Declaration

I declare and agree on behalf of myself and any person or persons, firm or corporation, who may have or claim any interest in this insurance application, that:-/ Saya mengakui dan bersetuju bagi pihak saya dan sesiapa sahaja, firma atau perbadanan, yang mungkin mempunyai dan menuntut apa-apa kepentingan dalam permohonan insurans ini, bahawa:


(a) I have read the Product Disclosure Sheet and I fully understood the contents of the Product Disclosure Sheet and my particular attention has been drawn to the essential information of the major features and limitations of which has been satisfactory explained to me. / Saya telah membaca Helaian Pendedahan Produk dan saya memahami sepenuhnya kandungan Helaian Pendedahan Produk dan perhatian khusus saya telah ditumpukan pada maklumat penting berkenaan, ciri-ciri utama dan had-hadnya yang mana ianya telah diterangkan kepada saya dengan memuaskan.

(b) I declare that: / Saya mengakui bahawa:

i. I am aware that it is my pre-contractual duty of disclosure that I must exercise reasonable care not to misrepresent i.e. to give false answers/information when answering any questions asked by AIA and that I am to answer the questions fully and accurately/correctly; / Saya mengetahui bahawa adalah menjadi kewajipan pendedahan prakontrak saya bahawa saya mestilah mengambil langkah yang sewajarnya untuk tidak membuat salah nyata, iaitu memberi jawapan/maklumat palsu apabila menjawab sebarang soalan yang ditanya oleh AIA dan saya hendaklah menjawab soalan dengan lengkap dan dengan tepat/betul.

ii. I have read and understood the contents of my application including all warnings and notices therein and I have fully and accurately answered all the questions in this application and the other questions asked by AIA, if any, after having fully read and understood the questions./ Saya telah membaca dan memahami isi kandungan permohonan ini termasuk semua peringatan dan notis di dalamnya dan saya telah menjawab semua soalan dalam permohonan ini dan soalan lain yang ditanya oleh AIA, jika ada, dengan lengkap dan tepat selepas membaca dan memahami soalan-soalan tersebut sepenuhnya.

iii. I am aware that I must inform AIA of any change to the answers given in this application if the change occurred after I have submitted the application but before the contract is entered into. / Saya mengetahui bahawa saya mesti memberitahu AIA mengenai sebarang perubahan pada jawapan yang telah diberikan dalam permohonan ini jika perubahan tersebut berlaku selepas saya menyerahkan permohonan ini tetapi sebelum kontrak dimeterai.

iv. I fully understand that my answers and/or statements given in respect of the question asked by AIA, and any other relevant documents completed by me in connection with this application and in any medical report or amendments (collectively referred to as “the information”) are relevant to AIA in deciding whether to accept my application or not and the rates and terms to be applied; / Saya benar-benar memahami bahawa jawapan dan/atau pernyataan yang saya beri berkaitan dengan soalan yang ditanya oleh AIA, dan mana-mana dokumen lain yang berkaitan yang dilengkapkan oleh saya berhubung dengan permohonan ini dan dalam mana-mana laporan perubatan atau pindaan (secara kolektif dirujuk sebagai “maklumat”) adalah berkaitan dengan AIA dalam membuat keputusan sama ada hendak menerima permohonan saya atau tidak serta kadar dan terma yang akan dipakai;

v. I am aware that if any of my answers or statements or information given by me is not accurate/correct, the policy may be avoided, my claim denied or reduced, the terms of the policy changed or varied, or the policy terminated./ Saya menyedari bahawa jika mana-mana jawapan atau pernyataan atau maklumat yang diberikan oleh saya adalah tidak tepat/ tidak betul, polisi ini boleh dielakkan dan tuntutan saya dinafikan atau dikurangkan, terma-terma polisi ditukar atau diubah, atau polisi ini ditamatkan.

(c) I will keep AIA updated of any change to such personal information as soon as practicable. / Saya akan mengemaskini AIA jika ada sebarang perubahan ke atas maklumat peribadi saya secepat mungkin yang boleh.

(d) I agree that neither AIA nor its employees shall be liable for any direct or indirect loss or damage due to my inaccuracy or incompleteness in the personal information provided to AIA and shall include but shall not be limited to personal details of transactions with or through AIA whether within or outside Malaysia involving any party. / Saya bersetuju bahawa AIA atau pekerja-pekerjanya tidak dipertanggungjawapkan di atas kehilangan atau kerosakan secara langsung atau tidak langsung yang disebabkan oleh sebarang maklumat peribadi yang tidak tepat atau tidak lengkap yang saya telah berikan kepada AIA. Maklumat peribadi bermaksud kesemua maklumat yang diberikan kepada AIA dan akan termasuk tetapi tidak terhad kepada butiran-butiran peribadi dan butiran-butiran transaksi dengan atau melalui AIA sama ada di dalam atau di luar Malaysia.

(e) I understand that the coverage will only be effective upon receipt of the appropriate premium payment and approval by AIA of this application and relevant e-policy is issued and delivered to me pursuant to this application during my lifetime and in good health. / Saya faham bahawa perlindungan hanya akan bermula setelah AIA menerima pembayaran premium yang sepatutnya dan permohonan telah diluluskan oleh AIA dan e-polisi berkaitan dikeluarkan atau dihantarkan kepada saya berkaitan dengan permohonan ini semasa hayat saya dan saya dalam kesihatan yang baik.

(f) I understand and agree that upon receipt of the e-policy document from AIA, I am obliged to check and confirm and/or ensure the accuracy and completeness of all information declared and submitted to AIA in relation to my application. I also understand that, I will have a 30-day free look period from the date of receipt of the e-policy from AIA to evaluate the suitability of the plan purchased. In the event that I wish to cancel the said policy during this period, I may do so by giving AIA written notice of my intention to AIA for cancellation. / Saya faham dan bersetuju bahawa selepas menerima e-polisi dokumen daripada AIA, saya bertanggungjawab untuk memastikan kebenaran dan ketepatan maklumat yang diberikan kepada AIA berkenaan permohonan saya. Saya juga faham bahawa saya akan mempunyai tempoh percubaan selama 30 hari dari tarikh penerimaan polisi dokumen daripada AIA untuk menilai kesesuaian pelan yang dibeli. Sekiranya saya ingin membatalkan polisi dalam tempoh ini, saya boleh berbuat demikian dengan memberi notis bertulis kepada AIA untuk pembatalan.

(g) I confirm that I have been informed of the consequences of failure to pay the premium within the grace period and provisions of reinstatement. / Saya mengesahkan bahawa saya telah diberitahu tentang akibat daripada kegagalan untuk membayar premium dalam tempoh Ihsan dan peruntukan-peruntukan pengembalian semula.

(h) I understand and agree that any personal information collected or held by AIA (whether contained in this purchase or otherwise obtained) may be held, used, and disclosed by AIA to individuals/organization related to and associated with AIA or any selected third party (within or outside of Malaysia, including reinsurance and claims investigation companies and industry associations/federations) for the purpose of processing this purchase and providing subsequent service for this and other financial products and service and to communicate with me for such purposes. I understand that I have a right to obtain access to and to request correction of any personal information held by AIA concerning me. Such request can be made to any of AIA’s Customer Centre. / Saya faham dan bersetuju bahawa sebarang maklumat peribadi yang dikumpulkan atau dipegang oleh AIA (sama ada terkandung dalam pembelian ini atau diperolehi dengan cara lain) boleh dipegang, digunakan, dan diberikan oleh AIA kepada individu/organisasi yang berhubung dan berkaitan denagan AIA atau mana-mana pihak ketiga yang dipilih (di dalam atau di luar Malaysia, termasuk syarikat-syarikat reinsurans dan penyiasatan tuntutan dan persatuan/persekutuan industri) bagi tujuan memproses pembelian ini dan memberikan khidmat seterusnya untuk produk dan khidmat kewangan yang lain dan untuk berkomunikasi dengan saya untuk tujuan seperti itu. Saya faham bahawa saya berhak memperolehi akses kepada dan memohon pembetulan sebarang maklumat peribadi yang dipegang oleh AIA berkaitan dengan saya. Permohonan seperti itu boleh dibuat di mana-mana Pusat Pelanggan AIA.