pageheroimage

Member Testimonials

Ahmad Fuad Bin Jumaen

Kemenangan Paling Bermakna

15 Mei 2021
icon vitality status

Ahmad Fuad bin Jumaen berjaya menurunkan berat badan sebanyak 16kg, daripada 87kg kepada 71kg, daripada tidak boleh berlari kepada kejayaan menamatkan dua separuh maraton dalam masa setahun. Kehidupannya ternyata sudah banyak berubah… dan sesungguhnya dia akui segalanya kerana AIA Vitality!  

“Saya tidak dapat menurunkan berat badan saya ke bawah 80kg sehinggalah saya menyertai AIA Vitality dan program ini sememangnya mendorong saya untuk menjaga kesihatan saya. Suatu masa dulu, saya dapati senaman itu memenatkan tetapi saya kini boleh berjoging dengan mudah – aktiviti yang tidak pernah saya suka sebelum ini,” kata Ahmad Fuad.

Transformasi Ahmad Fuad bermula pada September lepas apabila dia dan rakan-rakannya berpakat untuk memulakan pertandingan mengurangkan berat badan versi mereka sendiri berasaskan rancangan The Biggest Loser (rancangan realiti pertandingan di mana peserta perlu bersaing untuk memenangi wang tunai dengan mengurangkan peratus berat tertinggi). “Salah seorang daripada pengurus di pejabat saya mempunyai berat badan berlebihan, jadi untuk menyokong usahanya menurunkan berat badan, kami membuat keputusan memulakan cabaran ini dan mengumpulkan wang hadiah untuk dimenangi oleh salah seorang daripada kami yang mengurangkan paling banyak berat badan,” kata Ahmad Fuad.

Walaupun hadiah wang tunai menjadi insentif, apa yang mendorong saya untuk memandang serius cabaran ini ialah kesedaran bahawa gaya hidup sihat amat penting. Ahmad Fuad mempunyai sejarah sakit jantung dan diabetes dalam keluarga. Apabila dia sedar dirinya perlu menjaga kesihatan demi keluarga, dia bertekad mahu mengamalkan gaya hidup sihat demi isteri dan anaknya – “Isteri saya memang sudah lama mahukan suami yang bertubuh sasa!” kata Ahmad secara berseloroh.

Satu kelebihan utama ialah ganjaran yang diperolehi daripada Cabaran Mingguan AIA Vitality. “Ahli AIA Vitality diberi diskaun 10% apabila membeli buah-buahan dan sayur-sayuran segar di Jaya Grocer, dan ini sudah tentu bermanfaat untuk keluarga saya. Saya juga boleh menebus tiket wayang TGV Cinemas – saya dan isteri sering menonton wayang bersama kerana terdapat Pawagam TGV berhampiran rumah saya. Malah ada sekali saya memenangi sejambak bunga untuk isteri kerana mencapai Sasaran Mingguan. Saya tidak perlu membayar apa-apa untuk menikmati ganjaran ini; saya hanya perlu kekal aktif dan sihat,” kata Ahmad Fuad.

Ganjaran paling besar ialah pencapaian Ahmad Fuad dari segi kesihatan. “Saya hilang 16kg dalam masa tiga bulan. Apabila saya baru bermula, usia AIA Vitality saya ialah 42 tahun. Sekarang ini usia saya 31 tahun, iaitu dua tahun lebih muda daripada usia sebenar. Saya makan secara sihat dan telah berjaya mengurangkan peratus lemak. Saya juga berjaya menamatkan dua acara separuh maraton tahun ini. Saya tidak suka pergi ke gimnasium; sekarang saya gemar melakukan senaman menggunakan berat badan dan meminati cabaran berhalangan. Saya memberi perhatian kepada kesihatan dan berusaha untuk membuat pemeriksaan sendiri di rumah untuk memantau tekanan darah tinggi, gula darah dan BMI,” kata Ahmad Fuad.

Transformasi yang dialami oleh Ahmad Fuad dalam program ini telah membolehkannya menggalakkan mereka yang rapat dengannya untuk turut menyertai AIA Vitality. “Kaedah ini berkesan, anda mendapat ganjaran hebat dan hasilnya memang luar biasa,” katanya.

Anda mahu mencapai Kemenangan Paling Bermakna seperti Ahmad Fuad? Dapatkan maklumat lanjut di www.aia.com.my/aiavitality.

Kongsi

AIA Vitality

Sertai kami dalam gerakan kesejahteraan ini untuk Hidup Lebih Sihat, Berpanjangan dan Bermakna.