- Gambaran Keseluruhan
- Manfaat
- Terma & Syarat
Manfaat

Health Rewards dengan AIA Vitality
Dengan AIA Vitality, anda boleh menikmati Health Rewards tambahan apabila anda mendapatkan pelan A-Plus Health:
• Pengecualian deduktibel sehingga 100%
• Peningkatan Bilik dan Penginapan Hospital – tambahan sehingga 100% daripada amaun manfaat
• Booster Health Wallet Tahunan – tambahan sehingga 10% daripada amaun manfaat
Health Rewards adalah tertakluk pada status AIA Vitality.
Terma & Syarat
1. A-Plus Health ialah faedah pilihan tambahan ("rider") yang boleh ditambah kepada Pelan Insurans Berkaitan Pelaburan berpremium lazim.
2. Pelan ini melindungi sehingga usia 70, 80 atau 100 tahun, atau tempoh terma selama 25 tahun, bergantung kepada pilihan anda.
3. Jumlah manfaat yang perlu dibayar untuk rawatan perubatan adalah tertakluk kepada Had Tahunan anda.
4. Tiada had jangka hayat bagi A-Plus Health. Anda juga tidak perlu risau jika anda melebihi had tahunan anda kerana ia akan kembali kepada asal setiap tahun selama tempoh perlindungan.
5. AIA hanya akan membayar perbelanjaan perubatan yang layak sekiranya munasabah, lazim dan perlu daripada segi perubatan.
6. A-Plus Health menawarkan perlindungan seluruh dunia. Namun jika anda menetap atau keluar dari Malaysia selama lebih 90 hari berturut-turut, anda tidak akan dilindungi bagi sebarang rawatan perubatan yang anda terima di luar negara (kecuali Singapura dan Brunei). Sila ambil maklum perlindungan luar negara ini selaras dengan Cas Munasabah, Lazim dan Perlu daripada Segi Perubatan bagi rawatan tempatan yang setara di Malaysia.
7. Jika anda memilih pilihan deduktibel RM300, anda perlu membayar RM300 daripada caj yang ditetapkan dan kami akan menanggung bayaran selebihnya jika layak. Begitu juga jika anda memilih pilihan deduktibel RM20,000, anda perlu membayar RM20,000 daripada caj yang ditetapkan. Namun, jika anda ialah ahli AIA Vitality, sebagai sebahagian daripada Health Rewards anda, amaun deduktibel anda (jika ada) akan dikecualikan secara penuh atau sebahagian bergantung kepada status AIA Vitality anda pada masa tuntutan dibuat.
8. Oleh kerana Kos Insurans ditolak bergantung pada umur yang anda capai, ia akan meningkat selari dengan peningkatan umur anda.
9. Kos Insurans untuk pelan ini tidak dijamin, anda perlu membayar premium tambahan jika Kos Insurans disemak semula. Syarikat berhak untuk menyemak semula Kos Insurans dengan memberi pemegang polisi notis bertulis selama 30 hari.
10. Premium yang dibayar untuk pelan ini mungkin melayakkan anda untuk mendapat pelepasan cukai peribadi, tertakluk kepada keputusan muktamad Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia
11. Anda perlu menjalani tempoh menunggu sebelum anda boleh membuat sebarang tuntutan bawah pelan ini kecuali untuk kecederaan yang dilindungi. Tempoh menunggu yang berbeza dikenakan mengikut faedah berbeza.
12. Maklumat di atas tidak lengkap. Anda disyorkan untuk meminta salinan Ilustrasi Jualan dan Lembaran Pendedahan Produk daripada Perancang Hayat AIA anda untuk mengetahui lebih lanjut tentang produk ini. Bagi penjelasan terperinci tentang manfaat, pengecualian, terma dan syaratnya, sila rujuk kontrak polisi.