pageheroimage

Member Testimonials

Angie Ng

Perubahan Yang Bermakna

15 Mei 2021
icon vitality status

Jika melihat keadaan Angie Ng sekarang, anda pasti tidak percaya bahawa pegawai bank ini dahulunya mengalami masalah berat badan, sehingga terpaksa menahan kesakitan pada buku lalinya. Doktor menasihatinya supaya menurunkan berat badan. Bagaimanapun, Angie tidak mendapat dorongan yang sewajarnya untuk kekal aktif. Oleh itu, usaha beliau untuk menurunkan berat badan tidak berhasil.

Namun, segalanya berubah apabila Angie diperkenalkan kepada program AIA Vitality yang merupakan salah satu daripada manfaat pekerja yang ditawarkan kepada beliau sebagai seorang kakitangan bank tersebut. “Kita perlu mengambil tahu dengan lebih mendalam tentang kesihatan kita dan mengambil langkah yang sewajarnya untuk mempertingkatkan tahap kesihatan kita. AIA Vitality amat sesuai dengan gaya hidup saya dan program ini benar-benar fokus terhadap kesihatan dan kesejahteraan saya,” kata Angie.

Pelan kecergasan yang mudah diikuti membuatkan Angie lebih tertarik untuk menyertai program ini. “Saya tertarik dengan konsep AIA Vitality, yang sentiasa mengingatkan saya supaya kekal aktif,” tambah Angie. Salah satu daripada sasaran kecergasan program AIA Vitality adalah untuk mencapai 7,500 langkah setiap hari, yang menurut Angie adalah mudah untuk dilakukan. Kini dia mampu mencapai 12,500 langkah sehari.

Selain daripada itu, Angie juga telah menukar dietnya, menyertai gim, mendapatkan khidmat jurulatih kecergasan peribadi dan menghadiri kelas Yoga. Apakah kejayaan terbarunya? “Buat pertama kalinya saya berjaya menamatkan larian 10km baru-baru ini di Kuching bersama rakan-rakan sepejabat saya,” jelas Angie.

Terdapat juga Cabaran Mingguan seperti mengurangkan pengambilan gula dan alkohol, dan menamatkan larian 5 atau 10km. Angie mengatakan bahawa kesemua aktiviti ini bukan sahaja menyeronokkan tetapi juga membantunya mendapat mata ganjaran yang boleh ditukar dengan diskaun dan baucar yang sangat menarik. Malah, dia menggunakan mata ganjaran AIA Vitalitynya untuk membeli alat kecergasan seperti Fitbit Charge 2 dengan potongan harga sebanyak 25%. Ganjaran seperti ini sedikit sebanyak telah mendorong Angie untuk lebih serius menjejaki aktiviti kecergasannya. Selain itu, beliau turut menikmati potongan sebanyak RM10 untuk minuman kegemarannya dari Starbucks dan tiket TGV Cinemas untuk menonton wayang secara percuma. Sebagai ahli AIA Vitality, Angie juga dapat mengurangkan premium insurans A-Life Cancer360 beliau melalui bonus tunai tahunan yang diterimanya.

Buat Angie, semua ini hanyalah ganjaran tambahan. Apakah ganjaran sebenar bagi beliau? Keupayaan untuk menurunkan berat badan sebanyak 34kg dan tiada lagi kesakitan bulu lali! “Matlamat saya adalah untuk mengurangkan berat badan dan saya berjaya melakukannya,” kata Angie.

Ahli Platinum AIA Vitality ini menjelaskan bahawa dia masih mampu mengumpul mata ganjaran keahlian walaupun bertugas di bandar Kuching. “Saya berlari dan berjalan kaki bersama rakan-rakan sepejabat dan saya melakukan aktiviti berbasikal dengan ahli keluarga saya. Terdapat penilaian kesihatan dalam talian yang menawarkan mata ganjaran, pemeriksaan kesihatan yang boleh dilakukan di farmasi Guardian dan makmal BP Healthcare, serta cabaran-cabaran yang mudah dilaksanakan sambil bergembira bersama rakan-rakan.”

Angie tidak teragak-agak mengesyorkan AIA Vitality kepada rakan-rakan dan ahli keluarganya untuk membantu mereka kekal sihat dan aktif kerana program ini terbukti memberi kesan positif ke atas kehidupannya. “AIA Vitality sentiasa memberi dorongan kepada saya untuk melangkah lebih jauh. Saya benar-benar tertarik dengan sistem ganjaran program ini kerana sebagai seorang pegawai bank, saya berasa teruja apabila melihat sebarang nombor dan angka. Melihat mata AIA Vitality meningkat setiap hari memberi motivasi kepada saya untuk terus komited kepada program kecergasan ini. Kita perlu menjaga kesihatan kita dan akan terus menggalakkan orang lain supaya menyertai program ini untuk kekal aktif dan sihat, dan pada masa yang sama menikmati manfaat dan ganjarannya.”

Ingin tahu bagaimana AIA Vitality boleh membawa perubahan kepada hidup anda sama seperti Angie? Layari laman web www.aia.com.my/aiavitality

Kongsi

AIA Vitality

Sertai kami dalam gerakan kesejahteraan ini untuk Hidup Lebih Sihat, Berpanjangan dan Bermakna.