pageheroimage

Member Testimonials

Hani Harun

Segalanya Lebih Mudah Dengan Pilihan Sihat

15 Mei 2021
icon vitality status

Penerbit TV dan penyampai berita, Hani Harun sememangnya seorang yang mengamalkan gaya hidup sihat. Hani gemar berlari di sekitar kawasan kediamannya, di taman-taman mahupun tasik-tasik berhampiran. Pada hari-hari lain, Hani akan menggunakan treadmill di rumah atau bersenam di gim untuk meningkatkan lagi tenaga badan!

“Saya tidak ada masalah untuk bersenam. Saya mengikuti kelas Zumba dan Body Combat di gim. Saya suka melakukan sesuatu yang berlainan, bukan hanya berlari yang kadang-kadang agak membosankan,” kata Hani.

Apakah kelemahan Hani? “Saya suka makanan manis! Saya suka makan coklat dan kek. Saya perlu kurangkan pengambilan gula dan juga makanan bergoreng. Saya kini cuba sedaya upaya untuk makan secara sihat setiap hari.”

Ada kalanya, Hani mendapati sukar untuk mengekalkan motivasi untuk kekal aktif. Tetapi sejak menyertai program AIA Vitality pada September 2018, dia lebih mudah mencapai matlamatnya untuk menjadi lebih sihat dan cergas. “Sekarang saya boleh memantau tahap kecergasan dan aktiviti fizikal saya dan pada masa yang sama terima ganjaran yang hebat.”

“Sebelum mendaftar untuk AIA Vitality, saya memang rajin ke gim tetapi tiada sebarang cabaran mahupun ganjaran yang mendorong saya untuk berusaha dengan lebih gigih. Kini, saya sentiasa mencabar diri saya untuk mencapai sasaran Cabaran Mingguan. Sejak itu, saya berjaya mencapai Sasaran Mingguan saya dan mendapat ganjaran AIA Vitality setiap 2 minggu,” kata Hani. Apakah ganjaran kegemaran Hani? “Potongan RM10 untuk minuman Boost Juice dan baucar serta diskaun 10% untuk pembelian buah-buahan dan sayur-sayuran segar di Jaya Grocer,” tambah Hani.

Sebagai ahli AIA Vitality, Hani juga menerima faedah tambahan iaitu Signature Boost, yang membolehkan Hani mengumpul nilai akaun yang lebih tinggi di bawah pelan takaful A-Life Signature-i. “AIA Vitality telah menyedarkan saya tentang kepentingan menjaga kesihatan dan keperluan mendapatkan perlindungan yang secukupnya melalui pelan takaful saya.” Menurut Hani, permergian ayahnya akibat serangan jantung beberapa tahun dahulu merupakan salah satu sebab dia mendapatkan perlindungan takaful untuk menjamin masa depan dirinya dan juga insan tersayang.

Hani berterima kasih kepada Perancang Hayat AIAnya Khairul Bariah, yang dikenali sewaktu beriadah di tempat yang sama, kerana memberikan kesedaran dan nasihat mengenai kepentingan kesihatan dan perlindungan kewangan. Bariah menerangkan kepada Hani tentang perlindungan takaful menerusi pelan A-Life Signature-i dan juga bagaimana untuk menggunakan program AIA Vitality sebaik mungkin untuk mencapai matlamat kesihatan dirinya. Hani berjaya mencapai status Emas dalam tempoh 3 bulan selepas menyertai program AIA Vitality dan kini merupakan ahli Platinum yang berjaya dicapainya hanya dalam tempoh 7 bulan. Syabas Hani!

AIA Vitality telah memberi Hani semangat baharu untuk kekal sihat dan cergas. “Semakin usia saya meningkat, saya lebih pentingkan tahap kesihatan saya dan lebih menumpukan perhatian kepada pemantauan matlamat kecergasan saya. Apabila kita lebih sihat dan kerap bersenam, kita tidur dengan lebih lena dan dapat mengurangkan tekanan. Sesungguhnya, program ini membantu menguruskan tekanan dan saya mendapat tidur yang lebih berkualiti,” kata Hani.

Untuk mengetahui bagaimana AIA Vitality boleh membantu anda kekal sihat, sila layari www.aia.com.my/aiavitality

Kongsi

AIA Vitality

Sertai kami dalam gerakan kesejahteraan ini untuk Hidup Lebih Sihat, Berpanjangan dan Bermakna.