pageheroimage

Member Testimonials

Jess Leow

Selangkah Demi Selangkah

15 Mei 2021
icon vitality status

Salah satu daripada perjuangan paling getir bagi wanita selepas mengandung adalah menurunkan berat badan yang berlebihan. Inilah yang menghantui Jess Leow. Berat badannya mencecah 70kg selepas melahirkan anak sulungnya – naik lebih 20kg berbanding berat badannya sebelum mengandung.

Jess berusaha untuk menukar gaya hidupnya dan bertekad untuk mengembalikan tahap kecergasan dan kesihatan seperti dahulu. Sebagai galakan, suami Jess membantu dengan mendaftarkannya untuk program AIA Vitality.

Menyedari dirinya kehilangan punca dan tidak tahu di mana untuk memulakan langkah, Jess mengunjungi laman web AIA Vitality untuk mendapatkan panduan dan idea. “Portal ahli membantu saya memulakan usaha untuk mencapai matlamat saya, selain e-risalah bulanan yang dimuatkan dengan pelbagai maklumat dan rencana mengenai cara hidup sihat, seperti tip dan amalan pemakanan dan senaman kecergasan,” kata Jess.

Dari situ bermulalah langkah perlahan tetapi dengan penuh kepastian untuk menjaga kesihatan… sehingga Jess mengandung anak kedua beberapa bulan selepas menyertai program. “Saya sangka saya tidak boleh bersenam semasa mengandung. Bagaimanapun, doktor menyatakan sebaliknya dan menasihatkan saya supaya terus bersenam,” jelas Jess.

Dia melakukan senaman yang mudah tetapi cukup berkesan dan sebaik mana-mana program senaman – iaitu mengemas dan membuat kerja rumah! “Dengan membuat kerja rumah harian, saya sentiasa bergerak. Ini membantu saya mencapai sasaran Cabaran Mingguan,” kata Jess. Selain itu, Jess juga berjalan di sekitar taman permainan yang berhampiran, dua kali sehari.

Apakah hasilnya? Dengan menurunkan berat badannya sebanyak 21kg selepas melahirkan anak kedua, Jess kini mempunyai berat badan yang sihat – 49kg!

Menurut Jess, gaya hidup baharunya juga telah mengeratkan lagi hubungan keluarganya. “Sekarang suami dan anak-anak saya menemani saya berjalan di taman permainan. Saya juga meluangkan lebih banyak masa bersama mereka, dengan melakukan aktiviti fizikal bersama,” katanya.

Sebagai ahli AIA Vitality, Jess juga mendapat diskaun 10% apabila membeli buah-buahan dan sayur-sayuran segar di Jaya Grocer. Ini membantu menambah baik amalan pemakanan, yang bukan sahaja memberi manfaat kepada dirinya tetapi juga keluarganya.

Anda inginkan kehidupan yang sihat dan mencari lebih banyak masa untuk bersama keluarga? Tinjau cara untuk mengorak langkah pertama dan mula membuat pilihan yang sihat di www.aia.com.my/aiavitality

Kongsi

AIA Vitality

Sertai kami dalam gerakan kesejahteraan ini untuk Hidup Lebih Sihat, Berpanjangan dan Bermakna.