pageheroimage

Member Testimonials

Jessica Tham

Bukan Sekadar Kekal Aktif

15 Mei 2021
icon vitality status

Jessica Tham seorang yang gemar bersukan, tetapi hanya baru-baru ini dia merasakan bahawa sudah tiba masanya untuk dia menukar persepsi tentang apa yang makna sebenar kesihatan lebih baik selepas mengalami kecederaan cakera teranjak. Sekarang, dia lebih cenderung kepada pendekatan holistik untuk kekal aktif sebagai cara untuk kekal sihat.

Jessica tidak memerlukan banyak galakan untuk mengikuti usaha menjaga kesihatan. Ini kerana dia memang gemar bersukan dan sentiasa aktif melakukan kegiatan luar bersama kawan-kawan.

Malangnya, setahun yang lalu, Jessica mengalami kecederaan slipped disc yang menyebabkan dia tiada pilihan melainkan mengurangkan aktiviti senamannya. "Saya hanya boleh melakukan senaman ringan untuk tempoh enam bulan," kata Jessica.

‘Cuti singkat' daripada rutin senaman biasanya memberi masa dan ruang kepada Jessica untuk memikirkan semula bagaimana dia benar-benar boleh mengambil pendekatan gaya hidup yang boleh memberi manfaat kepada kesihatannya. Dalam pada itu, bapanya diserang strok, yang membuatkan Jessica berfikir semula tentang gaya hidupnya. Sebelum ini, dia bersenam sekadar untuk melakukan aktiviti; tetapi sekarang senaman membawa lebih makna kepada Jessica yang menyifatkannya sebagai cara hidup untuk menjaga kesihatan dan amalan gaya hidup yang lebih holistik.

Justeru, bila diperkenalkan kepada AIA Vitality, Jessica melihat program ini sebagai satu peluang untuk menzahirkan pendekatan kesihatannya yang baharu. "Program ini menilai Usia Vitality kita – mengukur sejauh mana kesihatan kita berbanding usia sebenar kita. Saya gembira bila mendapati Usia Vitality saya ialah usia sebenar saya, tetapi bila saya mendapati Usia Vitality rakan sekerja saya yang lebih senior adalah lebih muda daripada usia mereka yang sebenar, saya terdetik untuk mengurangkan Usia Vitality saya. Hakikat ini mendorong saya untuk melakukan lebih lagi dalam cubaan mengurangkan Usia Vitality saya," kata Jessica.

Program ini memudahkan Jessica untuk mencapai matlamatnya, terutama sekali cabaran mingguan yang menggalakkan dia bangun pagi, keluar dan mengaktifkan diri. "Peringatan daripada aplikasi membantu memberi motivasi kepada saya untuk lebih berdisiplin dalam rutin saya. Ia menjadikan saya lebih peka kepada aktiviti harian saya dan menyebabkan saya menukar rutin senaman saya dengan cara yang agresif. Sebelum ini, saya hanya main badminton dan berenang, tapi sekarang, saya juga keluar berjoging dan selalu bersenam," kata Jessica. Sudah tentulah, ganjaran daripada cabaran mingguan ini seperti pas menonton wayang TGV Cinemas percuma dan diskaun 25 peratus bagi alat-alat Fitbit menaikkan semangat Jessica untuk berusaha lebih gigih.

Fokus AIA Vitality kepada kesejahteraan mutlak juga membantu Jessica lebih mengetahui tentang kesihatannya; dia bukan sahaja menyedari keperluan untuk mengamalkan gaya hidup aktif tetapi juga membuat pilihan makanan yang lebih sihat – mengurangkan pengambilan karbohidrat, membanyakkan makan sayuran dan buah-buahan, dan mengambil daging secara sederhana," kata Jessica yang juga berharap untuk menurunkan sedikit berat badannya. "AIA Vitality benar-benar telah mengubah cara hidup saya. Malah, saya telah mengesyorkan kawan-kawan saya untuk turut serta dalam program ini supaya kami boleh bermuafakat dan bersenam bersama-sama," kata Jessica.

Kongsi

AIA Vitality

Sertai kami dalam gerakan kesejahteraan ini untuk Hidup Lebih Sihat, Berpanjangan dan Bermakna.