Kesan jangkitan COVID-19 terhadap setiap individu adalah berbeza. Sebilangan besar individu yang dijangkiti akan mengalami gejala yang ringan hingga sederhana dan pulih tanpa dimasukkan ke hospital.
Bagi mengelakkan penyebaran COVID-19, amalkan penjarakan sosial sejauh 1 hingga 2 meter, bersihkan tangan anda dengan kerap, pakai pelitup muka ketika berada di tempat awam, duduk di rumah sekiranya berasa kurang sihat dan dapatkan rawatan perubatan dengan segera jika anda mempunyai simptom seperti:
-Demam
-Batuk
-Kesukaran bernafas
Klik di sini untuk statistik terkini Covid-19
Klik di sini untuk maklumat lanjut mengenai perlindungan percuma Covid-19 AIA
Pencemaran udara merupakan permasalahan yang sering berlaku dikebanyakan negara di rantau Asia Tenggara, dan Malaysia adalah salah sebuah negara yang paling teruk terjejas. Punca utama jerebu adalah daripada aktiviti menebas dan membakar serta kebakaran tanah gambut.
Apabila indeks pencemaran udara (IPU) melebih bacaan 101, zarah jerebu boleh menyebabkan masalah jantung dan paru-paru, terutamanya kepada individu yang mempunyai sejarah penyakit jantung atau paru-paru yang kronik seperti:
-Asma
-Penyakit paru-paru obstruktif kronik (COPD)
-Penyakit Jantung
Apabila berlakunya jerebu, kita disarankan untuk duduk di dalam rumah, minum banyak air dan memakai pelitup muka jenis N95 sekiranya anda perlu keluar rumah.
Untuk maklumat lanjut, klik di sini untuk melihat Indeks Pencemaran Udara
Ketahui ramalan cuaca agar anda dapat memaksimumkan hari anda serta memudahkan perancangan jadual harian anda. Sekiranya cuaca buruk, berikut adalah beberapa tips kesemalatan yang boleh dipraktikkan:
-Jangan berlindung di bawah pokok semasa berlakunya ribut petir atau kilat
-Ketika banjir, jangan mengharungi air banjir yang parasnya adalah lebih tinggi daripada pergelangan kaki anda
-Jika cuaca panas, pastikan anda minum banyak air dan jika perlu berada di luar, jangan lupa untuk memakai krim/losyen pelindung matahari.
Klik di sini untuk melihat ramalan cuaca mingguan.