggang basikal dan berlari. “Oleh sebab saya memang selalu pergi gym, saya teruja bila dapat tahu tentang manfaat keahlian Fitness First; yang memberi pulangan tunai dan mata kepada ahli AIA Vitality. Tambahan pula terdapat cawangan Fitness First berdekatan pejabat saya. Tapi sekarang saya juga berlari di taman KLCC selepas habis kerja dan menunggang basikal pada hari Selasa malam dan hujung minggu,” kata Nazim.

Berbekalkan motivasi untuk terus mencabar dirinya, Nazim mengambil bahagian dalam acara duathlon Powerman Malaysia buat pertama kalinya pada bulan Mac. Beliau mula berlatih sejak November 2017. Sememangnya satu kemajuan yang membanggakan buat dirinya.

Selaku ahli AIA Vitality, Nazim juga menerima beberapa manfaat lain. Misalnya, apabila Nazim melanggan pelan A-Life Signature-i, beliau mendapat nilai akaun tambahan daripada manfaat Signature Boost.

“Selain semua ganjaran ini, AIA Vitality juga menganjurkan peraduan menarik untuk ahli-ahlinya. Saya menang Fitbit serba baharu dengan menyertai salah satu daripada peraduan yang dianjurkan,” kata Nazim.

“Paling menarik, program ini memberi kefahaman yang lebih baik tentang kesihatan dan kesejahteraan kita. Ia menggalakkan kita untuk mengambil tindakan dan mendorong kita untuk mendapatkan lebih banyak mata. Ia juga menyuntik semangat persaingan dalam diri kita. Selain itu, program ini juga  menyeronokkan,” kata Nazim.

Anda ingin kekal cergas dan aktif? Ketahui caranya di www.aia.com.my/aiavitality

Kongsi

AIA Vitality

Sertai kami dalam gerakan kesejahteraan ini untuk Hidup Lebih Sihat, Berpanjangan dan Bermakna.