pageheroimage

Member Testimonials

Ahmad Faizul

Janji Kepada Anak-Anaknya

15 Mei 2021
icon vitality status

Ada banyak sebab mengapa seseorang mahu mengamalkan gaya hidup yang aktif. Kebanyakan kita mahu menjadi lebih sihat, tetapi ada yang mempunyai dorongan lain juga, termasuklah sebab-sebab peribadi. Bagi pensyarah Bahasa Inggeris, Ahmad Faizul, sebabnya mudah: “Saya melakukannya demi kepentingan keluarga saya sendiri,” kata Ahmad yang berusia 40 tahun.

Dulu berat Ahmad mencecah 120kg dan dia langsung tidak berminat untuk bersenam. Bagaimanapun, demi keluarga, terutamanya anak-anak, dia sedar betapa pentingnya usaha menjaga berat badan dan mengamalkan gaya hidup yang sihat, sebab itulah dia sedar sudah tiba masanya untuk mengurangkan berat badannya yang berlebihan.

Malangnya percubaan awal untuk mengurangkan berat badan bukan sahaja menghampakan, tetapi mengundang padah. “Saya mencuba program mengurangkan berat. Program tersebut berkesan kerana berat saya makin turun – tetapi dengan cara yang memudaratkan. Saya langsung tidak mengambil karbohidrat, saya tidak mengamalkan diet yang seimbang dan tidak bersenam. Ternyata tindakan saya mendatangkan kesan negatif terhadap kesihatan saya,” ujar Ahmad.

Disebabkan pengalaman tersebut, dia kini lebih berhati-hati dan sedar agar menjaga kesihatan dengan cara yang betul. Program AIA Vitality ialah cara yang berkesan, kata Ahmad yang telah menyertai program tersebut sejak pertengahan 2016. Program ini mempunyai ciri unik yang dikenali sebagai Usia AIA Vitality, yang mengukur tahap kesihatan berbanding usia sebenar mereka. “Ketika saya bermula, Usia Vitality saya ialah 43 tahun – empat tahun lebih tua daripada usia sebenar saya!” katanya.

Bertekad untuk berubah demi kesihatan, Ahmad mula bersenam dengan lebih giat. Dia kerap berjoging dan menjaga apa yang dimakannya. “Bak kata pepatah Inggeris, kita patut bersarapan seperti raja, makan tengah hari seperti putera, dan makan malam seperti orang papa kedana, dan inilah prinsip yang saya pegang,” kata Ahmad.

Usaha ini ternyata membuahkan hasil bagi Ahmad, yang sejak memulakan program telah kehilangan 30kg! Tambahan pula, dia baru-baru ini mengukur semula Usia Vitality, iaitu 42 tahun, setahun lebih muda daripada usia sebenarnya.

Bagi Ahmad, usaha mencapai kesihatan yang lebih baik tidak berakhir di sini Ahmad – berat sasarannya ialah 70kg, yang berada dalam julat sihat bagi Indeks Jisim Badannya (BMI). Untuk membantu memantau kemajuan, Ahmad sentiasa merujuk kepada program AIA Vitality untuk memantau perkembangannya.

“Ini merupakan salah satu sebab saya kerap menggunakan aplikasi AIA Vitality…supaya saya boleh menjejak BMI dan juga bilangan langkah harian saya. Keutamaan saya adalah terhadap pencapaian matlamat dan sasaran saya. Malah program ini turut memberikan ganjaran. Walaupun jika saya tidak menebus ganjaran tersebut, saya rasa gembira dengan kejayaan saya mengumpul mata ganjaran! Buat masa ini saya mencapai status Emas dan saya mahu mencapai status Platinum dan juga mencapai berat sasaran 70kg,” kata Ahmad.

“Pada sambutan hari jadi saya baru-baru ini, anak saya mendoakan agar saya panjang umur dan sihat sejahtera. Saya mula memikirkan tentang keluarga saya, anak-anak saya. Saya sedar bahawa inilah sebab utama saya mahu kekal sihat – supaya saya boleh sentiasa di sisi mereka,” kata dia selepas merenung sejenak.

Kongsi

AIA Vitality

Sertai kami dalam gerakan kesejahteraan ini untuk Hidup Lebih Sihat, Berpanjangan dan Bermakna.